3 penyumbang pandangan

pasangan mencerminkan diri?

Assalamualaikum

Banyak kali aqu dengar orang kata, "pasangan kita mencerminkan siapa diri kita"..

Jadi tak pelik la bila aqu terdengar ada orang sekeliling yang kata, "bini dia pun suka merokok, tak pelik la kalau laki dia hantu rokok".. atau "bila dah laki kaki clubbing, jadi tak pelik perangai bini pun lebih kurang".

Seperti firman Allah : "Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik". (suruh An Nur).

Namun, betul juga kadang-kadang buntu bila orang tanya balik, "mana kau tahu kalau aqu jahat, pasangan aqu pun jahat... kau tak pernah dengar ke pasal isteri firaun? Bukan firaun tu jahat tapi isteri dia beribu kali baik?".

Huh bunyi nya seperti mempersoal ketentuan atau firman Allah pula. Namun, tidak mengapa lah mungkin masih ramai yang kurang jelas tentang apa sebenarnya yang di katakan "pasangan dalam jodoh" itu.


Secara kasarnya, firman Allah dalam surah An Nur itu amat jelas bukti nya. Namun, "pasangan dalam jodoh" boleh di katagorikan kepada 3 sebenarnya.. :
i) wanita/lelaki baik jodohnya dengan wanita/lelaki baik
ii) wanita/lelaki tidak baik jodohnya dengan wanita/lelaki tidak baik
iii) wanita/lelaki tidak baik jodohnya dengan wanita/lelaki yang baik

Situasi pertama di mana "wanita/lelaki baik jodohnya dengan wanita/lelaki baik"
- Jodoh seperti ini banyak yang boleh kita lihat, kadang nya walaupun seseorang itu sekadar insan biasa-biasa namun jodoh yang di tetapnya untuk nya adalah wanita yang hebat. Hebat dari segi agama, pegangan dan kasih nya. Begitu juga sebaliknya.

Situasi kedua di mana "wanita/lelaki tidak baik jodohnya dengan wanita/lelaki tidak baik"
- Mungkin pernah terjadi situasi di mana "konon nya aku kantoi dengan awek aku sebab aku ada sorang lagi awek, rupa nya dia pun ada lagi sorang balak". Atau, "awak tak payah nak kata saya asyik menipu, awak pun menipu saya berpuluh kali juga dah".

Situasi ketiga di mana "wanita/lelaki tidak baik jodohnya dengan wanita/lelaki yang baik"
- Ini yang asyik di persoalkan oleh masyarakat seperti yang aqu tulis di awal entry tadi, yang mana kisah firaun dan isterinya asiah.

Erm kadang nya manusia tidak faham, setiap sesuatu ketentuan itu tersembunyi hikmah yang kadang kita tak pernah nampak. Berbalik kepasa isu firaun dan isterinya.. mengapa firaun yang kejam dan zalim tetapi berjodoh dengan seorang wanita hebat penyabar dan penyayang seperti asiah?

Jawapan nya mudah, kerana Allah amat menyayangi asiah. Allah mengujinya kerana kasih sayang Allah kepada nya. Dengan ujian yang Allah beri untuk asiah menghadap kezaliman dan kekejaman firaun itu lah, asiah bertambah tawaduk dan cinta pada Allah. 

Contoh lebih mudah, seorang isteri memiliki suami yang tidak menunaikan solat. Jadi si isteri perlu bijak dalam memujuk dan menasihati si suami supaya taat kepada Allah. Jadi dari kesusahan si isteri untuk menasihati si suami itu lah Allah kurniakan limpah rahmat dan kasih sayang Nya terhadap si isteri. Dari ujian itu lah, Allah membuka ruang kepada si isteri untuk lebih dekat kepada Nya dan memohon pertolongan dari Nya agar mengubah si suami menjadi lebih baik. Tidak kah dengan ujian seperti itu Allah telah membuka jalan kepada mereka lebih mudah untuk ke syurga?

Jadi dari situ kita dapat lihat mengapa ada di antara hamba-hamba Allah yang kadang kala nya di uji dalam ketentuan jodoh mereka... kerana Allah sayang pada mereka!

Kesimpulan nya, jangan kita asyik memperkata rumahtangga orang lain walaupun rumahtangga mereka sering di landa banjir sekalipun, sekurang kurang nya rumah mereka sudah bertangga, dan tangga yang di bina masih kukuh menampung rumah... rumah anda dah bertangga? Jika sudah, pastikan atap dinding pintu dan tingkap rumah anda kekal kukuh nya sebelum sibuk memperkata rumahtangga orang lain :)


ular makan kau, turun bawah balik!
Cuma apa yang ingin aqu tegas kan, jangan mudah sangat menghukum manusia lain hanya kerana dia nampak tak baik kat mata dan hati korang. Hari ni mungkin dia 100 kali lebih buruk dari anda, tapi esok lusa mungkin dia 1000 kali lebih bagus dari anda.

nota love : Baik buruk seseorang manusia itu, bukan sekadar di lihat dari segi pemakaian... namun apa yang sentiasa diharap adalah pemakaian yang baik mampu mendidik seseorang manusia itu menjadi lebih baik.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
3 Comments

3 00 rajin nak comment:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak.. betul... terima kasih berkongsi entri ini...

Ayuni Sara said...

betul tu. jangan tahu mengata dan mempersoal mengapa itu, mengapa begini. Allah tahu apa yg dia lakukan. Nice sharing !!!

Anisyamir Leejo said...

sorry nak tanya kalao2 saya ad miss information. Awk dh umum belum pemenang segmen rezeki siapa by suana ? Tolong reply kt cbox sy okey ? TQ