0 penyumbang pandangan

ibubapa...tolong prihatin!

Assalamualaikum

Tadi dalam perjalanan ke hospital, berhenti singgah satu kedai... tapi melangkah je turun kereta, tiba-tiba...

"Ehhh!! Ya Allah nasib baik budak tu...sikit je lagi!"

Nak taw apa jadi? 

Kat satu jalan raya yang besar, kereta tak putus-putus lalu dengan kelajuan masing-masing.. tiba-tiba ada budak dalam lingkungan 2 atau 3 tahun melintas dengan tiba-tiba...

Sebaik la pakcik tu cekap mengelak...dan nasib baik jugak budak tu terberhenti.. mungkin terkejut atau entah.. tapi jarak kereta pakcik tu dengan budak tu memang tak sampai 1 depa ukuran tangan budak tu.. bayang kan.. dan nasib baik jugak kereta belakang pakcik tu sempat break emegency... kalau tidak,entah apa jadi.. 

Memang terasa terkejut nya tu... depan mata aqu semua tu jadi... tapi yang aqu heran kan, mak budak tu tanpa memikirkan sekeliling gi marah budak tu? Apa budak tu taw dengan usia sebesar itu? Bukan kah sepatut nya mereka yang lebih dewasa yang perlu menjaga keselamatan mereka? 

Aqu tak maw salah kan sesapa.. mungkin jugak budak tu terlepas dari genggaman tangan mak nya... cuma sebagai ibubapa, kita perlu lebih prihatin dengan keliling anak-anak kita... kita sepatutnya boleh membaca/menjangka sesuatu yang bahaya di sekeliling anak kita.. kerana itu ibubapa perlu bersikap lebih prihatin.. luaskan kawalan keselamatan kita untuk anak-anak demi keselamatan mereka dan ketenangan kita.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: