1 penyumbang pandangan

jom cari ikan fresh

Assalamualaikum

Hai selamat hari pekerja. Erm maksud aqu selamat hari bercuti. Yes. Hari-hari becuti ni nak menulis sesuatu yang bermanafaat. Apa selama ni tak bermanafaat??? Tidak la, sekurang nya bila dah tua kerepot nanti tak la malu sangat kat diri sendiri sebab tak pernah menulis sesuatu yang menyumbang pada masyarakat dan bangsa, tak kan nak syok sendiri tulis pasal diri sendiri je jemah oiiii. Wah over. *tu pun kalau umur panjang*

Agak-agak masih ada tak yang bercadang nak pergi ke pasar hari ni dengan keadaan tengah-tengah hari celik matahari cantik menyinari atas kepala nie? Oh tak pe, orang KL tak reti pagi ke petang ke malam ke..konfem masih ada yang berkerumun nak ke pasaraya beli ikan or ayam.. kat KL sama je pagi ke petang ke malam ke... sebab kadang waktu malam pun still jalanraya banyak kereta. Jadi perbezaan siang dan malam tu hanya boleh di hayati oleh orang KL bila time balik raya je.. masa tu baru reti yang malam raya kena ada dah kat kampung atau kalau tidak air mata bercucuran jatuh mengenang kampung halaman!

Argh jauh menyimpang. Back to topik.



ikan nie comel... kau tak rasa?
Kalau tanya mokcik-mokcik, panjang lebau diaorang terang macam mana ikan yang fresh. Kalau tanya pemancing, jawapan nya simple... "ikan yang baru lepas kena pancing". Kalau tanya mat-mat hensem, jawapannya konfem "tah, biasa makan kedai je". Tapi kalau tanya anak-anak dara, jawapan nya "erk..a..erk.. a...tah mak yang beli sebelum ni". Tapi kalau tanya aqu, jawapan ku "tak sempat nak tengok nama ikan pun, laki aqu dah siap timbang ikan tu kat bangla pasaraya tu". =.="

Jadi untuk yang masih blur-blur...boleh aqu beri sikit ilmu... sikit je la, aqu pun tak power mane...

1) Mata ikan - Sesekali cuba tenung mata ikan, ala-ala jatuh cinta gitu. Kalau nampak mata ikan tu merah, bermakna ikan tu sakit mata tengok korang.hahhaha Maka jangan pilih ikan tu sebab sikapnya yang buruk tu. Kalau nak pilih ikan, tengok mata nya jernih bersinar-sinar ye. Tak pernah lagi aqu jumpa ikan pakai contact lens mata warna ijau ka unggu ka. Kalau biru tu ada kemungkinan la..tu pun ikan laut.


2) Insang ikan - Selalu warna insang apa??? Ungu....? sapa ajor! Insang ikan warna merah...merah warna jantung gitu...taw warna jantung merah macam mana??? Kalau tak taw pi belah dada boypren korang selidik jap warna jantung merah camna sambil-sambil boleh bukti kan cinta dia ;p Ikan yang masih fresh mempunyai insang warna merah yang cantik terang-terang sikit gitu..kalau warna merah dah nak hitam tu makna nya dah kritikal ikan tu memerlukan bantuan untuk di buang je ok.


3) Sisik ikan - Nie bagi ikan yang ada sisik. Jangan ikan sardin korang pegi cakor-cakor badan dia cari sisik pulak..memang toreh 18 pun belum tentu korang jumpa sisik dia. So bagi ikan yang bersisik, pastikan sisik dia masih setia utuh pada badan nya.. maksud nya susah nak tanggal la. Bukan sekali jentik dah tercabut.

4) Perut ikan - Yang nie konfem ciri paling senang... kalau nampak perut ikan tu ala-ala nak terburai macam tak sempat nak pi hospital, maka konfem-konfem ikan tu dah agak lama...kadang-kadang pasaraya still juai ikan macam tu.. dia lelong lelong lelong punya.....tapi kalau korang baik hati, beli la sepinggan buat rebus bagi kat kucing sepinggan tu. Makan mewah kucing tu walaupun ikan tu dah agak kritikal. Kerana apa? Kerana kucing tidak pernah membezakan rezeki dari tuhan.hohoho

Jadi tu je ciri kritikal yang korang kena taw, tak la malu makmertua suh pilih beli ikan nanti ;p

Apesal aqu asyik cerita entry ikan je nie... -.-


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Iz Salim said...

hehehe.. tips yg bagus.. :D