1 penyumbang pandangan

hormat : salam, tunduk, senyum

Assalamualaikum

Mungkin entri kali ini di pandang remeh, lagi-lagi untuk golongan muda korang tu *macam aqu dah tua ~_~*

Apa yang aqu perasan, manusia sekarang.. oh tidak, manusia di malaysia  memang payah benar untuk ada sikap hormat menghormati antara satu sama lain..

Senjak aqu belajar dari universiti dulu lagi, aqu dah perasan sikap ini wujud dalam diri segelintir pelajar.. aqu tak faham, macam mana apabila seorang pelajar itu berjalan berselisih dengan dengan pensyarah/guru nya maka dengan muka buat tak tahu nya berjalan macam tak ada apa yang berlaku. Tidak kah terasa perlu nya ada rasa hormat untuk guru/pensyarah tersebut? Itu di universiti, kalau di sekolah jangan kata berjalan berselisih...kadang berselisih bahu pun boleh buat tak tahu.

Pernah rakan se'universiti' aqu menegur tindakan aqu..

"suana, ape yang ko asyik hangguk kan kepala kalau jumpe lecturer...ni bukan jepun"

^_^  Memang ini Malaysia bukan jepun... tapi apa salahnya jika kita mengikut sesuatu tindakan yang baik. Tak kan dari segi pakaian dan makanan je tahu ikut negara lain.. etika pun boleh je di praktik kan.

Mungkin ada yang akan kata, kalau dah 20 lecturer lalu...20 kali tunduk nya, abis lenguh tercabut pulak kepala nanti. Entah la, aqu tak pernah pulak dengar rakyat jepun penah sampai tercabut kepala hanya kerana beri tunduk hormat. Tapi la... kalau korang rasa itu satu yang membebankan.. cukup sekadar korang mengungkap salam..

Sila mengaku sapa kat sini masih mengamal ungkapan salam kalau berjumpa/berselisih dengan guru/pensyarah/rakan atau siapa sahaja... mungkin 10 dalam 1000 kan? Memalukan bukan... seingat aqu peribadi seperti ini amat di terapkan di masa aqu zaman sekolah rendah dulu.. impak nya setiap kali bertembung dengan cikgu, mesti bagi salam sampai terbawa-bawa ke universiti.. Tapi kita sekarang, bukan setakat nak kata ada tak ajar anak semua tu, diri sendiri pun belum tentu buat.

Jadi kalau tunduk payah, kalau ungkap salam pun berat...apa kata lemparkan senyuman. Senyuman itu satu sedekah.. dan jika kita letakan ia sebagai satu tingkah laku untuk menghormati manusia lain, mungkin ada lagi pahala yang akan Allah beri pada kita.

Menghormati manusia lain itu perlu, kerana hanya dengan cara itu manusia lain akan menghormati kita. Tak kira la diri kita ni bos ke, pekerja bawahan ke, pelajar ke, guru je.. sikap itu perlu ada..jangan asyik mengharap orang menghormati kita!



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Sha My heart said...

Ya, patut adat salam, tunduk, senyum ini terus diamalkan. =)