1 penyumbang pandangan

antara duit, zoo dan panda -_-

Assalamualaikum

Huhuhu panda oh panda untung nya di kau wahai si panda...

Kedatangan si couple panda ke Malaysia sungguh luar biasa sambutan nya... sampaikan aqu yang memang rakyat malaysia nie pun tak pernah mendapat tempat sepopular macam si panda tu... semua media massa nak bercerita pasal si panda ni... sampaikan sapa yang tak taw tentang kedatangan si panda nie di anggap sebagai "duduk bawah tempurung dengan si katak" ke... 

Si couple panda ini telah di sewa oleh Malaysia dari China, katanya untuk "memberi peluang rakyat malaysia melihat panda tanpa perlu ke china". Hohoho amat prihatin kerajaan kita... al maklum nak harap golongan macam aqu nie, nak bercuti ke negara sendiri pun kadang-kadang kita dah berkira-kira kos nya, ini kan pulak nak ke china...memang dalam angan-angan minah jening je la~

Dan si couple panda ini telah di tempatkan di zoo negara. Ya ZOO NEGARA ok. Jangan pulak korang terlebih excited sangat nak tengok panda, korang pergi terjah zoo taiping zoo melaka semua... Nuhhh ha pi terjah zoo negara.

So nak bisik-bisik la sikit ni... meh dekat-dekat...

panda oh panda.... tak nak kah kau menjadi warganegara Malaysia
Kalau nak taw, tiket nak masuk Zoo Negara tu RM 30 untuk dewasa, dan untuk kanak-kanak dalam RM 10 atau 15 macam tu la...

Dan... korang jangan ingat RM 30 tiket masuk Zoo Negara tu termasuk tiket untuk tengok panda ok! Tiket untuk tengok panda lain cerita ye... kos tiket nya adalah sekitar RM 20....

Erk.. tercekik mak jemah oiii... memang la kos dia lebih murah dari pergi ke china kan kan kan... tapi, cer pikir.... seorang dewasa masuk dah RM 50 total nya, dan dan ado ke orang nak pergi bersiar-siar ke Zoo Negara tu sensorang je... konfem-konfem bawa anak-anak plus pasangan kan??? So agak-agak kos dah berapa total nya????? -.-

Tu belum kira mokcik-mokcik yang datang dari kampung semata-mata nak pi jugak zoo tengok panda tu... korang ingat mokcik kat kampung tu tak berminat ke nak tengok panda... so mokcik yang nak datang dari kampung tu, sila la fikir dulu kos minyak, tol, makan dan minum sebelum memikirkan isu harga tiket nak masuk zoo ni. ;p

Jadi ya memang pada golongan yang tak mampu macam haku nie, diam-diam je la dah berkira sangat duit tu nak tengok panda... orang lain mampu je nak pi tengok panda tu...tapi tapi tapi teringin jugak weh!!! Kesimpulan nya, beli patung si panda je la..boleh tengok hari-hari~

Aqu memang tak pandai sangat ekonomi negara nie... dan ya aqu faham, si panda ini juga di jadikan sebagai salah satu pelaburan untuk menambah income negara.. selain dapat merapatkan hubungan dengan negara china.. TAPI...... agak-agak kos yang di laburkan berjuta dengan meminjam panda nie mampu tak di kaut balik??? erk....

nota keluh : tarif eletrik terpaksa di naikan sebab tak mahu TNB menanggung kerugian, cukai terpaksa di naikan sebab itu salah satu cara untuk menjana pendapatan negara dengan lebih banyak, subsidi petrol terpaksa di kurangan kan sebab nak imbangkan semula belanjawan negara. Tapi kenapa semua nya rakyat yang perlu pikul??? Kata nya guna slogan "dari rakyat untuk rakyat", rasa nya lagi sesuai kalau "dari rakyat untuk kerajaan".

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Nur Fajariah said...

mahalnya tiket nak tgk panda sahaja =.=