1 penyumbang pandangan

siapa ingat ? - waktu PJK

Assalamualaikum

Siapa kat sini yang dah habis sekolah?? Konfem ramai lah~ Tak pun yang belum habis sekolah pun boleh je moh join sama mengimbau kenangan zaman sekolah..

Fuhh sapa mengaku zaman sekolah merupakan zaman yang korang rasa nak je lalui balik.. nak je undurkan masa pergi zaman tu balik.. betapa enjoy nya zaman sekolah dengan kawan-kawan, dengan cikgu-cikgu.. dengan secret admirer...memang syok! tapi ada jugak sesetengah orang time sekolah dulu tertunggu-tunggu cikgu hensem/cantik idaman hati masuk kelas..kalau boleh nak subjek cikgu tu ajar hari-hari ada....hahhaha

Apa mata pelajaran yang paling korang suka? *skema gile "mata pelajaran"... subjek cukup -.-*

Aqu paling suka subjek ekonomi...sebab apa? Sebab cikgu tu suka panggil nama aqu suh bagi jawapan kat kawan-kawan.hahhaha pastu cikgu mesti kata "tak de ke orang lain yang boleh terang jawapan macam suana?", "suana, awak tolong lah terang kat kawan-kawan macam mana yang ni..". Ha bunyi macam poyo kan? Tapi tu kenyataan... dan kitaorang satu kelas tak de rasa nak berlagak ka nak kedekut ilmu ka nak jeles menjeles ka.. memasing sentiasa sharing plus caring! Kalau sorang kena denda berdiri, ramai-ramai pakat berdiri.

Tapi subjek paling aqu enjoy ialah subjek PJK... ala pendidikan jasmani tu... Aqu bukan suka bab nak kena pusing padang 5 pusingan ke, kena berlumba lari ke hape ke *kalau dapat cikgu yang bersemangat, habih lenjun badan berpeluh..sudahnya memasing berbau macam kambing*... tapi bab nak pergi tukar baju sukan lepas dah habis PJK tu... Ha... bab tu syok punya... kenapa?

Sebab ramai-ramai satu kelas pergi toilet, nak pi tukar baju... masa tu la segala harta mak nenek keluar.. al maklum perempuan, dengan losyen nya, bedak nya, minyak wangi nya.. yang paling aqu terkejut gincu pun ada jugak kekawan aqu bawa.hahahha

Tapi aqu belum pernah buat lagi sejarah nak bawa semua tu.. buat penuh beg sekolah aqu ja.. buku sekolah pun ada yang aqu saja tinggai kan, nie nak bawa pulak benda lain.. huh murka dengan buku sekolah la nama nya!

Tapi pernah satu hari, kawan aqu sorang ni time tukar baju tu dia sempat guna handphone kol balak dia, yang tak jauh mana pun...kat tingkat atas je -.-, semata-mata nak bagitau "awak..kita baru habis PJK ni" nasib baik la dia berkawan dengan seorang pengawas yang tidak begitu beretika macam aqu ni, maka malas ambik port.hahahha kalau tidak dah lama isu bawa hanphone tu sampai kat cikgu disiplin... 

Tapi yang sangat tak boleh tahan ialah pelajar lelaki... pasai apa? Pasai nya diaorang nie dah la pemalas nak bawa baju sukan lebih, guna je baju t-shirt putih yang biasa diaorang pakai kat dalam baju sekolah tu... yang tak patut nya, time lepas PJK, diaorang terus sarung baju sekolah... =.= yek! memang aroma peluh diaorang tu melekat memenuhkan bau dalam kelas... ape pasai la semua laki berperangai begitu? ~.~

Tapi aqu paling kesian kat sesetengah kawan aqu yang rajin bawak botol air/bekal air la... konfem kena pau dengan kekawan lain yang pemalas tu.hehehe tapi aqu biasa nya mengunakan taktik pi koperasi beli mineral.. sebab kalau pegi kantin, tak dak juai air mineral.. so kalau beli air bungkus, konfem kantoi! So pergi la koperasi... dan yang jaga koperasi pulak adik-adik pengawas sesi petang..nak tak nak diaorang terpaksa jugak bagi je ape aqu nak beli sebab aqu senior..hehhehe  *jahat betul aqu...*

Kepada cikgu, terima kasih dengan setiap yang pernah di beri... dan kepada semua kawan-kawan, terima kasih kerana menjadikan zaman sekolah aqu sesuatu yang amat indah dalam hidup! Untuk adik-adik junior pulak, terima kasih kerana sudi menawarkan akak jadi akak angkat, cuma akak tak sempat bagitau dulu bahawasanya akak bukan lah sombong cuma akak ni tak berapa gemar tentang "angkat-angkat" ni.. lagipun korang tak larat punya nak angkat akak.lalallalala peace!
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Tashira Sha said...

rindu pulak dgn zaman sekolah :(
hihi. btw nice entry :D