0 penyumbang pandangan

ikan ada hempedu???

Assalamualaikum

Sebenarnya aqu bukan terlalu tandus berkenaan ilmu ikan... aqu tahu yang ikan ada hempedu.. cuma nya aqu tak pernah tahu dan tak pernah nak ambil tahu di mana letaknya hempedu ikan. Lain lah ayam... dah faberet.. kalau di suruh siang ikan 3 ekor dengan menyiang ayam 5 ekor, aqu memilih untuk menyiang ayam.. kerana apa? Bukan sebab aqu bermusuh dengan ikan, tapi ayam adalah lebih mesra penguna untuk di siang. *siang ayam kau! pernah kau dengar cikgu BM ajar ayam tu di siang???? hoh lantak la siang ke malam ke dinihari ke janji korang paham~*


Maka apabila aqu di tinggalkan oleh hubby bersama dengan 2 ekor ikan kelah sebesar betis untuk di siang, aqu pun redha... aqu pun siang la ikan tu macam biasa penuh kasih sayang. Kata nya buat masak lemak cili api ikan tu. Aqu pun dalam hati, "huh setakat suruh masak lemak cili api, senang je resepi...bagi la yang mencabar sikit".

Proses menyiang siap. aqu pun sediakan la bahan-bahan yang semudah abc untuk masak lemak cili api. Baru teperasan bahawa cili api dah abis stok. Arghhhh mals betul aqu nak pi beli... jadi tunggu laki aqu balik, pesan je cili api...

Dan dia bawak balik 2 bungkus cili api... -.- Hambik kau, berlambak!!! Nak buat masak lemak ke nak juai balik pun aqu tak taw la....

Lepas dah blande semua, semangat aqu masak... sekali lepas letak garam semua......

Ya........rasa masak lemak yang sangat cukup rasa lemak nya, dan memang sekali pandang konfem kenal tu masak lemak... TAPI.......... PAHIT!

What???? Kenapa masak lemak ku pahit! Bila masa aqu blande peria sekali nie...... huwaaaaaaaa kenapa kenapa kenapa!!!!! Why!!!!!!

Sekali selidik punya selidik, rupanya masa menyiang ikan aqu terpotong hempedu nya..dan aqu tidak membasuhnya sepantas kilat sehinggakan hempedunya itu merebak keseluruh ikan... Ohhhh TIDAK!!!

Bertahun-tahun aqu siang ikan, tak pernah sekali ikan yang ku siang menjadi pahit! Dan senjak bila pulak hempedu si ikan menjadikan effect sebegitu sekali.... dan dan dan adakah selama ini aqu sekadar bernasib baik kerana menyiang ikan tak pernah terkena hempedunya sedang kan aqu sendiri tak tahu di mana hempedu si ikan. Arghhhhhh konfus!!!

Akhirnya baru ku tahu yang spesis ikan air tawar memerlukan kita menyiang ikan dengan berhati-hati supaya tidak menyebabkan hempedunya pecah dan menjadikan ikan itu pahit... 

nota perli : sakan aqu mengelakan en.hubby, kata pemancing hebat...tapi dia pun tak taw pasal hempedu ikan tu... ape kes???lallalalala


nota keciwa : gambar-gambar ikan yang aqu tangkap bersama masak lemak ku telah hilang angkara memori kad ku tiba-tiba mengalami kegagalan memory =.="
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: