0 penyumbang pandangan

SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST - (Urban Vibe Event, You Rock!!)

Assalamualaikum

Pernah dengar apa itu "Urban Vibe Event"?
Urban Vibe Event merupakan sebuah syarikat pengurusan dari Malaysia yang telah di tubuhkan pada tahun 2005. Ia merupakan sebuah syarikat milik bumiputra. Urban Vibe Event menyediakan khidmat dalam menganjurkan atau melaksanakan pengurusan sesebuah pameran. Antara tugasan yang dilaksanakan adalah seperti mengatur promosi, pameran dan pameran perdagangan melibatkan dalam dan luar negara. Antara tempat-tepat yang pernah di jayakan anjuran pamerannya adalah di sekitar kompleks membeli belah sekitar Klang Valley and Selangor area.
  
Urban Vibe Event bukan sahaja menjayakan pemeran yang bertemakan "pameran pengantin" malah antara pameran lain yang pernah di jayakan adalah seperti  'Merdeka Celebration', 'Ramadhan Eid Mubarak', 'Property & Home Exhibition'. Selain itu Urban Vibe Event juga menyediakan perkhidmatan seperti perundingan, penjadualan hiburan , penyediaan tapak dan hiasan.  
 
Antara pelanggan
Urban Vibe Event adalah dari syarikat-syarikat pelaburan, perkhidmatan , kecantikan dan produk kesihatan, barangan kraftangan , hotel, caterings , pakaian, aksesori , butik pengantin, elektronik, perabot rumah dan produk peralatan rumah , kecergasan, spa dan banyak lagi. Misi Urban Vibe Event adalah untuk mempunyai hubungan sepanjang hayat dengan pelanggan dan rakan kongsi perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti. 


Pameran Pengantin Malaysia 2014 di Wangsa Walk juga merupakan pameran anjuran Urban Vibe Event. Penaja bersama pameran pengantin Malaysia ini adalah The Fotokraf.
Info pameran pengantin Malaysia:
  • Tapak : wangsa walk
  • Tarikh : 14 Februari - 16 Februari 2014
  • Waktu : 10 pagi - 10 malam
  • Pas masuk : percuma




Pandangan/pendapat :


Pameran Pengantin Malaysia pasti meriah,
Pereka dan usahawan ramai yang menyertai,
Bagi bakal raja sehari ini merupakan saat yang indah,
Memudahkan mereka mencari konsep perkahwinan nanti.

Rekaan baju pengantin pasti cantik menawan,
Dari pereka yang berpengalaman,
Tak usah risau kualiti yang di pertaruhkan,
Pasti memenuhi kepuasan.

Pelbagai rekaan kad undangan turut ditawarkan,
Tak lupa juga bunga telur pelbagai warna,
Dekorasi pelamin turut di pamerkan,
Sebagai penyeri singgahsana.

Pameran pengantin malaysia anjuran Urban Vibe Event pasti meriah dan dapat menarik minat ramai pengunjung terutamanya bakal pengantin. Sebagai seorang yang sudah berkahwin, saya amat menyokong anjuran pameran pengantin malaysia, ini kerana memudahkan bakal raja sehari yang sibuk untuk pergi mencari barangan/pakaian yang bersesuaian dengan mereka dan memuaskan hati. Di tambah pula, pameran seperti ini kebiasaannya akan memberi promosi yang amat berbaloi kepada pelanggan. Selain itu, ia juga memudahkan bakal pengantin kerana dapat mencari semua keperluan majlis perkahwinan mereka dalam hanya satu pameran dan mempunyai banyak pilihan sesuai dengan citarasa. Pameran pengantin Malaysia ini juga amat berbaloi untuk pengunjung kerana penyertaan nya adalah dari pereka/ usahawan yang berkaliber dan mempunyai "level" qualiti yang tinggi/terbaik.

Urban Vibe Event, You Rock!!!


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: