0 penyumbang pandangan

mulakan dengan RM1 sehari

Assalamualaikum

Setiap keuntungan pasti ada modal nya.. dan setiap keuntungan juga pasti memerlukan usaha.. begitu lah dunia kehidupan, yang membezakan nya sama ada pulangan itu cepat atau lambat, sikit atau banyak.

Bukan kah kita pernah mendengar ungkapan "jika kita bersedekah, maka Allah akan membuka rezeki yang lebih besar untuk kita".


 
Jadi bagi golongan yang seperti kita, yang tiada modal besar untuk membuka perniagaan maka apa kata kita gunakan "helah" yang satu tu... 

Bersedekah lah walau seringgit pun, kerana setiap keikhlasan kita membantu orang lain akan di beri ganjaran nya.

Jadi kepada sesiapa yang rasa tak berapa nak cukup duit, tak berapa nak kaya, tak berapa nak mewah... maka cuba buka bisness bersedekah ini.. keluarkan seringgt sehari, dan sedekah kan kepada orang-orang yang memerlukan (beri lah kepada orang-orang yang berlainan). Insya Allah dengan sedekah itu, kita memperoleh doa dari si penerima dan berkat dari Allah.

Jangan kita terlalu berat untuk mengeluarkan dan berkongsi rezeki yang kita miliki hari ini, kerana semuanya hak Allah... kita hanya meminjam.. Bila di beri pinjam, maka gunakan sebaiknya.. jangan sampai di ambil kembali tanpa kita mendapat apa-apa manafaat langsung dari rezeki itu.

Dah bersedia untuk cabaran bisness ini? renung-renungkan... *perkongsian untuk kita bersama :) *



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: