1 penyumbang pandangan

“SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST”- (Semuanya disini!!!)

Assalamualaikum
http://pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com

Alhamdulillah, sempat jugak pergi pameran pengantin Malaysia yang berlangsung selama 3 hari di Wangsa Walk tu walaupun sudah hari yang terakhir pameran itu berlangsung.


di booth kad kahwin~
Perasaan?

Sangat teruja... ternyata pameran pengantin Malaysia kali ini mendapat sambutan yang amat mengalakan juga, berpusu-pusu orang ramai datang memeriahkan pameran ini tak kira yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin.

Apa yang menarik di pameran pengantin Malaysia ini? Em mungkin saya tak dapat menceritakan semua aktiviti menarik yang berlangsung di sana kerana saya hanya sempat menerjah ke sana pada hari akhir pameran. Namun walaupun di hari akhir pameran, masih banyak aktiviti yang menarik berlangsung di sana... Antara nya :

  • Buah tangan dari Urban Vibe Event
- Urban Vibe Event bukan setakat menganjurkan pameran pengantin Malaysia, namun mereka juga turut mengambil peluang  ini untuk lebih dekat dengan pengunjung yang mana setiap pengunjung yang sudi meluangkan sedikit masa untuk mendaftar, akan di beri goodies bag dari Urban Vibe Event.

  • Promosi istimewa dari setiap pempamer 
i) Antara pempamer untuk bahagian pelamin
 - Banyak lagi pempamer yang turut seta, tapi ini antara hiasan pelamin yang memikat hati ku.hehe Sangat cantik! Nampak segar dan moden.



ii) Antara pempamer untuk bahagian katering
 - Setiap pempamer mengunakan kelebihan banner untuk menarik perhatian pengunjung. Antara nya selera duta ini..banner yang di gunakan sangat menarik perhatian.



iii) Antara pempamer bahagian persalinan pengantin
- Ini salah satu baju pengantin yang di pamerkan. Memang canti sangat -sangat. Lagi-lagi warna kesukaan ku unggu, memang lagi memikat.



iv) Antara pempamer bahagian photography - Pempamer bahagian photography juga tidak ketinggalan menyertai pameran pengantin Malaysia ini untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Pengunjung juga di beri peluang untuk melihat hasil-hasil kerja yang pernah di jaya kan oleh mereka. Memang mengancam!


  • Aktiviti demo ukiran inai
- Aktiviti ukiran inai turut di adakan di pameran pengantin Malaysia ini. Aktiviti demo ukiran inai ini demokan oleh DAYU HENNA DESIGN. Hasilnya sangat kemas dan cantik.
  • Pertandingan ukiran inai untuk para pengunjung
- Setiap pengunjung berpeluang menonjolkan bakat yang terpendam. Siap peserta bebas untuk mengukir apa sahaja bentuk ukiran inai yang mereka inginkan. 

  • Quiz On The Spot : You Deserve To Win
-  Biasa di fanpage pameran pengantin Malaysia ada Kuiz - A- Thon kan?Si pameran ini pula di adakan Quiz On The Spot. Memang meriah sebab setiap pengunjung berlumba-lumba untuk menang. 

Kesimpulannya pameran pengantin Malaysia kali ini memang memuaskan hati. Ternyata pameran pengantin malaysia amat berbaloi untuk di kunjungi. Segala-galanya ada di sini!! Semuanya di sini!!!! Bukan sahaja lengkap dengan pelbagai promosi dari pempamer malah di serikan lagi pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokan untuk di sertai. Selain memperoleh info/ apa yang di cari dari pempamer, para pengunjung juga dapat mengeratkan hubungan sesama yang hadir dan berpeluang memenangi hadiah!

Kepada yang terlepas pameran pengantin Malaysia kali ni, pasti kan anda tidak lagi ketinggalan pada masa akan datang! Sesungguhnya ia sangat berbaloi!

Info pameran pengantin Malaysia akan datang :
Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event 
Tempat : PWTC
Tarikh : 28-29 March 2014
Waktu : 10pg - 9mlm 

MASUK PERCUMA!!!

Untuk info lanjut berkenaan aktiviti pameran pengantin Malaysia atau ingin melihat gambar-gambar menarik sepanjang 3 hari pameran pengantin Malaysia yang sudah berlangsung ini boleh ke fanpage pameran pengantin Malaysia. Jangan lupa like sekali :) 

FANPAGE PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 
( untuk ke fanpage pameran pengantin Malaysia, klik gambar di bawah)

https://www.facebook.com/pameranpengantin

Nikmati video kemeriahan pemeran pengantin malaysia 2014 (wangsa walk)!!!


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Ann said...

smlm ANn pergi wangsa walk..lalu dekat sini..klu tau, boleh kte laga2 pipi kan..hehhe..mmg meriah pun tgk sambutannye..