0 penyumbang pandangan

jangan merasa cukup

Assalamualaikum

Kehidupan harian yang di lalui sungguhnya memang sibuk.. penuh dengan rutin harian, temu janji, bersosial dan sebagai nya sehinggakan waktu untuk beristirehat dan menjamah makanan pun terpaksa di singkat kan.. 

Maka tertanya juga apa dunia terlalu istimewa buat kita? Bagaimanakah dengan hak ibadah?

Ada di antara insan akan menjawab "jangan risau.. solat 5 waktu tak pernah tinggal walaupun sibuk dengan kerja keja duit.hehhe"

Ya... solat 5 waktu tidak pernah tinggal.. Alhamdulillah!

Namun...

Adakah solat 5 waktu sehari itu sudah memadai untuk menampung seluruh apa yang anda lakukan dalam kehidupan? Adakah dengan solat 5 waktu itu sudah memadai untuk anda berada di kedudukan selesa yang menjamin syurga?

Ya memang sangat bagus apabila solat 5 waktu terjaga. Namun tidakah kita malu pada Nabi? Yang mana Nabi itu sudah di janjikan syurga namun masih tetap merekah tumit kaki nya kerana sujud mengadap yang Esa... ini pula kita? 

Ya memang syurga neraka itu hak Allah, namun kita sebagai hamba jangan berasa sudah puas dengan apa yang kita lakukan untuk Nya.. berusaha lah untuk mempertingkat setiap amalan itu supaya kita lebih merendah diri kepada Nya.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: