0 penyumbang pandangan

penyusuan susu ibu mencapai 2 tahun?

Assalamualaikum

*fuhhh selepas enty blog aqu di penuhi giveway bagi memenuhi tawaran dari rakan blogger, kini entry memberi pandangan dan berkongsi ilmu kembali menerjah*

Allah berfirman yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

(al-Baqarah ayat 233)

aurat perlu di kaburkan ya :)
Namun apa yang kita lihat kini, semakin ramai ibu yang kurang berusaha untuk mencapai target penyususan sehingga 2 tahun. Kerana apa? Kerana mereka memikirkan jalan yang begitu mudah yang mana susu formula berlambak di pasaran. Hanya pilih satu, dan selesai masalah.

Begitu pemikiran segelintir ibu sekarang. Namun tidak kah para ibu tahu bahawa susu ibu merupakan satu-satunya susu yang paling lengkap, sempurna dan serasi dengan anak kita? Pernahkah kita melihat walau seorang bayi pun menolak untuk meminum susu ibu nya dan lebih memilih susu tin/kotak? Apa kah kita tidak kesian kepada anak kerana tidak memperoleh khasiat susu ibu yang sempurna? Bagaimanakah mereka ingin memperoleh pemikiran yang tinggi, daya tahan yang kuat sedangkan para ibu lebih memilih untuk memberi susu tin/kotak yang di dalam nya tidak wujud antibodi untuk anak-anak?


Aqu pernah mendengar satu ungkapan dari seorang ustazah di mana, "jika seseorang isteri itu ingin menceraikan penyususan terhadap anak nya sebelum usia 2 tahun, perlulah melakukan perbincangan dengan si suami". Atau dengan kata lain dengan izin si suami.


Tanpa kita sedar, Allah menjadikan susu ibu itu sesuatu yang amat istimewa untuk anak. Dari situ wujudnya kasih sayang yang tidak dapat kita ukur walau dengan apa sekali pun. Dari situ juga Allah menjadikan susu ibu itu sebuah agen untuk membatu si anak menjadi lebih bijak dan sihat. 


Jika kita melihat zaman dahulu, zaman nabi-nabi. Mereka lebih memilih untuk mencari ibu susuan daripada memberikan anak mereka meminum susu formula. Dari situ kita tahu bahawa mereka pada zaman itu amat faham kepentingan susu ibu itu. Kerana itu banyak nya pendakwah dan penghafal al-quran wujud pada zaman itu. Tapi pada zaman kita sekarang, apa yang banyak wujud? sendiri fikirkan....

Tapi jika seseorang ibu itu tidak mampu menyusukan anaknya atas sebab yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan, mereka tidak dikira berdosa. 

Namun seorang ibu itu perlulah berusahan dengan lebih dan tekad untuk melakukan penyusuan anaknya sehingga 2 tahun dengan sempurna. Jangan hanya tahu mengalah, tapi lebih kan usaha berdoa pada Allah... Kerana setiap doa si ibu itu di angkat tinggi darjatnya di sisi Allah.

Nota sebarkan : susu ibu itu adalah hak si anak... jangan di sana nanti si ibu di soal tentang kelalaian melunaskan hak itu.


nota perkongsian : Alhamdulillah aqu masih berjaya menyusu kan anak aku sampai sekarang tanpa makan sebarang ubat or vitamin... aqu belum boleh bagi petua yang aqu amalkan pada umum, ye la dalam proses ukikaji..kalau berjaya penyusuan sampai 2 tahun, insya Allah aqu kongsikan. Tapi pada ibu-ibu yang turut sama nak join uji kaji ini boleh email aqu... kita uji sama-sama.. tapi kalau tak berjaya jangan kata aqu kongsi ilmu tak betui, aqu saman kang.hahaha korang yang rela hati nak beruji kaji sesama kan.....
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: