0 penyumbang pandangan

kangkung

Assalamualaikum

Masih ingat si kangkung??? Ya kangkung yang satu ketika dahulu telah di politikan. Agrhhh masih jeles dengan populariti yang di raih si kangkung tanpa perlu berusaha gigih memperolehnya!

Kini, setelah populariti si kangkung semakin merosot... aqu kembali mengilap keistimewaan yang ada pada si kangkung supaya mereka yang membaca turut terasa terkejar-kejar untuk mendapatkannya!

Nah!!!!


Hohoho si kangkung goreng belacan!!! Nyum nyum nyum~ sedap sehingga menjilat pinggan orang sebelah.

Ohhh sungguh memalukan jika anda tidak reti memasak kangkung goreng belacan! Sangat sangat sangat memalukan.... kerana untuk mendapatkannya di kedai harga nya gak mahal iaitu mencecah RM1 sepinggan. Erk tapi jangan tanya aqu mengapa ketika isu si kangkung ini hangat di politikan satu ketika dahulu, wujud nya ayat "kenapa rakyat tak berterima kasih harga kangkung murah...tak naik". Kerana...aqu faham harga kangkung di kedai agak mahal... adakah kerana mahalnya belacan? entah lah...ohhh abaikan~

Jadi tahu cara masak si kangkung ini??
- Ambik bawang merah, bawang putih, ikan bilis/udang geragau, cili api dan belacan....mengikut kuantiti sesuka hati, tumbuk/blande kan mereka bersama-sama supaya mereka kekal silaturahimnya.
- Ambil si kangkung, dan potonglah mengikut kemahiran tersendiri.
- Panaskan minyak, dan campakan bahan yang di blande tadi.. setelah garing, masukan si kangkung dan sedikit air...
- Apabila si kangkung sudah kelihatan sedikit layu, maka gelojohkan diri memasukan mereka di pinggan dan mulakan makan panas-panas~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: