0 penyumbang pandangan

ya untuk kamu

Assalamualaikum

Semakin hari..
Apabila terimpau segala kisah yang pernah di lalui..
Tiada kesal..
Kerana semuanya merupakan fasa kematangan.

Wahai saudari,
Kita tidak pernah bersua muka..
Namun mengapa pernah wujud sengketa,
Tapi...
Tidak mengapa jika terlalu sukar untuk kau memaafkan..
Kerana aqu mengerti..
Parut luka tidak mudah untuk hilang..
Cuma..
Apa yang kau perlu tahu..
Antara kita sebenarnya tiada apa yang perlu di persengketakan..

Pada mu adik-adik ku,
Walau kita bukan seibu sebapa,
Namun akan ku pastikan berkekalan ukhwah yang terbina..
Ketahuilah kalian semua,
Masih terlalu luas bumi ini untuk kalian melangkah,
Jangan terlalu mudah untuk menyerah...
Jangan terlalu senang untuk mencari siapa yang bersalah..
Kelak sikap itu membawa padah!

Untuk kau pula wahai teman..
Ketahuilah jodoh itu ketentuan Tuhan..
Tuhan telah menyatukan hati kalian ketika ini..
Maka bersyukurlah..
Namun jangan kalian cacatkan ia dengan batas pergaulan..
Kerana  ia sebuah penghinaan.

Khas untuk mu sahabat,
Alam yang bakal kau lalui adalah fasa baru kehidupan,
Aqu sudah merasa secebis manis dan pahitnya,
Semoga tiap antara kita..
Terpelihara mahligai yang terbina,
sehingga akhirnya...


:) satu nukilan, namun di dalam nya di tujukan pada beberapa insan 
*memang aqu juga masih terlalu sikit garam yang di telan...tak layak sangat untuk menasihatkan..tapi tak kan nak tunggu telan garam banyak-banyak baru nak menasihatkan..takut tak sempat nasihat penyakit darah tinggi yang sampai~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: