4 penyumbang pandangan

siraplimau - apakah perspektif kita?



Assalamualaikum

Dari segi keturunan sirap mahupun limau, memang mereka saling tidak berkait...langsung tiada pertalian sama ada dari segi biji, kulit, mahupun isi..dan sangat mustahil untuk limau membenihkan sirap mahupun sirap bertukar bentuk kepada limau. Namun sesuatu yang perlu anda tahu....

Kedai mamak jauh di pulau,
Pekerja-pekerja semuanya jantan,
Antara kombinasi sirap dan limau,
Satu gabungan yang membuahkan kenikmatan!

Moh kita review.......
Berprinsipkan tema “segar lagi menyegarkan!” memang sangat sesuai dengan nama blog yang di beri iaitu Siraplimau.com...cuma mengapa bukan fresh oren ataupun jus mangga? Bukan kah itu lebih sedap...hohoho *ya jawapan nya suka hati tuan punya blog lah!*

Orang mengandung elakan tekanan,
Takut nanti mudah pengsan,

SirapLimau bukan tentang resepi mahupun kesedapan makanan,
Tapi pelbagai ilmu dan pengalaman.

Tulisan santai mudah di baca,
Banyak manafaat untuk semua,
Bukan untuk wanita sahaja,
Sang teruna boleh je join bersama.

Siraplimau.com, sebuah blog atau platform yang mungkin boleh di katagori sebagai medan sempurna untuk mendalami atau menyelami sesuatu terutamanya tentang wanita dan rumahtangga. Siraplimau.com juga membuka ruang kepada umum/masyarakat untuk meluahkan atau berkongsi permasaalahan mahupun pandangan mereka berkenaan pelbagai isu terutamanya rumahtangga yang sebenarnya bukan di ibarat kan untuk membuka pekung di dada atau menjemur bangkai ke puncak bukit, cuma sekadar untuk menyedarkan dan memberi iktibar pada setiap pembaca. Setiap cerita yang di kongsikan berdasarkan kisah sebenar dari kehidupan/pengalaman mereka yang telah berumahtangga. Memang lah setiap kisah itu ibarat 'yang secupak tak akan jadi segantang', tapi setidak-tidaknya setiap perkongsian kisah itu dapat di jadikan iktibar mahupun teladan. Yang paling penting, setiap perkongsian itu khas di sediakan untuk tatapan dan pengajaran kepada pembaca siraplimau.com sahaja. Bagitulah exclusif nya siraplimau.com!

Setiap  orang atas muka bumi ini berkait rapat dengan wanita.. tak kira la sama ada dia wanita atau lelaki, kalau paling tidak pun tetap pasti ada seorang wanita yang menjadi pembakar semangat/ tulang belakang untuk terus meneruskan hidup ini. Jadi, apa pun isu yang di bangkitkan berkait wanita, hurus lah setiap dari kita sensitif mengenainya.

Dalam berumahtangga, kita tidak bolehlah berpegang pada prinsip 'bagai aur di atas bukit' sahaja. Rumahtangga memerlukan kita lebih berilmu dan sensitif dalam melayarinya. Maka setiap isu rumahtangga yang di ketengahkan di siraplimau.com seperti suami curang, cinta tiga segi, masalah penceraian agak sinonim dengan masyarakat sekarang. Semua itu bukan isu yang boleh di pandang remeh, isu yang memerlukan sokongan moral kepada yang menghadapi nya, isu yang memerlukan bimbingan mahupun kaunsling untuk yang menanggung nya. Jadi Siraplimau.com boleh di jadikan lonjakan pertama dalam mencari penyelesaian mahupun sokongan moral dalam penghadapi pemasaalahan tersebut bak kata pepatah bagai menarik rambut di dalam tepung. Selain itu, siraplimau juga boleh di jadikan medan menimba ilmu alam rumahtangga kepada golongan yang akan menempuh alam rumahtangga supaya membuat persiapan diri dari segi fizikal mahupun mental.

Kehamilan merupakan saat manis bagi setiap wanita. Tambahan pula bagi mereka yang pertama kali berpengalaman menempuh alam tersebut. Pastinya setiap wanita yang hamil mengiginkan yang terbaik untuk janin nya. Namun permasaalahan nya apa yang perlu di lakukan untuk memastikan kehamilannya menjadi saat yang paling manis untuk di terokai. Bagi yang pertama kali menempuh proses kehamilan, pasti kosong ilmu di dada mengenainya. Bagi si bapa pula, pasti terasa begitu kekok untuk memahami perangai/telatah isteri yang di anggap tiba-tiba mempunyai dua identiti berbeza sepanjang proses kehamilan. Maka siraplimau.com mendekati para wanita dengan membuahkan pelbagai tip, nasihat, petua mahupun galakan berkenaan kehamilan yang boleh di gunakan pada wanita dalam memastikan kehamilan mereka berada pada tahap yang terbaik.


S(sensasi) I(informasi) R(realitistik) A(aspirasi) P(prihatin)
L(lestari) I(intelektual) M(motivasi) A(analytic) U(unggul)

  
pandangan dari sudut mata & otak (kelebihan or kekurangan) 
  
LOGO/HEADER
- "sangat simple"...itu yang aqu nampak. Tapi walaupun simple, bagi aqu sangat ok sebab tak semak mata nak memandang. Plus sekali tengok dah dapat tangkap apa yang di tulis, jadi tak perlu lah bazir 2 3 minit semata-mata nak baca nama blog~

JENIS BLOG 
- dari apa yang aqu baca + tengok, blog siraplimau.com ni lebih kepada formal. Maksud nya, semua yang di ketengahkan adalah fakta or pandangan/pengalaman... so banyak sangat la iktibar mahupun pengajaran mahupun teladan yang boleh kita timba. *walaupun perkataan iktibar, pengajaran, manafaat itu merupakan maksud yang sama tetapi sesekali perlu juga mempamerkan perkataan seerti seperti itu supaya apa yang di belajar di sekolah dulu di katakan manafaat.hahhah*

TEMA 
- "segar n menyegarkan"... apa yang aqu faham tema ni lebih kepada merujuk pada entry yang di hantar oleh pembaca-pembaca or perkongsian cerita. Memang cerita sangat fresh...sebab cerita realiti, kebanyakan dari pembaca dan tidak ada langsung di siar di media massa yang lain!

NAMA PENULIS/EMPUNYA BLOG 
- memang tidak di sebut atau di beritahu langsung siapa penulis blog ni. Tapi bagi aqu, faktor ni mungkin kurang perlu or tak menjadi masalah besar, kerana pengisisan blog ni bukan sahaja dari penulis sahaja malah menyiarkan pandangan dan cerita dari pembaca..jadi isu siapa penulis itu mungkin kurang perlu.Maka dengan rasmi nya penulis boleh di katagori sebagai malu-malu kucing ataupun merendah diri.

ISI / PENYAMPAIAN 
- setiap entry dan isu yang di keluarkan memang secara umum nya di lihat lebih kepada wanita...tapi bila di baca dengan lebih teliti, semua perkongsian itu tak kira lelaki atau wanita boleh mengambil pengajaran/ilmu dari nya.Contoh paling bagus adalah yang berkenaan rumahtangga... kerana apa? Kerana rumahtangga itu bukan hanya di bentuk oleh wanita tetapi lelaki juga menjadi tonggak dalam mencorak nya... cantik art yang olah, maka cantik lah hasil nya!

TULISAN  
- sangat berpuas hati (dari segi saiz, jenis) dan mudah di faham (dari segi perkataan). Memang pemilihan tulisan/ front sangat penting. Bagi aqu, kalau tulisan yang di guna menyusahkan pembacaan maka dengan lajunya tangan aqu tekan "close" je.

ETIKA PENULISAN 
- begitu indah tatatertib bahasa nya... dari tajuk sampaikan ke isi, gaya penulisan memang memartabatkan bahasa melayu...sepanjang entry yang aqu baca, tak pernah jumpa lagi perkataan "ade", "same" or sebagainya.. kalau nak compare dengan blog aqu, memang kena ulang alik 7 8 lebuh raya utara untuk menyamakan tarafnya.

GAMBAR
-  Kebanyakan gambar di guna adalah merujuk pada tagline "gambar hiasan semata-mata". Dan setiap entry pasti di selitkan paling tidak sekeping gambar... dan itu sangat bagus ye! Sebelum kita membaca sesuatu, mata dan otak akan berfungsi mencari sesuatu yang menarik..maka tajuk dan gambar sangat memainkan peranan penting untuk menarik minat pembaca.

WARNA
- Meh aqu bergosip sikit. Sebenarnya kan masa dulu-dulu aqu bukak page siraplimau.com tu kan warna nya penuh dengan tema merah..al maklum tertempias dengan pemilihan nama blog siraplimau. Tapi senjak akhir-akhir ni, bertukar biru... maka aqu konfus! Apesal biru??? Dan aqu rasa....TAK CANTIK plus MENARIK. Nampak kusam...dan tak lagi menyegarkan~

FACEBOOK PAGE 
- Ni salah satu kemestian yang perlu ada. Tapi bagi pandangan aqu, blog ni masih kekurangan pembaca setia bila merujuk pada facebook page tu. Sayang bila blog yang mempunyai pelbagai isi yang sangat berguna tapi masih kekurangan pembaca. Mungkin kerana kekurangan promosi...maka rerajin la blogwaking ye ^_^

IKLAN 
- Sangat tersusun! Aqu memang sangat anti dengan blog yang ada iklan bergerak-gerak ikut gerak curcor. Contohilah blog siraplimau.com, pemilihan ruang yang betul untuk iklan dah memadai untuk menarik minat pengunjung ok.
KEKEMASAN BLOG 
- TipTop! Dalam 5 bintang, aqu bagi 4.5 bintang. Blog yang sangat mesra pengguna... Mana lagi 0.5 bintang? 0.5 tu di tolak dari ruang "tiada tempat mengadu? kalau tak keberatan, luahkan pada kami di sini"..kenapa? Sebab aqu rasa ruang tu kurang menonjol untuk menarik minat pembaca/pengunjung berkongsi cerita mereka.

KOMUNIKASI DENGAN PEMBACA
- Ni satu kelemahan yang paling besar aqu nampak dalam blog siraplimau.com...kebanyakan respon/soalan dari pembaca tidak di jawab dan di biarkan terpinga-pinga... Bagi aqu, seorang perlu untuk menjawab setiap luahan / soalan pembaca supaya pembaca lebih berminat untuk menjadi pembaca setia..plus dari situ kita dapat lihat penulis bukan sekadar menulis kosong tetapi mempunyai ilmu yang sebenar ilmu.

UPDATE 
- Terbaik! Kenapa? setiap hari sekurang-kurangnya mempunyai update/entry terbaru. Itu sangat membantu supaya blog tidak di lihat hanya membela sarang labah-labah.hehhe

cadangan ikut kelogikan dan kewajaran

i) tukar tajuk atau tambah sudut ruangan/ tab manu (KISAH RUMAHTANGGA, KEHAMILAN) supaya tak nampak hanya untuk wanita
ii) gajet follower untuk blogger bagi memudahkan blogger-blogger mendapat update plus menjadi pembaca setia. Kita perlu tahu, bukan semua blogger mahu mencampur aduk  facebook mereka untuk pengunaan mencari maklumat.

soalan kerana kekonfusan

*di mana kah limau?

*siapa itu Teh O ais???? (kerana berulang kali nama nya di jumpai di entry-entry)

mana sudut masakan & fesyen?? 

*di mana sudut langganan menghilang????
- sebelum ni sudut langganan wujud, tapi dah ghaib pulak senjak bertukar warna tema ni.


the end.

Dalam berumahtangga atau apa perkara sekalipun, janganlah kita bersikap seperti bagai enau dalam belukar,melepakan pucuk masing-masing' walaupun sesuatu perkara itu ibarat 'seperti kain kasa di atas duri'

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
4 Comments

4 00 rajin nak comment:

Bin Muhammad said...

Review dari setiap aspek...lengkap sekali bersama idea bernas. Semoga berjaya :)

Dari contest yg sama : http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/jalan-jalan-cari-makan-di-siraplimaucom.html

kamil salleh said...

Salam... banyaknya bro kritik nanti kena reject oleh penganjur. Satu review yang penuh bermakna...ini akan memantapkan lagi blog siraplimau.

fatimatuzzahra said...

nampaknye u ni jenis yg teliti ndetail giler..tapi baguslah barulah bleh bagi review yang bagus..kritikan yg membina pun banyak..all da best k ;)


Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Paly said...

uihh.. panjang nye.. hee..

Contest review siraplimau.com