1 penyumbang pandangan

pembelian nombor pin

Assalamualaikum

Mungkin ramai yang dah tahu/ sedia maklum tentang pembelian no pin bagi matrik atau upu boleh di buat di mesin ATM BSN. Tapi mungkin ada juga yang masih samar-samar mengenainya...Jadi moh aqu kongsikan sedikit sebanyak info..

Sekarang dah tak perlu beratur panjang-panjang semata-mata untuk membeli no pin.. al-maklum la, kaunter mana-mana bank pun tak kan pernah kosong/lenggang kecuali bila bank tutup kan. Jadi untuk memudahkan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, maka mereka pun menyediakan perkhidmatan melalui ATM untuk pembelian no pin.

Apa yang perlu ada untuk pembelian no pin di ATM? mudah...cuma memerlukan
i) kad ATM BSN
ii) mengigat no kad pengenalan

Langkah-langkah urusniaga..
i) Masukan kad (ni memang perlu lah kan...nama pun pakai ATM)
ii) Pilih manu 'lain-lain' kemudian, menu 'pembelian no pin'
iii) Dia akan keluarkan pelbagai katagori antaranya untuk Matrikulasi, IPTA dan sebagainya.
iv) Pilih katagori anda. Harga pembelian no pin adalah RM10 dan cas RM0.60 di kenakan ye
v) Jangan lupa ambil resit yang di keluarkan sebab no pin anda di cetak pada resit ye



*kalau makan cili terasa lah pedas nya, kalau makan peria terasa lah pahit nya.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Nur Madihah said...

saya dah beli. Hari pertma dorang start jual, sy dah trcegat kat BSN. ^_^