2 penyumbang pandangan

perlukah depan pintu?

Assalamualaikum

Peace! Aqu still sihat dan mampu menaip dengan pantas untuk mengejar masa yang berlalu tanpa minta izin ni. Alhamdulillah! *Sungguh masa tidak tahu erti belas kasihan mahupun simpati! Ahhh damn!*

Mood menaip sekarang bukan agak emo, cuma sedikit konfus. Apa yang aqu runsing kan?

Aqu masih memikir mengapa ada segelintir insan atas bumi ni yang hidup berprinsipkan "rumah aqu rumah kau!". Oh aqu bukan nya kedekut untuk menjemput orang datang menyinggah ke rumah...tapi yang aqu marahkan adalah sesetengah insan nie yang tak tahu adab ketika datang ke rumah orang di mana kita di ajar supaya salam perlu di berikan bukan betul-betul di hadapan pintu tuan rumah tapi biar lah ke tepi sedikit.. tambah menambahkan marah adalah apabila dengan sesuka hati membuka pintu pagar tuan rumah walaupun salamnya masih belum di sambut atau dengan kata lain, BELUM DI BENARKAN/UNDANG MASUK!

Tidak pernah terfikirkah anda bagaimana situasi tuan ruah terbabit.. bukan semua insan di muka bumi ni, apabila duduk di rumah sekali pun mereka akan menutup aurat dengan sempurna? Atau tidak pernah kah terfikir bahawa pada ketika anda datang itu, tuan rumah sedang membuat aksi yang memalukan diri nya untuk di lihat orang luar?

Nak menyalahkan tuan rumah sebab dah tau tak tutup aurat sempurna, dah tau buat aksi panas tapi yang tak reti tutup pintu kenapa? Helo! Sedar sikit yang kau datang tu rumah siapa? Dan suka hati dia la nak tutup pintu ke bukak pintu ke dah tu rumah dia..

Oh sibuk pulak nak pertahan kan prinsip konon nya hubungan antara tuan rumah dengan kau dah cukup rapat? Tak kan sedara sendiri pun nak banyak cerita... Hey waley waley, tak kira la kau di bandar mahu pun di kampung, kau di hulu atau di pinggir, serapat mana pun hubungan anda, itu masih tidak mampu di jadikan tiket untuk anda memperlekeh setiap adab yang telah di ajar agama mahupun aurat antara anda dengan sesiapa pun. 


Kadang-kadang ada pula sikap segelintir hamba Allah ni bila di tegur, mula la mengunakan ayat "tuan rumah tak kisah pun la ehhh", "ish aqu dah biasa la...", "tuan rumah nie kadang tak dengar jadi kena masuk jerit baru dia dengar". Apo apo apo ingat aasan-alasan tu sangat munasabah ke ha???? Dah taw tuan rumah tak dengar, ambik hanpon canggih kau tu call la tuan rumah tu kata kau ada depan rumah dia. Susah ka? Haiya pakai hanpon canggih tapi otak berkarat!

Nota ambil tahu : maka nya kalau kau amal prinsip pakat redah masuk rumah orang, jadi nya kalau aurat tuan rumah yang anda pandang bukan di kira anda tidak sengaja melihat nya..tapi anda sengaja! kerana anda masuk tanpa izin tuan rumah. Jadi pikir-pikir kan!


nota benci : di sebab sikap segelintir manusia tu, pintu rumah aqu terpaksa selalu di tutup... huh!
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
2 Comments

2 00 rajin nak comment:

msredcheesecake said...

akk pon tak suka la org pandai2 masuk buka pagar rumah kita...

Nurul Huda said...

Hee~ sabar2.. Saya punn cmtuu gak kdg2.. :)