2 penyumbang pandangan

menanti perkataan "telah ditemui"

Assalamualaikum

Akhirnya jatuh juga air mata disebabkan sedar betapa kerdilnya diri sebagai manusia. Sehebat mana pun teknologi tercipta, sebanyak mana pun tentera dan angkatan-angkatan nya berkumpul, sekuat mana pun usaha yang di laku kan, tanpa keizinan Allah kita masih manusia yang tidak memiliki apa-apa daya merubah takdir.

Hilang tanpa jejak. Dari segi pemikiran manusia, kejadian ini mungkin amat pelik kerana kapal terbang sebesar itu boleh ghaib begitu sahaja tanpa sebarang tanda atau jejak yang tertinggal. Namun apa yang kita tahu, hanya Allah sahaja tahu apa yang di langit dan apa yang ada di bumi... tidak mustahil jika kapal terbang itu masih di langit dan tidak juga mustahil kapal terbang itu masih selamat di bumi kerana kekuasaan "kun faya kun" Allah itu tidak memustahilkan sesuatu itu berlaku. 


Namun hikmah di sebalik kejadian ini amat besar di mana setiap manusia tersedar bahawa hanya Allah yang maha berkuasa terhadap sesuatu dan hanya Allah sahaja yang dapat membantu dan setiap dari kita juga mula menginsafi bahawa Allah itu "Maha melihat, Maha mengetahui, Maha mendengar, Maha penyayang". 

Seperti kematian, sesuatu kematian itu berlaku hikmah nya adalah untuk mereka yang masih hidup sedar bahawa suatu hari nanti masa kita pula akan tiba. Begitu juga dengan kehilangan MH370 ini, kehilangan nya adalah untuk menyedarkan kita yang masih di sini bahawa sehebat manapun ciptaan atau daya manusia itu, tidak bermakna apa-apa jika kita tidak kembali terhadap fitrah kita sebagai manusia sebagai hamba.

Setiap hari, apa yang di nantikan oleh seluruh manusia adalah perkataan "sudah ditemui"... namun sampai bila harus menanti, masa sahaja yang dapat menjawab.

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
S'gala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

nota kesedaran : tidak mustahil kapal terbang itu ada di situ, namun hanya mata-mata manusia telah terhijab pandangan dari melihat nya.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
2 Comments

2 00 rajin nak comment:

msredcheesecake said...

semuga peristiwa ni jadi pengajaran pada kita jugak

HeNRieTTa JoSe said...

tidak mampu utk berfikir apa apa...hanya mengharapkan berita gembira...