0 penyumbang pandangan

si ketam pengubat denggi

Assalamualaikum

Memang sedap jika kala waktu lapang santai-santai kita di hidangkan sengan sup ketam.. Memang mengadap tanpa menoleh.. kata orang mertua lalu pun tak perasan. Tapi kalau dah mertua lalu sambil menegur "makan sup ketam ke, nak sikit"... tak kan tak perasan jugak kan? heh ;p

Dalam cuaca yang sering panas sekarang, nyamuk semakin hebat meluakan empaya nya ke merata-rata hingga kan tidur malam manusia tetap terganggu walaupun telah memasang ubat penghalau nyamuk. Jadi bila nyamuk dah berleluasa maka denggi berpotensi untuk meningkat.

Aqu juga pernah terkena denggi satu ketika dulu tapi pada tahap yang belum terlalu serius. *sebab aqu lari dari hospital, doktor cucuk jarum berkali-kali aqu tertekan.hahaha maka nya aqu sendiri simpulkan bahawa aqu di tahap denggi tidak serius*

Bila balik ke rumah, arwah ayah ku yang cukup cool itu dengan muka selamba nya membawa ketam pulang dan menyuruh ibu masak sup ketam. Horayyyy melompat keriangan.

"banyak ayah beli ketam", saja gedik bertanya untuk mengelakan isu hospital tadi di bangkit semula.

"dah beli banyak, nak suruh makan banyak-banyak la"

"ehhh lain macam bunyi.hahhahaha"

sumber : Mr.google. *terliurnya aqu ~.~*
---------------------------------------

Sup ketam siap, "hirup kuah dia tu sampai habis...jangan asyik makan ketam je.. bila nak elok nya demam tu.. protein ketam tu dah meresap dalam kuah". Fuhhh ibu aqu tengah ajar subjek sains ni... Tapi masa tu aqu masih tak faham, belum dapat memahami sepenuhnya.. apesal makan ketam boleh elok pulak demam? Satu persoalan yang aqu bawa dari tahun ke tahun, dan juga satu petua yang aqu sampaikan dari seorang ke seorang tanpa aqu sendiri memahami bagai mana sup ketam itu berfungsi menyembuhkan denggi.

Dan senjak beberapa beberapa bulan lepas, *aqu tak berapa boleh nyatakan dengan tepat tarikh nya* aqu mula memahami...apa sebenarnya yang di bawa oleh ketam sehingga berjaya menyembuhkan denggi dengan jaya nya!

Sebenarnya ketam memiliki sejenis protein yang sangat tinggi di mana dengan protein itu dapat membantu membina atau membentuk semula platelet darah yang telah di musnah/rosak/hilangkan oleh denggi. oleh kerana itu la pesakit denggi akan berkemungkinan berdepan dengan maut jika tidak di rawat dengan cepat kerana kadar platelet darah mereka akan berkurang dengan mendadak di sebab denggi.

Namun masih ada yang tertanya-tanya, ketam apa yang perlu di makan itu? Aqu sendiri tidak tahu...setahu aqu semua ketam itu tetap ketam dan ketam tentunya sangat sedap!hahahah Tapi menurut ibu ku, ketam terbaik adalah ketam nipah yang mana kulitnya berwarna hitam itu.

Jadi marilah kita beramai-ramai menyarankan kepada kementerian kesihatan bahawasanya sup ketam adalah salah satu  ubat yang wajib ada di setiap hospital dan klinik.hahahhahahah
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: