0 penyumbang pandangan

dah senja..pulang lah!

Assalamualaikum

Terbiasa atau tak anda melihat iklan di astro oasis tatkala azan maghrib ingin di kumandangkan?

Ya iklan yang berbunyi lebih kurang :

"Di manakah anak-anak anda ketika ini? Sudahkah mereka pulang dan bersedia untuk solat berjemaah bersama-sama?"


Siapa yang masih mempunyai hati, pasti sedikit sebanyak terkesan dengan iklan tu... Kalau tak terkesan langsung, entah tak tahu macam mana nak di cakap kiaskan lagi supaya hati anda sedikit cair.

Kalau di imbau bezanya remaja dan kanak-kanak dahulu dan sekarang memang berbeza bermacam-macam..


Kalau di ikut kan dahulu, kanak-kanak dan remaja lebih suka bermain di luar bersama rakan-rakan, tapi sebelum magrib pasti dah tercacak di rumah..paling tidak pun ketika azan magrib pasti dah berlari-lari pulang ke rumah.. itu pun pasti tetap menerima leteran mak ayah kerana pulang lewat!

Tapi kanak-kanak remaja sekarang lain, waktu magrib tu masih di kira "muda" lagi masa. Masih ramai yang terus bermain bola, berkawat di padang-padang sekolah, melepak di kedai-kedai... ah alangkah ruginya.

Ah tidak kira la anda di besarkan di kampung atau bandar... di pekan atau desa... di hulu atau muara... di bukit atau gua... itu tidak di jadikan alasan untuk kita memandang ringan perkara ini. Magrib dan syaitan sering di kaitkan bersama. Bukan di waktu lain syaitan itu berehat atau apa... cuma di waktu magrib itu lah syaitan semakin aktif godaannya. Maka mengapa perlu kita memberi ruang pada syaitan untuk menang?

Namun di atas bahu siapa semua ini mahu di persalahkan. Adakah kerana kanak-kanak dan remaja itu sendiri kerana mereka tidak reti berfikir untuk pulang ke rumah?? Atau salah ibu bapa yang tidak tegas dalam mendidik mereka? Atau salah persekitaran yang menjadikan mereka terpengaruh dengan budaya seperti itu?

Aqu melihat semuanya pada peranan ibu bapa itu sendiri. Bukan seratus peratus ingin menyalahkan ibu bapa, namun... MEMANG sepatutnya salah mereka!

Kerana apa? Ya memang sukar untuk kita mengawal apa yang persekitaran anak-anak pengaruhi, namun bukan kah kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak-anak sedari awal supaya bersikap lebih bertanggungjawab pada diri dan masa dan keluarga. Ya bukan mudah.. aqu juga sedar itu...

Tapi tidak kah kita terfikir bahawa kadang-kala kita sendiri yang mempengaruhi peragai anak-anak.. membentuk mereka menjadi manusia yang kadang kala lupa pada masa yang berlalu. Lihat sahaja rutin harian yang kita lakukan... kita menyuruh anak-anak pulang sebelum magrib, namun kita sendiri pulang kerja hampir ke isyak.. kita menyuruh anak-anak jangan melepak sana sini, namun kita sendiri rajin mengeteh di kedai mamak bersama kawan-kawan. Kita meminta anak-anak jangan terlalu bersosial di laman maya, tapi kita sendiri giat meng'upload' pose begitu dan begini. Jadi di bahu siapa lagi mahu kita letak kan kesalahan mendidik anak-anak?



nota keluarga : cari lah masa untuk keluarga anda sebelum keluarga meninggalkan anda jauh... :)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: