1 penyumbang pandangan

suntikan pneumococcal?

Assalamualaikum

Mungkin tak ramai yang tahu berkenaan suntikan pneumococcal ni... pneumococcal ni adalah dalam katagori vaksin di mana ia berperanan mencegah bateria dari merebak dengan menganas. Tapi suntikan ini adalah di khaskan kepada kanak-kanak/bayi.

Mungkin bagi mereka yang sangat biasa ke klinik kerajaan atau tidak pernah menjejak kaki ke klinik swasta tidak akan pernah di ketengah atau di terangkan mengenai vaksin ini. Kerana suntikan ini hanya di tawarkan di kelinik swata oleh pakar-pakar.

Namun bagi aqu sendiri, klinik swasta dan kerajaan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan yang paling penting, tidak semestinya doktor klinik swasta itu lebih hebat atau sebaliknya. Kalau cerita 10 tahun lepas, memang masih ramai yang mahu mempertikaikan kredibiliti atau ke'bagus'an klinik kerajaan, tapi sekarang tidak lagi...


Dan apa yang perlu anda dan semua orang faham adalah, tidak kira lah doktor tu berkerja di kerajaan atau swasta.... tapi sebelum mereka menjadi doktor, mereka semua belajar perkara yang sama di universiti-universiti jadi apa yang membezakan para doktor itu adalah ketekunan dan daya ingatan mereka terhadap ilmu-ilmu yang di pelajari bukan nya di lihat pada klinik swasta atau kerajaan mereka berkerja =.= 

Ok, berbalik pada suntikan pneumococcal tadi. Kebanyakan blog yang aqu saja-saja teroka dan baca, semua nya menceritakan perlu nya suntikan ni. 

Suntikan pneumococcal ni memang mahal, satu dos memerlukan kos lebih kurang RM200+. Tapi bagi aqu kena suevey jugak berkenaan suntikan ni dulu, bukan sebab harga nya kerana kesihatan anak tu lagi penting...duit mana-mana boleh cari cuma nya takut suntikan ni ada kesan sampingan apa-apa. Jadi dua-dua doktor klinik swasta dan kerajaan aqu ambil pandangan mereka...

Jawapan yang aqu dapat :
- klinik swasta pasti dengan konfem nya menasihatkan suruh ambil. *lagi pun tu income untuk diaorang*
- Hospital kerajaan pula kurang menyaran kan dan itu adalah pilihan untuk ibu bapa. Dan doktor juga menerangkan bahawa suntikan pneumococcal ni adalah salah satu suntikan untuk tambahan bagi antibodi bayi/kanak-kanak dalam melawan sesetengah bateria. Dalam udara kita, terdapat pelbagai bateria yang wujud. Namun suntikan pneumococcal ini bukan berperanan berperanan melawan semua bateria. Dan suntikan pneumococcal ni mengandungi pelbagai jenis, kerana bateria kan ada pelbagai jenis.

Jadi kesimpulan yang aqu dapat adalah, suntikan ni ada pelbagai jenis iaitu terdapat lebih 20 jenis.. dan di beri pada bayi/kanak-kanak mengikut antibodi mereka atau jenis bateria yang ingin di lawan. Maka nya, terpulang pada ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian untuk mengambil suntikan ini atau tidak kerana setiap kanak-kanak mempunyai daya tahan yang berlainan tambahan pula kanak-kanak yang pada umur 0-6 bulan di lengkapi penyusuan susu ibu, maka antibodi yang mereka miliki lebih kuat.

nota cinta : Kenapa hospital atau klinik kerajaan tidak memberi suntikan ini? Bukan kerana diaorang kedekut ok! Tapi kerana seperti yang di terangkan, bukan semua bayi memerlukan suntikan ini dan kalau nak di kira nya, sebenarnya banyak lagi suntikan yang di tawarkan oleh klinik swasta, korang pi je klinik swasta tu dan tanya "apa lagi suntikan penting untuk tambah antibodi bayi saya?'. Maka akan keluar 101 lagi jenis suntikan yang di tawarkan :)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Atiqah Amelya said...

Awak ditag! http://atiqahamelya.blogspot.com/2014/03/havoc-giveaway-by-isabella-idura.html :)