2 penyumbang pandangan

isu tudung fareeda, wajarkah?

Assalamualaikum

Huh aqu sebagai blogger yang juga manusia biasa yang kadang-kadang sibuk, kadang-kadang malas untuk meng'update', kadang-kadang beremosi dan kadang-kadang rasa diri je betul ~_~" maka aqu terpanggil juga untuk melontarkan pandangan sendiri berkenaan isu yang sangat hangat di perkatakan ini. *harap jangan di saman aqu, kata negara demokrasi...melontarkan pandangan itu sesuatu yang wajar asal tidak terlalu over..tak gitu? ;p*

Tudung Fareeda. Yup, satu jenama gah yang mana memang boleh di kata, 'sapa tak kenal lu ketinggalan zaman la beb!'. Memang aqu sangat respect dengan pengusahanya... mereka bermula dari bawah sebelum mencapai tahap sehebat sekarang. Tiada isu timbul sebelum ini berkenaan produk yang di keluarkan mereka.. yang hanya di dengar hanyalah "cantik nya tudung fareeda..., warna tudung fareeda unik". Memang..cantik, cantik, cantik...hanya itu ungkapan yang mampu terucap berkenaan tudung fareeda. 

Isu pendek atau singkat tudung itu sebenarnya bukan terletak pada tudung...tapi pada pembeli dan pemakai. Komen aqu bila orang kata, "kau tak rasa tudung fareeda tu singkat ke?". Jawapan aqu "TIDAK". Kenapa? Kerana... tercatatkah pada tudung itu untuk siapakah pemakainya? Jadi jika rasa tudung itu singkat, maka mengapakah tidak tudung itu dibelikan untuk anak yang berusia 2 tahun? Jika anak yang berusia 2 tahun memekainya, pasti kelihatan labuh bukan? Jadi jangan tahu mencari salah yang menjual sahaja, yang membeli juga seharusnya mempunyai akai. Betul bukan? Bukankah orang malaysia di banjiri dengan mereka yang bijak pandai...tak kan hanya bijak mencari kesalahan orang lain sahaja? *Tudung Fareeda juga ada menjual tudung yang labuh untuk para muslimah.... jadi silap siapa kalau pembeli membeli tudung yang singkat?*

Next, isu seorang blogger memperkenal tudung yang di olah dari tudung bawal menjadi tudung ala-ala bentuk tudung fareeda. Pendapat aqu, "MENARIK". Aqu tak nampak kesalahan apa yang di tonjolkan sehingga orang kata dia menciplak idea tudung fareeda. Kerana apa? Kerana dia mengunakan tudung bawal. Kerana dia mengunakan pin tudung yang bukan bertaraf mahal. Kerana dia mengolah idea bukannya meniru idea. Kalau nak tahu macam mana erti sebenar meniru idea, tu ha korang pergi jalan tar sana tu...berlambak tudung tiruan yang entah sapa tiru sapa pun aqu dah tak tahu. 

Tapi satu kesalahan yang aqu dapat lihat di lakukan oleh blogger itu adalah dia menamakan fesyen tudung yang di olahnya itu dengan nama "tudung bawal mawar fizo omar". Jika di pandang dengan serius maka akan timbul isu pengunaan nama di mana pengunaan nama seseorang tidak boleh di guna sesuaka hati. Memang terdapat akta seperti itu... namun pada aqu jika dia meletakan nama "tudung bawal suanazhar", ohhh tiada masalah la!!!! terkena gua.muahmuahmuahhahahha

Siapa yang tidak pernah terjun atau hidup atau di dedahkan dengan dunia "perniagaan", maka mereka tidak akan faham apa sebenarnya perbezaan istilah meniru dengan mengolah. 
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
2 Comments

2 00 rajin nak comment:

HeNRieTTa JoSe said...

Rietta pown blom tahu apa kes sebenar...ada kelapangan rietta nk bca dr semua sudut...bru bleh difahami apa sebenarnya yg berlaku...

Junkyo No Hikari said...

betul jugak kan.. :D

ok taknak cakap ape dah ahaha XD

yg nama produk tuh diolah trang tang tang salah XD sbb nama pemmilik hak ori duduk dekat situ :D

ahaha
good entry :D