1 penyumbang pandangan

tinggi tercacak egonya

Assalamualaikum

Ego dan sombong memegang maksud yang berbeza, tapi kadang-kadang kedua nya saling berkerjasama dalam membawa hati seseorang manusia itu ke landas yang cukup menyampah untuk orang lain menerimanya. Adakah ayat yang aqu gunakan terlalu memeningkan? hahahhaha *kadang-kadang terbawa-bawa nilai kesasteraan A.samad said, betapa aqu meminati beliau.hola~*


Setiap manusia biasa itu memang ada egonya.. Tak kira tinggi atau rendah.. Tapi aqu tak pernah kata ego itu salah... kadang-kadang ego itu memang perlu, cuma nya... agak melampau bila mana orang sekeliling terpaksa redha bahawa "kau je lah yang betul", atau "perlu ke aqu minta maaf, bukan dia yang salah?", atau "sampai kiamat aqu tak kan bertegur sapa dengan kau".

Mungkin manusia sebegini agak yakin bahawa dia tidak memerlukan seseorang itu dalam hidup/dunia nya... tapi sedar atau tidak masa depan itu mengandungi pelbagai kejutan.. jangan sampai kita biarkan ego mencacak-cacak memanjat langit, tapi kesudahan nya langit tak terjejak namun jatuh tersembam muka kedalam lumpur yang mana tempat kerbau berkubang di situ.. masa itu bukan hanya manusia yang memandang jijik pada kita, malah kerbau turut marah kerana anda menganggu kedamaiannya berkubang. =.=


Kalau susah sangat nak buang ego dalam diri, pi dapur nun cari tepung, bancur dengan air tambah dengan cili giling sikit tepek kat muka... buat macam skrub, terasa tak panas nya? Kalau terasa, alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya tahu yang panas tu tak sepanas bahang neraka nun~ 

A.samad said pernah kata "kita datang ini satu roh satu jasad... bila pulang nanti bawa bakti padat berkat"

^_^
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Mohd Nazri said...

salam singgah. Alhadulillah terbaik :)