0 penyumbang pandangan

resepi ikan dory cinta

Assalamualaikum

wah wah wah... nama resepi kemain lagi kan...hahhahahah apesal nama resepi tu sebegitu?? Ala... boleh la, tu chef-chef tu buleh je bubuh nama "ayam masak ala prancis"...tapi sebenarnya ayam masak merah je pun =.=

Taw apa tu ikan dory??? Ala..yang dalam cite nimo tu... kan ada ikan warna biru nama dia dory tu.hehhehe
 Ni ha rupa ikan dory...




Ala yang selalu korang makan kat kenduri kahwin tu... Ha jangan tau makan je, kena tau jugak ape benda nya tu... Ikan ni memang di jual dalam pack macam tu... dia sejuk beku punya tempat.. lagi satu senang nak makan dan masak.. sebab apa? sebab dia dah buang tulang siap-siap... kat tesco ke giant ke berlambak jual, sepeket tu dalam 6 7 ingit la, depent dengan market tu... sepeket pulak ada 3 4 ketul.. memang cukup untuk 5 orang makan.

So apabahan-bahan?


Ha ada 6 mangkuk kan tu, bahan-bahan nya bawang merah, timun, tomato, cendawan, bawang putih, daun sup/saderi  dan cili api (di campur dalam bekas bawang putih tu). Ok sume bahan tu korang cincang la jadi kan bentuk dadu ke, segitiga ke, segi empat ke janji kecik la... kalau ada chopper lagi mudah..chop chop chop sahaja~ Bahan lain, sos  tomato, sos cili, garam.


Ok ikan tu, potong kecik-kecik supaya senang nak gorang. Cara nak goreng ikan ni macam biasa, tapi kena salut dengan tepung ok.. bagi dia rangup sikit sebab isi nya lembut...


Tu la hasil nya selepas siap di goreng... macam goreng pisang tak rupa nya.hahhahah So sekarang masa untuk buat kuah...

Panaskan minyak sikit pastu campurkan semua bahan kat atas tadi tu dalam kuali kecuali daun sup.. ya campurkan semua sekali, campak je semua serentak dalam tu dengan sos sumua tu.. (kalau nak sopan, masuk satu-satu.. kang tak la terperanjat mak mertua tengok korang masak gengster sangat)

Bila kuah tu dah mendidih, masuk kan air masak dalam 3 4 sudu je.. kemudian masukan lah ikan yang di goreng tadi tu... 

dan hasil nya... *kuantiti sos dan garam adalah mengikut sesedap tekak anda ya :) *





ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: