4 penyumbang pandangan

nampak "halal" kita telan

Assalamualaikum

"Halal" bukan lah sekadar perkataan mahupun logo bagi orang islam. Sebenarnya secara tidak langsung ia mewakili keyakinan yang penuh letak kan dalam sesuatu produk itu. Ye lah, sebagai pembeli mana lah kita ni ada ilmu sangat untuk kaji ape benda segala bahan yang di gunakan dalam sesuatu produk tu... nak cari tanda halal pada sesuatu produk tu pun memakan masa *aqu tak faham kenapa kebanyakan produk suka letak tanda halal kat corok-corok packaging diaorang*, ini kan pulak nak kaji bahan-bahan yang kebanyakan nya mengunakan nama saintifik diaorang... memang kena bukak kamus sains la pulak kalau nak ke kedai kan.
selagi dari cadbury, memang tak sentuh da ler -.-
Jadi bila isu cadbury ni kecoh di perkata, memang kita sedikit sebanyak beristifar dan terasa sangat marah kerana seolah tertipu... mana tidak nya, cadbury ni boleh di kata kan makanan yang dari dulu menjadi pilihan kita kalau terasa untuk menikmati coklat... tanya lah siapa sahaja, setidak-tidak nya cadbury ini tersenarai dalam top 3 terbaik coklat kegemaran. Lagi-lagi imbau balik zaman nak mengorat awek, konon-konon bagi coklat tu sebagai simbolik romentik... tapi.... erk erk erk... @_@

Macam apa yang kita tahu bila dah makan, makna nya jadi darah daging. Dan sebagai orang islam, kita faham bila sesuatu yang buruk menjadi darah daging maka banyak kesan nya... antaranya soa sukar di makbulkan. 

Namun kadang-kadang kita sendiri buntu... pemasalahan kat sini bukan hanya pada cadbury.. malah mungkin banyak lagi pemakan diluar sana, sekadar mempunyai "halal" namun sebenarnya tidak. Tapi terfikir jugak, sejauh mana lagi yang mampu kita buat untuk merasa yakin bahawa sesuatu produk itu benar-benar "halal" selain meletak kepercayaan pada penuh pada "HALAL" yang di beri jakim. Kerana hampir seluruh kehidupan harian kita pasti mengunakan produk luar walaupun ia nya bahan mentah seperti ayam.

Jika tidak makna nya kita perlu kembali ke era puluhan tahun dahulu di mana perlu bercucuk tanam sendiri, menternak sendiri dan sebagainya untuk memastikan semuanya benar-benar halal. Jadi jangan rasa tertanya-tanya pula jika tiba-tiba ternampak lembu di pinggir-pinggir lebuh raya kerana mungkin ada yang mengambil keputusan berbuat begitu mungkin.

nota cinta : ketika ini mungkin ada yang berkata lebih baik dapat bunga tahi ayam sebagai tanda cinta daripada coklat cadbury. -.-

nota sekadar kata : bila berkenaan isu "halal" terhadap pemakanan, memang sangat -sangat ramai begitu sensitif dan memang seharusnya kita sebagai umat islam berasa sensitif. Namun macam mana pulak tentang isu berkenaan duit seperti riba atau mengaut keuntungan yang tidak mengikut cara islam?? semua buat buat tutup mata jo~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
4 Comments

4 00 rajin nak comment:

Nur Madihah said...

so, orang Islam kena berusaha untuk buat coklat yang lebih sedap dan juga halal.

CintaKhadijah said...

bila makan makanan tak halal ni besar impak dia.. boleh sampai effect kepada keturunan kita. cek balik apa yang kita makan. kalau agak was-was jangan makan terus. fuh, rasa fobia terus nak makan apa yg dijual kat luar. T.T

Junkyo No Hikari said...


sedih nih.... coklat urm ada bab1 huhu TT^TT dah sume perisa makan.. ahaha XDD

tapi slalunya kontroversi nih akan berkuarang dan org akans tart makan semula bila pihak pengeluar beri kyakinan produk dyaorg dah tak tercemar (urm nak kata tercemar macam tak baik lak, sbb ada dari kalangan bukan Islam yg makan makanan yg kita tak makan..)ayat nih just utk Muslim je.. :)

betul tuh... makanan tuh akan jadi darah daging kita..

masalahnya sy pgang sikit dgn Jakim ni cuma ibu abah je yg kurang sgt nk pcaya jakim ahaha XDD
baguslah kan.. tadaklah tertelan makanan yg diharamkan dalam Islam :)

anyway I hope that Malaysia produce banyak produk halal yg sedap2.... (sedap jugak yg important aiyaaa...) pointnya kenalah halal.. kena ada YAKIN halal :)

aniesa ahmad said...

orang melayu islam lebih lebih takut babi dari haram. Dah tahu riba tue haram, tapi tetab buat jugak, bukak aurat tue haram tetap buat jugak. Sebut je babi semua takut.

* sekadar pandangan :)