0 penyumbang pandangan

wish #givealittle

Assalamualaikum

Kadang kala kita tidak terlupa untuk melihat sekeliling, yang mana ada antara di sekeliling kita memohon secebis kasih sayang dan perhatian. Mungkin juga kita tidak pernah sedar bahawa walaupun tidak sebesar mana kasih/pertolongan yang kita hulur mampu membuat mereka tersenyum dan sedikit sebanyak memberi mereka semangat untuk terus melangkah dalam hidup.

Ambank menyedarkan aku semua itu... dengan #givealittle aku pasti walaupun tidak semua namun tetap ada segelintir dari mereka yang menerimanya terasa ringan dugaannya dalam hidup dan sedikit sebanyak mengajar kita untuk terus bersyukur dan terus menghulurkan bantuan/ kasih sayang.

Mulanya aku sendiri buntu, dengan apa aku dapat membantu? Hampir berkali juga aku memikirkan. Namun akhirnya aku sedar bahawa untuk menghulurkan sesuatu, jangan di ukur pada ringgitnya, bukan di lihat pada cantiknya, tidak di nilai pada kuantitinya...hakikatnya ia dipandang pada nilai keikhlasan nya agar yang menerima itu gembira menerimanya.

Walau aku tidak sekaya mana, aku juga tidak sehebat mana... namun akhirnya aku dapat melihat banyak sebenarnya boleh aku #givealittle..iaitu dengan apa yang aku miliki tetapi tidak lagi aku gunakan. Walaupun mungkin barang-barang ini tidak lagi aku gunakan, namun biarlah ia memberi manafaat pada orang lain...

1. Koleksi buku ku yang agak banyak namun sudah lama tidak ku buka


2. Kasut-kasut ku terlalu banyak sehinggakan ada antaranya sudah lana tidak berusik


3. Koleksi tudung ku sudah tidak cukup ruang untuk di simpan, malah ianya tidak di gunakan lagi.


Semua itu boleh aku hulurkan sebagai #givealittle. Ayuh semua, lihat apa yang anda mampu buat untuk #givealittle.. percaya atau tidak, anda pasti membuat mereka tersenyum kerana ibarat ada tangan yang setia menghulurkan walau sedalam manapun lubang mereka berada.

Lumrah kejadian hidup ini,
Untuk saling melengkapi,
Untuk saling membantu,
Agar...
Sentiasa wujud rasa syukur itu.

Siapa pun diri mu, 
Siapa pun diri ku, 
Aku pasti antara kita,
Wujud kasih sayang yang luar biasa,
Tanpa perlu di paksa.

Mungkin kita bukan seagama,
Mungkin kita bukan sebangsa, 
Mungkin kita bukan juga senegara, 
Namun bukan itu tali ukurnya,
Saling membantu itu tiada sempadannyaa,
Menghulurkan kasih itu tiada perbezaannya, 
Apa yang perlu,
Kita semua saling bersatu.

#givealittle

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: