0 penyumbang pandangan

Allah lebih bijak

Assalamualaikum

Pagi tadi aqu sedikit mengeluh.. bukan kerana terasa tidak larat lagi mengadap manusia yang menyangka dia je bagus tapi sebab badan aqu terasa sakit lenguh-lenguh.. Aghhhh adakah aqu perlu beli tilam vono yang ketebalan tilamnya mencecah 1 meter? =.="


Di sebab kan pagi hari ni aqu terasa mood menyembang tinggi, maka aqu cari adik dengan tujuan berkongsi pendapat, rasa dan pandangan berkenaan hidup. 

"Weh... kalau aqu tak duduk KL or area berdekatan kau rasa camne?"

Dengan selambe adik aqu jawab "em aqu rasa kau akan duduk dalam sesuatu tempat yang di panggil rumah jugak la, tak kan kau nak duduk dalam kotak pulak".

Sabar je... aqu tanya betul-betul dia perkotak katik kan aqu macam ayam katik.

"Maksud aqu, kalau aqu kena duduk jauh la... kira nya istilah nak jaga along memang susah la kat aqu, semua kena harap angah... kau balik U ke mak nak gi mana ke semua letak kat bahu angah je la... serba salah pulak aqu". *bunyi macam meluahkan rasa yang terpendam*

"Allah lebih bijak mengatur"

Aqu terfikir. Walaupun ringkas jawapan dia, dan secara kasarnya nampak seperti tak menjawab segala persoalan aqu...sebenarnya dah terjawab pun. Apa yang aqu perlu adalah redha dengan ketentuan jika itu takdir yang telah di tetapkan, sebab semakin kita cuba untuk redha semakin kita akan tenang.. walaupun aqu tahu akan datang segala itu akan menguji rasa hati.

Nota ingatan : teringat satu kata-kata ayah yang sangat betul aqu rasa.


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: