0 penyumbang pandangan

Segmen Pantun Seloka

Assalamualaikum


http://duniazumal.blogspot.com/2014/01/segmen-pantun-seloka.html

Assalamualaikum pembuka bicara,
salam ukhwah pelengkap kata,
saya suana blogger muda,
saja nak cuba bakat berseloka.

Izinkan saya memulakan seloka,
tajuk tiada bebas katanya,
kalau melalut ke laut lah jawabnya,
maaf di pinta saya tak sehebat mana.

Mari rapat dekat semua,
supaya mudah seloka di baca,
jadi blogger perlu beretika,
supaya jadi teladan buat pembaca.

Rantai besi di makan bubuk,
peribahasa melayu yang jarang di guna,
wahai semua blogger saya bukan penyibuk,
cuma entry di tulis biarlah ada logiknya.

Sebagai blogger perlulah ramah,
jangan seperti seludang menolak mayang,
nanti pembaca naik menyampah,
lagi susah jika ada yang tersinggung.

Naik tangga dari bawah,
supaya kenal susah payah,
jadi blogger nampak mudah,
namun tersilap kata terima padah.

Folower datang berpuluh-puluh,
namun tak semua pembaca setia,
tak usah kerana itu kita mengeluh,
sikap hargai perlu ada.

Dunia blogger bukan sekadar hiburan,
rupa paras bukan sandaran,
ilmu di dada menjadi pertaruhan,
jika penulisan hebat pasti mendapat perhatian.

Ilmu blog banyak lagi,
saya masih cuba pelajari,
harap rakan semua dapat berkongsi,
semoga hubungan kita lebih erat lagi.

Maaf di pinta salam di hulur,
sampai di sini seloka saya,
terima kasih pada penganjur,
harap di hati terhibur semua.

Maksut setiap peribahasa yang di guna *peribahasa yang di guna berwarna merah* :
1) Rantai besi di makan bubuk - cerita yang tak logik
2) seperti seludang menolak mayang - menyombong diri
3) Naik tangga dari bawah - kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: