0 penyumbang pandangan

aku & motor.

Assalamualaikum

Mungkin bagi sesetengah orang, motor merupakan sebuah kenderaan yang sentiasa menemani hari-hari nya. Namun bagi aqu, motor merupakan sebuah kenderaan yang meninggalkan sejarah buat aqu... sejarah yang agak mengigil tangan untuk di kenang kembali. heh over! ;p


beri laluan : kenderaan santa lalu
Satu ketika dulu, motor dan aqu merupakan teman yang agak rapat. Aqu belajar bawa motor dari arwah ayah dan abang aqu. Bila dah pandai, belagak tiap petang aqu bawa lari motor ayah untuk keluar berjalan-jalan keliling taman melihat mat-mat hensem bermain bola, melihat pakcik-pakcik berusia yang gigih berjoging menguatkan stamina.. dan rutin harian aqu pada tiap pagi hujung minggu ketika itu adalah menjalankan tugas membeli surat khabar untuk ayah.. "ana, pergi kedai jap beli surat khabar". 

Jangan hanya di rumah, merata lagi tempat aqu gigih membawa motor kawan aqu dari menompang mereka menaiki kereta... walaupun sebenarnya aqu tak pernah ambik lesen motor tapi berlagak macam orang hebat sangat..hahhah Hohoho dan kan sudah tertulis, jodoh pertemuan di tangan tuhan...maka selama aqu membuat perkara melanggar undang-undang itu aqu tidak pernah sekali pun di jodohkan dengan pak polisi. 

Namun, 5 tahun lepas.... 1 exiden yang tidak kritikal secara fizikal nya namun secara mentalnya agak trauma. *aqu nak eja perkataan trauma pun kena guna google search...ape kes? teruk gile bm aqu -.-* Sapa tak insaf bila exiden dengan kepala memang face to face dengan tayor keta... Fuhhh nyawa babe...nyawa tu satu je, sekali hilang memang konfem melayang ke alam barzakh terus la.. 



Kerana pekara itu...aqu berhenti memegang motor selama 5 tahun... takat menjadi penumpang tu masih gagah la... 

Dan tiba-tiba terasa nak buat semula tabiat tu sebab hubby cadang beli motor baru..*arghhh ape kes, belum insafkah aqu? ~_~* . Jalan-jalan bawa keliling taman dengan hanya mengunakan gear 2 tak pe kot..rasa macam selamat je walaupun aqu dapat rasa, budak 4 tahun naik basikal roda 3 akan memecut dengan pakej mengelakan aqu dengan jayanya nanti. =.="
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: