0 penyumbang pandangan

barang keperluan bersalin

Assalamualaikum


^__^ hai all mommy to be~ semoga kehidupan anda lebih di berkati...

Kebetulan semalam aqu berjalan-jalan ke pasaraya, terpandag pulak seorang akak mengandung ni pilih-pilih baju untuk bakal anak nya tu... tapi melihat pada dia, nampak la begitu keterujaan nya sampai everything nak beli.hehehe 

Jadi aqu terfikir untuk berkongsi serba sikit apa yang perlu apa yang tidak untuk di beli... ni berdasarkan pengalaman aqu sebagai seorang yang pernah dah lalui semua tu... sharing is caring kan? so dalam kegumbiraan kita nak sambut insan baru dalam hidup biar lah tak membazir, mudah-mudahan lebih di berkati :)

Dalam nak beli barangan, aqu ketagorikan pada 2.. i) barangan bayi  ii) barangan ibu

Barangan bayi
1) baju & seluar / rompers - 3 hingga 4 sudah memadai. Kerana tumbesaran bayi sangat cepat, lagi pun kita tak tahu anak yang bakal lahir tu berapa saiz nya.. katakan cukup sihat, dah membazir baju yang di beli banyak-banyak sebab tak boleh pakai (untuk pengetahuan setiap saiz baju new born sebenarnya tidak sama)
2) stokin tangan & kaki - 3 hingga 4 juga memadai. sangat penting untuk mengelak kaki tangan bayi sejuk dan memudahkan angin masuk ke badan nya.
3) Topi - 1 hingga 2 dah memadai. Yang lebih kurang jenis snow cap tu la.. tapi jangan yang tebal-tebal ye... kepala bayi yang baru lahir perlu lebih di lindungi dari cahaya matahari yang terlalu terik
4) Bedung - 1 hingga 2 dah memadai. Tapi tolong cari jenis nipis sikit, tak nak baby terlalu panas bila di bedung
5) Barut - 5 hingga 6 helai. Biasa nya barut ni ada 2 saiz.. satu kecik sikit dan lagi satu besar sikit.. aqu saran beli je kedua-dua nya sebab dua-dua boleh di guna. tapi beli saiz besar lebih banyak la ye.
6) Pampers - tak perlu terlalu pening nak pikir new born atau saiz S. Ambil je saiz S sebab saiz nya tak banyak beza pun.
7) Peralatan mandi & bedak - kena beli saiz kecil, kalau beli saiz untuk travel je tu pun boleh... sebab kulit bayi ni kena guna kaedah try and error, takut tak sesuai dengan kulit mereka.
8) Minyak telon - yang ni sangat penting untuk mengelak kembung perut bayi..
9) Kapas telinga & cotton ball - kegunaan kedua nya sangat penting ketika untuk membersihkan telinga, hidung dan pusat bayi
10) Botol susu & peralatan membasuh botol - yang ni memang sangat berguna. Percaya lah.. sebab bila sampai keadaan anda kena perah susu, jadi macam mana pulak nak bagi susu tu kat baby kalau tak guna botol susu?

Barangan ibu
1) Maternity pad - memang penting sebab bila dah bersalin, darah nifas akan keluar tanpa henti dan sangat banyak. Tapi aqu sarankan beli pad biasa jenis overnight punya.. lebih selesa..serius. (kalau tak caya, nanti dah masuk hospital, pihak hospital akan bagi free je maternity pad ni.. korang try la selesa ke idak)
2) Disposal panties - yang ni sangat berguna time kat hospital je.. kenapa? sebab kalau guna disposal panties nie senang je, lepas guna basuh and buang. So tak payah la nak gantung-gantung nak keringkan korang punya panties kat hospital tu kan.
3) Bra menyusu - yang ni penting sebenarnya. Selain mengalakan pengeluaran/kelancaran susu, ia juga memudahkan ibu menyusukan baby.. 
4) Set bersalin - yang ni macam-macam jenis ada kat pasaran, ikut suka la korang nak pilih mana-mana pun..
5) Pam susu - yang ni penting sebenarnya. Tapi kalau korang tak nak beli awal-awal pun tak pe.. cuma kalau susu korang terlalu banyak, so korang memang kena pam, takut terkena bengkak susu ok!

List barang yang bawah ni pulak ikut keselesaan la nak beli atau tidak sebab ikut keperluan dan kemampuan penyediaan sebenarnya. Kalau banyak bajet, beli la.. kalau tak nak beli pun tak pe..
1) Tab mandi baby
2) Set tilam bantal baby
3) Bakul makanan /travel
4) Beg barangan baby
5) Termos
6) Stroller
7) Buaian
8) pemanas susu/makanan
9) kelambu baby

*tak semua barang yang di beli perlu di bawa ke hospital kan? jadi nak tahu barang yang perlu di bawa ke hospital? Boleh klik SINI
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: