0 penyumbang pandangan

ruam bayi mudah hilang

Assalamualaikum

Kepala si ibu memang sangat pening apabila anak kesayangan mereka terkena ruam... Bukan sekadar ruam biasa malah yang lebih teruk apabila terkena ruam susu... Perhhh memang sampai merah menyala-nyala kulit anak tu.. sayu je hati ibu tengok pipi anak nya di salut kemerah-merahan macam tu.. 

Ada juga sesetengah bayi yang masih menyusu susu ibu mempunyai kulit amat sensitif yang mana bila ibu mereka tersalah makan, maka mereka lah yang menanggung akibat... habis gatal-gatal kemerahan kulit.. kadang-kadang tu sampai tak cukup tangan nak mengaru, kaki pun di angkat sekali.

Tapi tak kan kita nak menyalahkan si ibu sepenuh nya... ye lah, kalau 2 tahun anak mereka still menyusu badan maka 2 tahun la mereka terpaksa pantang makan makanan yang bisa/gatal seperti ikan tongkol, udang, sotong dan macam-macam lagi makanan yang umphhhh sodap tu???

Jadi ada ke penyelesaian jika si anak mendapat ruam ini? 

Kalau nak di ikut kata orang tua-tua... jenuh la si suruh pakai bedak sejuk la, tepung kanji la, beras la.. sampaikan ada yang suruh pakai lipstik kat pipi anak tu... hoh sanggup kau jah tengok anak jantan ko pakai blusher semerah lipstik macam tu??? hahahhaha jangan buek pasal...buat gelak siang malam tak berenti je nanti...


Bagi aqu yang dah berpengalaman berdepan dengan masalah ni, aqu syor kan ubat kat atas ni... cari la kat famasi ke mana-mana kedai ubat ke.. memang berkesan.. dan nampak keberkesanan nya dalam masa yang singkat. Tak bahaya ke untuk bayi? Jawapannya bahaya kalau terkena mata or mulut...maka jauhkan dari area tu ok... untuk kulit bayi, jangan risau tak de masaloh... kenapa aqu yakin tak de masalah? Sebab pertamanya, aqu dah gunakan nya berbulan-bulan dan tiada sebarang kesan sampingan timbul..dan sebab kedua, ubat ni dapat kelulusan doktor sebenarnya untuk pengunaannya terhadap bayi...so dun wory ye~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

4 penyumbang pandangan

meniru? tidak biadab kah?~

Assalamualaikum

meniru? yup mungkin agak kasar...dan mungkin ada yang kata "kebetulan", atau ada jugak yang akan kata "ambik point je bukan tiru semua", or ada jugak yang akan cakap "suka hati la...ilmu tu bukan hak siapa-siapa".

Ohhhh amat mudah! Tapi bagi aku anda sedikit biadap! 

Memang ilmu bukan hak siapa-siapa...tapi tidak kah anda pernah terfikir bahawasanya orang yang anda tiru itu telah meluangkan berjam-jam masa nya untuk memikirkan idea.. untuk menulis sesuatu yang unik, untuk menampakan lain dari yang lain...dan anda dengan mudahnya "copy and paste"???

Wow agak terkejut di situ... kalau ye pun anda teringin sangat untuk menang sesuatu contest/giveaway itu buat-buat la jugak belajar menghormati karya orang lain...sekurang-kurangnya bagitahu la serba sedikit... bukan nya copy paste sesuka hati anda ye.

Orang lain itu berusaha dan anda telah mencacatkan usaha mereka dengan sikap pemikiran di bawah lutut anda. Apakah anda tidak pernah di ajar dengan sesuatu yang di katagorikan sebagai "menghormati"?

Saya doakan kejayaan anda memenangi nya ok.. jangan risau kalau rezeki itu milik anda maka ia milik anda...tapi jika dia milik orang lain maka anda belajar lah dari kesilapan itu supaya berjaya dengan usaha sendiri ok? 

peace. ^_^
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

minyak telon terbaik!

Assalamualaikum

Kadang kala ramai ibu-ibu yang sering risau jika anak mereka terkena kembung perut... mana tidak nya, jangan kata nak suruh anak tu tidur, nak suruh anak tu berhenti menangis pun susah.. tapi tak kan kita nak marah pulak anak tu menangis... mereka tu bukan tahu apa, dah sakit dia menangis je la meminta simpati supaya si ibu dan ayah berusaha mengurangkan kesakitan mereka kan..

Memang banyak minyak telon kat pasaran sekarang ni...yang paling femes of couse la minyak yuyi cap limau tu kan... tapi aku pernah dengar yang minyak yuyi tu tak halal, jadi nya aku waswas nak guna... dah dengar tak halal, tak kan la aku nak redah je guna juga kat anak aku walaupun memang minyak tu orang kata tiptop keberkesanan nya kan...

So apa kesimpulan yang aku jumpa?

Aku beli minyak telon ni....



Alhamdulillah...dari anak aku lahir sampai sekarang still guna minyak ni dan keberkesanan nya aqu boleh katakan awsome! Anak aku nak kena kembung perut memang jauh la potensi nya... ada 2 kali je anak aku kena kembung perut, tu pun pasai aku tak sapu elok-elok la agaknya...atau pun time tu angin dalam perut anak aku terlampau-lampau banyak nya.hahhahah

Aku tak pernah cuba lagi jenama lain sebab nya aku sangat berpuas hati dengan jenama ni.. jadi untuk ibu-ibu yang mengidap pemasaalahan anak kembung peyut tu meh la try jenama ni...Insya Allah berkesan...

nota umum : kalau terjumpa depan-depan agak-agaknya anda mengelak tak? hoho


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

keberkatan sebuah doa

Assalamualaikum

Semua sedia maklum berkat doa seseorang yang bergelar "ibu" itu sangat tinggi darjat nya di sisi Allah. Ya, tiada siapa mampu menafikan... baik buruk doa seseorang ibu itu, doa itu lah yang akan mempengaruhi hidup anak nya. Di mana letaknya berkat seseorang ibu, di situ juga tercurahnya berkat dari Allah.


Tapi mungkin kita kurang sedar, kehidupan kita bukan hanya di pengaruhi oleh doa ibubapa malah juga di pengaruhi oleh berkat doa orang di sekeliling kita. Tak kira lah siapa pun dia, seorang suami, isteri, anak, sahabat, saudara, mertua, menantu, kenalan mahupun mereka yang kita kenali hanya 10 20 minit di jalanan sekali pun. Tiap doa yang dipanjatkan pada Allah, pasti tidak sia-sia. Dan mungkin tanpa kita sedar, dalam kita meraih kekayaan, dalam kita mengecap kebahagiaan, dalam kita jauh meniti kejayaan rupanya setiap dari satu itu ada berkat doa dari seseorang yang tanpa kita sedar dia sering mendoakan kejayaan kita dunia akhirat.

Mungkin dalam 24jam itu seminit pun kita tidak pernah teringat kepada dia... tapi tanpa kita tahu dalam 5 waktu sujud doa nya, dia sering mendoakan yang terbaik dalam setiap apa yang kita tempuh. Mungkin kita terfikir untuk katakan "tak kan perubahan yang aku buat ini di sebab kan hanya doa dia..dia cuma kawan. perubahan ini aku sendiri yang buat, dari hati aku sendiri". Tidak kah kita sedar, setiap doa yang di lontarkan dalam kasih sayang dan ikhlas itu akan di pandang tinggi oleh Allah.

Mungkin kerana kita tidak pernah sedar kerana doa mereka yang jarang kita ingati itulah serba sedikit memberi "berkat" pada kehidupan kita, maka disebabkan itu kita tidak pernah terfikir untuk menghargai mereka....hinggakan bila mereka sudah tiada, tiada lagi doa yang di panjatkan untuk kita.. dari situ baru kita sedar seakan tiba-tiba wujudnya kekosongan yang selama ini kita sia-siakan.

Hargailah dan hormatilah setiap insan di sekeliling kita... tiap doa dari mereka menjadikan keberkatan dalam kehidupan kita walau siapa pun mereka.
sekian.

Seorang suami adalah seseorang dimana dia mendoakan keberkatan untuk isterinya...bukannya hanya meminta isteri untuk mengikut telunjuknya. Seorang isteri adalah mereka yang mendoakan tiap langkah suaminya sentiasa mendapat redha Nya..bukannya hanya mendoakan supaya kekayaan akan di bawa pulang oleh si suami. Seorang sahabat adalah mereka yang mendoakan untuk sahabatnya menemui jalan terbaik di jalan Allah...bukannya hanya mengajar mereka berlumba-lumba mengejar dunia. Setiap insan itu pasti mendapat rahmat dari Nya, andai dia sering mendoakan kebahagiaan/kejayaan dunia akhirat untuk mereka di sekelilingnya.



*salji sudah mula berjalan menutupi sekeliling permukaan bumi, sedarkah kita penghujung dua itu semakin hampir?
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

CUSTOM MADE STICKER KERETA

Assalamualaikum

Sticker kereta? custom made? apa tu???

Oh mungkin ada antara mereka yang kata "ahhh tu biasa sangat la sticker...kat kedai pun berlambak". Yup, tapi......ini custom made punya you know!

Apa itu custom made??? Custome made ni macam di reka mengikut kreativiti/kehendak  pada sesuatu tu... Ha meh saya bagi contoh....penah tak nampak sticker untuk road tax seperti di bawah ini??? Belum pernah bukan??? Dan sangat menarik plus kreatif kan? Berminat?? Moh saya cerita lanjut....sebelum tu salah satu design sticker pilihan saya ialah seperti di bawah ini berkonsep "GO GREEN".


Pilihan saya :


Web Car Stickers Malaysia menjadi pilihan,
Menawarkan design pelbagai warna,
 Go green tema menawan,
Menjadi pilihan kesukaan saya.

 Kenapa tema itu menjadi pilihan?,
Ada pelbagai lagi design di tawarkan,
Bagi saya tema itu ada maksud tersurat yang di pamerkan,
Menjaga alam bukankah keutamaan?

Memandu kereta di panas terik,
Di hiasa dengan sticker ini,
Walaupun simple tetapi menarik,
Di hias kartun sebagai penyeri.

Alam ini ciptaan Tuhan,
Tumbuh-tumbuhan penyeri bumi,
Marilah sama-sama memberi sokongan,
Walaupun hanya dengan pemilihan tema sticker begini

Jadi kesimpulan dari pemilihan bertemakan go green ini, pandangan saya mengenai sticker yang di tampilkan adalah berkonsep simple tetapi menarik. Kenapa design simple itu memainkan peranan penting? Kerana setiap sticker yang kita gunakan di kereta bukan lah sekadar untuk suka-suka atau cantik, tetapi perlulah mempunyai ciri memudahkan mereka yang melihat/ membaca dapat menangkap dan memahami apa yang kita ingin sampaikan. Tambahan pula, sticker untuk kegunaan road tax seperti ini merupakan elemen penting yang melibatkan JPB mahupun polis... anda sendiri tak nak bukan jika pihak JPJ/polis berkata "tarikh di road tax tu perlu jelas, jadi jangan nampak semak sangat road tax ni"

tapi biarlah sebegini jadi nya.....

polis :  "kenapa road tax awak ni ada kartun-kartun, mana awak beli sticker ni?"
anda : "kenapa encik, salah ke?"
polis : "tak lah...cantik pulak...saya pun nak beli satu."

^_^
  ------------------------------------------------------

 Ada sesiapa berminat?? Pelbagai lagi design sticker yang telah di custom made kan.. yang bertemakan pelbagai berkonsep yang boleh di pilih mahupun request... Di mana boleh di cari??

custom made sticker kereta mencipta kelainan,
memberi kepuasan kepada pengguna,
harga yang di tawar amat berpatutan,
CAR STICKERS MALAYSIA lah pengeluarnya.

CAR STICKERS MALAYSIA menyediakan khidmat printing car sticker dan sticker biasa. Antara contoh rekaan sticker biasa yang dijual adalah seperti: 


Sungguh menarik! Harga juga berpatutan. Bagi pandangan saya Car sticker malaysia ini mempunyai banyak sticker yang boleh di katagorikan sebagai kreatif dan menarik bagi menarik minat pelanggan.

Jika berminat dan mahu melihat design lain dan terbaru boleh mengikuti   
Atau kalau korang tak sabar sangat, boleh terus hubungi 010-2255485 / 012-6953385.


http://duniafarisya.com/2014/01/contest-seo-car-stickers-malaysia.html

Contest SEO Car Stickers Malaysia ini di anjurkan oleh Farisya Anastasyia 


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

boboi boy koko, sedap!

Assalamualaikum

hoho moh aqu review satu produk ni....

Pernah tengok cite boboi boy??? hoh konfem penah kan! Ha...tapi korang pernah minum boboi boy punya minuman?? Tidak??? Ha... ni rupa bentuk nya...



Harga nya? ohhhh still dalam lingkungan berpatutan.... rasa nya? Awsome! memang sodap... konfem bebudak suka punya la...sebab aqu yang dah tua nie pun suka.hahahhaha

Aqu suka jenama vico, tapi vico ni agak mahal la harga nya... jadi kebetulan adik aqu bawa balik minuman boboi boy ni hari tu jadi aqu try la...rasa nya memang sodap setanding vico~




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

cute tapi tajam!

Assalamualaikum

hai semua...today aqu nak cerita pasal pisau. Yup, pisau. Bukan pisau cukur, mahu pun "pisau kata-kata" yang mampu menguris hati manusia sampai terparut setebal 8 inci. Tapi ini betul-betul pisau punya.

Siapa pernah jumpa pisau berbentu dan berwarna macam ni...



Ha kalau nak di ikut kan macam-macam warna ada...pink ada, biru ada...and pernah sekali tu warna macam pelangi pun ada..sangat la cantik! sayang rasa nak pakai...

Tapi semua mesti masih ragu-ragu dengan ketajaman pisau ni kan..ye la, macam pisau potong kek je rupe nya...dah tu berwarna warni cute bagai...

Namun, pisau ini telah berjaya membuktikan yang dia mempunyai kualiti yang sangat awsome! Sangat tajam...aqu potong daging tu, tak payah asah-asah bagai...5 minit siap potong! kalau kena jari, fuhhhhh memang nasib la terkoyak kulit mau dengan sekali goles je...

Maka selamat di anak tiri kan la pisau-pisau yang tak comel, pisau yang sangat awsome telah bertahta di hati...makin semangat untuk memasak~ hoho
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

ilmu tiada, tapi bersuara...

Assalamualaikum

Tidak salah untuk bersuara, tapi perlu tahu tahap ilmu kita. Kita sering di ingatkan supaya jangan terlalu yakin untuk menunjuk kepandaian takut kebodohan yang kelihatan.

Ilmu. Memang tiada siapa yang dapat menilai atau mengatakan bahawa semakin tinggi pangkat/darjat seseorang maka makin tinggi ilmu nya. Ilmu juga tidak di nilai dengan saiz kebesaran kepala seseorang di mana makin besar kepala nya makin tinggi ilmu nya. Begitu juga dengan ketinggian seseorang, walaupun tinggi seseorang itu, tidak bermakna tinggi ilmu nya.

Hak untuk bersuara itu memang ada, hak untuk bertindak juga ada...namun jika kedua-dua nya tidak di gunakan dengan ilmu maka taraf "lutut" la kelihatan kedua-dua nya. Ilmu terletak pada akal. Bersangkut paut juga dengan hati. Kenapa? Kerana, bila bersih hati maka ilmu akan datang dan meresap dalam diri. 

Jika kita punyai ilmu, kongsi nyanya...tapi jika kita kekurangan ilmu, maka rendahkan diri untuk menerima bukan nya lantang bersuara tapi kosong di dalam nya. 

peace!

;) 
apakah maksud senyuman itu? 
adakah senyuman sinis.. atau senyuman mengukir kemenangan?
terpulang pada hati kita untuk menilainya.

#glamer kau kangkung!


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Salam Media, agensi pengiklanan berteras syariat

Assalamualaikum

Selama ini mungkin kita tidak pernah terfikir/terlintas langsung akan adanya agensi pengiklanan/pemasaran yang berlandaskan syariat.  Namun dengan wujudnya satu platform seperti Salam Media, masyarakat terutamanya golongan islam mula membuka mata dan memandang serius berkenaan pengiklanan yang berasakan syariat.

Salam Media merupakan agensi pengiklanan pertama bercirikan islam. Salam Media telah membuktikan bahawa kewujudan agensi pengiklanan islamik juga mampu berkembang dan berdiri dengan gah nya setaraf dengan agensi pengiklanan konvensional lain. Ini juga dapat di buktikan dengan sokongan yang telah di beri oleh usahawan dan blogger-blogger tempatan.



Bagaimanakah SALAM MEDIA berfungsi?

-Kepada usahawan
Andai kata anda seorang usahawan yang mencari/memerlukan pengiklanan untuk mempromosikan produk/barangan anda, maka Salam Media merupakan pilihan yang terbaik dan tepat. Sejurus anda berdaftar di bawah Salam Media, produk/barangan anda mempunyai peluang yang tinggi untuk dipromosikan melalui komuniti blogger yang aktif dan mempunyai “gold level” jumlah pembacanya. Selain itu, mereka yang aktif dengan medan social seperti facebook, twitter dan Instagram juga turut membantu dalam mempromosikan produk/barangan anda.

-Kepada blogger
Andai kata anda seorang blogger, maka ini adalah pelung berharga untuk anda merainya. Ini kerana bagi blogger yang beragama islam, amatlah penting dalam menitikberatkan sumber pendapatan (dalam salur pengiklanan) yang kita perolehi. Bagi blogger yang bukan beragama islam pula, mereka juga boleh mendekatkan diri dan cuba memahami salur pengiklanan yang lebih berteraskan islam ini selain untuk menambah pendapatan sampingan. Salam Media membuka peluang yang luas kepada blogger untuk membuat review sesuatu produk, berkongsi pengalaman atau apa sahaja dan semua itu akan dibayar oleh pihak Salam Media.

Manafaat SALAM MEDIA kepada blogger :

  • Tidak perlu berhadapan dengan isu produk/barangan tidak halal, tidak syubahah.
  • Menjana pendapatan melalui hasil men’review’ sesuatu produk/barang
  • Hasil pendapatan yang lebih terjamin berlandaskan syariah. 
  • Menikmati produk yang halal tanpa rasa was-was.
  • Memperoleh info tentang status halal/haram sesuatu produk
untuk maklumat lanjut sila layari SALAM MEDIA

 #jom sertai giveaway ni --> SINI 


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Muslim Niaga pilihan dropship terbaik

Assalamualaikum 

Cabang perniagaan itu luas. Rasulullah S.A.W sendiri seorang usahawan. Namun dengan perkembangan teknologi yang semakin rancak kini, ramai yang semakin bijak mengambil kesempatan itu untuk meluaskan atau memulakan perniagaan. 

Namun bagi setiap yang beragama islam, Allah telah menyediakan panduan-panduan dalam berniaga supaya tidak memudaratkan mana-mana pihak.

Dengan wujudnya MUSLIM NIAGA, ini merupakan salah satu platform untuk perniaga beragama islam melangkah dengan lebih yakin dalam membina perniagaan mereka.
Kenapa pentingnya platform perniagaan berlandas islamik?
- dapat jauhi riba
- dapat jahui elemen perjudian
- dapat jauhi unsur gharar/ketidakpastian

Allah berfirman : "Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba". surah al-baqarah (ayat 2:275)

Mungkin tak ramai yang pernah mendengar atau mengetahui tentang "MUSLIM NIAGA", yang mana mereka merupakan satu cabang atau platform dropship islamik yang menyediakan peluang perniagaan kepada sesiapa/usahawan dropship  untuk memiliki kedai online sendiri.


Apa itu dropship? Dropship dengan erti kata Muslim niaga ialah :
  • Anda promosikan produk dan uruskan tempahan.
  • Anda terima bayaran daripada pembeli dengan harga pasaran.
  • Anda membayar mengikut harga produk pengedar. Keuntungan tersebut anda simpan.
  • Anda tidak perlu menyimpan stok.
  • Anda tidak perlu menguruskan pembungkusan dan penghantaran. Penghantaran diuruskan oleh pihak mereka kecuali produk anda sendiri
Apakah kelebihan/keistimewaan di tawarkan?
  • menyediakan web site kedai - Di mana setiap rakan niaga dilengkapkan dengan satu website kedai online mereka sendiri. Di mana kedai online itu telah dilengkapi dengan 300+ produk serta borang tempahan, sistem bayaran dan juga blog.
  • sistem invoice & tempahan - Memudahkan pengedar dan pembekal menguruskan tempahan terkini. Email notifikasi dihantar kepada pembeli, pengedar dan pembekal untuk memberitahu status invoice. Pembekal juga dapat mengemaskini tracking no. dan maklumat ini akan dihantar terus ke e-mail pembeli dan pengedar.
  • data pengguna & rekod tempahan - Sebagai usahawan, data pelanggan sangat penting. Anda dibenarkan akses ke maklumat pelanggan anda supaya anda dapat hubungi mereka. Mudah untuk anda buat 'follow-up' di masa hadapan.
  • tidak perlu simpan stok - Sebagai usahawan, data pelanggan sangat penting.
  • domain & hosting - Anda tidak perlu fikir tentang keselamatan website. Tidak perlu pening kepala tentang bagaimana nak 'maintain' server hosting & domain
  • bantuan dan sokongan

Bagaimanakah mereka berperanan? 


Bagaimana ingin mendaftar dengan Muslim niaga?
1) pilih pakej & harga (mengikut kemampuan)
2) lakukan pembayaran 
3) pilih nama domain kedai online

Apa yang anda ingin tahu mengenai


http://muslimniaga.com/index.php?page=proses_daftar


http://muslimniaga.com/?mhttp://muslimniaga.com/?m

Bagi memudahkan pelanggan/bakal pelanggan, muslim niaga mengambil langkah bijak di mana hampir di setiap negeri mempunyai agent. Ini bagi memudahkan pelanggan membuat pendaftaran atau berurusan dengan mereka. Setiap harga yang di tawarkan oleh amatlah berpatutan dengan perkhidmatan yang disediakan. Kadar harga yang di tawarkan adalah sekitar RM450 sehingga RM880. Ini bermakna setiap dari kita berpeluang membuka perniagaan online dengan modal kurang dari RM500!

Tambahan pula, pengurusan dari pihak mereka amat cekap di mana apabila anda sudah berdaftar dan membuat pembayaran, maka kedai online ada akan boleh mula berfungsi kira-kira dalam masa 3 hingga 5 hari waktu berkerja selepas proses pembayaran di buat, dengan mengunakan segala butir seperti email dan pasword yang telah di persetujui oleh anda bersama mereka

Antara pengedar!

http://cart.muslimniaga.com/index.php

Jadi apa anda tunggu lagi. Ini merupakan pilihan terbaik untuk anda berkerjasama dan memastikan perniagaan online anda berjalan dengan lebih lancar dan teratur.

Selain dropship, mereka juga menawarkan khidmat Kedai Online, Design,Training Online, Pembekal, Seminar Mentor Dropship, Train usahawan, Trading.

Untuk maklumat lanjut boleh ke: 
  • Website
http://muslimniaga.com/

  • Fanpage/facebook
https://www.facebook.com/muslimniaga

  • menalifon terus ke 011-14260161 
  • Twitter Muslim niaga :  @mndropship.
Jika anda berminat untuk berurusan secara bersemuka dengan pihak mereka untuk memudahkan anda lebih memahami apa yang di tawarkan oleh, boleh la ke alamat pejabat

https://maps.google.com/maps/ms?ie=UTF8&t=m&oe=UTF8&msa=0&msid=214835210650505901823.0004f109d9491053cf11f
 No.32-3B, Sunwaymas Commercial Center
Jln PJU 1/3B, 47301, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia 






ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

5 penyumbang pandangan

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Assalamualaikum

 
Permulaan sesebuah blog bukan nya tiba-tiba bermula dengan 'tapak' yang selesa.. dalam dunia blogging, kita tidak bolehlah berpegang pada prinsip 'ucap habis, niat sampai'. Jika tidak berusaha, tidak mahu berlajar, tidak mengambil peluang maka sesebuah blog itu akan terus berkekalan berada pada tahap kurang berfungsi dalam sesebuah dunia blogging atau mungkin akan tiba-tiba terus 'mati' kerana tiadanya perkembangan yang di lakukan. Seperti kata perpatah 'mutiara tidak akan dimuntahkan oleh laut'.

Pada saya, saya bukan dalam katagori "blogger baru" tapi tidak jugak dalam katagori "pro atau sifu" dalam dunia blogging ni.. saya cuma blogger biasa yang masih mengunakan teknik "try and error" dalam memajukan dan mempelajari sesuatu ilmu berkaitan blog. Tapi sepanjang saya dalam dunia blog ni, banyak yang saya sudah belajar untuk meningkatkan mutu sesebuah blog dan mengambil faedah sampingan melalui berblogging. Antara yang dapat saya kongsikan... :

i) Tips meningkatkan traffik


Setiap blog, mempunyai traffik nya yang tersendiri. Saya tidak setuju sepenuhnya dengan ungkapan "makin terkenal sesebuah blog, makin tinggi traffik nya"... Tapi saya berpegang pada ungkapan "makin tinggi traffik sesebuah blog, maka akan terkenal blog nya". Nampak seperti sama maksud kedua-dua ungkapan tersebut, tapi sebenarnya berbeza. Kerana apa? Kerana sesebuah blog perlu mencari traffik / berusaha meningkatkan traffik nya dahulu sebelum ia menjadi sebuah blog yang di kenali. Maka selepas di kenali, di situ la baru akan wujud nya ungkapan "makin terkenal sesebuah blog, makin tinggi traffik nya". Kita ambil contoh seperti FATIN LIYANA atau LYSSA FAIZUREEN.. kedua-dua nya bermula dari bawah bukan? Jadi apa tip meningkatkan traffik blog?
  • rajin "blogwaking" - Ya, memang memerlukan kita untuk mencuri sedikit masa untuk melakukan blogwaking tapi percayalah bahawa hasil nya sangat memuaskan. Dari sini kita dapat menarik ramai blogger-blogger yang turut aktif berblogwaking datang ke blog kita. Walaupun mungkin 45% dari mereka datang sekadar membalas kunjungan tapi masih akan ada segelintir yang akan membaca entry kita dan menjadi folower. Bagi blogger-blogger yang masih baru, ini merupakan cara yang paling sesuai untuk mencari follower. Dengan secara tidak langsung juga kita dapat membalas kunjungan blogger lain yang singgah ke blog kita. Mungkin dari situ juga boleh terjalinnya ikatan "sahabat alam maya" antara satu sama lain. Bukankah besar manafaat nya? seperti kata bidalan kerana sabut tebal, tempurung pun jadi tebal.
  • chatbox - salah satu kegunaan chatbox mungkin boleh di kaitkan dengan blogwalking. Namun dengan pengunaan chatbox di dalam blog, wujud lah istilah "traffik datang dengan sendirinya". Ini kerana jika kita kekurangan masa untuk ber"blogwalking" atau berblogging, chatbox itu akan dengan sendirinya menjana traffik dengan menarik mereka yang gemar "meninggalkan jejak" berkunjung ke blog kita. Seperti contoh blogger baru memang hampir 80% akan mengunakan medan chatbox untuk memperkenalkan diri mereka, maka mereka akan lebih tertumpu pada blog yang mempunyai chatbox berbandi meninggalkan jejak di ruang komen.
  • bloglist - tidak salah untuk katakan ada di antara blogger yang gemar mengunakan teknik "bertukar bloglist" untuk menjana traffik. Walaupun memerlukan sedikit sebanyak ruang di dalam blog, tapi langkah itu merupakan sesuatu yang berbaloi. Namun jika terlalu banyak pula, ia mengundang padah kerana memberatkan blog itu sendiri.
  • mesra alam - apabila melakukan blogwalking, jangan abaikan sesuatu yang berharga iaitu "komen entry". Tidak rugi jika kita meluangkan seminit dua untuk membaca entry dan meninggalkan pandangan atau cadangan. Selain dapat menimba sesuatu yang baru, dari pembacaan juga kita dapat memperoleh ilham untuk menulis entry.
  • daftar "search engine" - Kebanyakan nya pengunjung/pembaca mencari sesuatu melalui google atau yahoo,jadi amat penting untuk kita mendaftarkan blog di search engine seperti itu. Jika kita bernasib baik, mungkin ada di antara entry kita mencapai ranting yang tinggi. Siapa tahu kan?
  • "ping"kan blog - Ini merupakan cara yang paling mudah dan mampu menyumbang traffik yang tinggi, tambahan pula jika laman tersebut menyediakan automatik ping..contohnya seperti pingbusuk. Bukan kah bagus manafaatnya untuk blog kita?
  • blogger page - sekarang mungkin ramai yang mungunakan teknik "facebook link to blog". Ya memang sangat bagus bagi merapatkan hubungan antara pembaca dan penulis. Tapi apa kata kita mengunakan medan fecebook itu juga untuk mempromosikan blog kita. Contonnya menyertai page seperti sahabat blogger atau kawan blogger
  • tajuk menarik - kaedah pengunaan tajuk entry memainkan peranan penting. Sesetengah pembaca akan mudah tertarik dengan hanya membaca tajuk. Jadi perlulah bijak dalam mengolah tajuk supaya menjadi lebih menarik. Contoh tajuk yang biasa "susu ibu bagus untuk bayi", untuk menjadikan tajuk itu lebih tertarik pengunaan tajuk seperti "susu ibu menjadikan bayi bijak" mungkin lebih menarik.
  • entry "panas" - kadang-kadang kita perlu juga mengikuti perkembangan semasa, tak kira sama ada tentang dunia politik, agama, atau apa-apa isu sekali pun...dengan membuat entry berkenaan isu-isu semasa, mungkin traffik kita sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada peningkatan traffik. Contohnya perkembangan isu terbaru pengunaan kalimah Allah atau tutorial blog yang secara logik nya memang akan sentiasa di cari oleh blogger baru.
  • sertai dan anjurkan giveaway/contest - menjadi lumrah bagi sesetengah blog melakukan giveaway/contest bagi meningkatkan jumlah follower. Maka dua keadaan di sini, di mana apabila kita sertai, maka makin ramai kenalan yang boleh kita cari...apabila kita anjurkan, maka blogger lain akan menyedari kehadiran kita.
  • penajaSelain menyertai dan menganjurkan, cara lain menjana traffik secara mudah ialah dengan menjadi penaja. Sudah pasti apabila menjadi penaja sesebuah contest/giveaway maka dengan tidak rasmi nya mereka yang menyertai akan ringan tangan juga untuk menjadi follower kita maka  dengan itu jumlah follower mampu bertambah dengan drastiknya.

ii) Tips menjana pendapatan

Untuk menjana sesebuah pendapatan sampingan, tidak semestinya perlu membuat blog yang khas diperuntukan untuk perniagaan sahaja. Malah sambil-sambil berblogging, sambil berniaga juga dapat meraih pendapatan yang lumayan jika kita bijak mengatur strategi bak kata pepatah 'adat periuk berkerak, adat lesung berdedak'.
  • peluang meniaga - Sambil berdiang, nasi masak. Pepatah yang amat sesuai sekiranya kita sedar boleh meraih manafaat sampingan dalam dunia blogging ini. Sambil kita menceritakan kisah-kisah kehidupan, isu-isu semasa, kita selitkan juga entry berkenaan produk/barangan/kedai yang kita miliki atau niagakan. Maka sambil-sambil kita mencari rakan alam maya kita juga dapat meluaskan pasaran. Mungkin dari seorang pembaca setia bertukar kepada pembeli setia.
  • berdaftar dengan pengiklanan berbayar - Ini merupakan pendapatan sampingan yang paling mudah dan percuma untuk kita manafaatkan. Contohnya seperti churpchurp atau nuffnang. Hanya memerlukan sedikit ruang di blog kita untuk pengiklanan mereka, maka kita akan di bayar dengan jumlah per klik yang kita miliki.
  • sewakan ruangan iklan - Salah satu lagi cara yang boleh kita lakukan adalah dengan membuat satu ruangan khas untuk di sewa di mana blogger - blogger lain boleh mengunakan ruangan tersebut untuk mengiklankan produk/ blog mereka. Dengan cara ini, bukan sahaja pendapatan dapat di raih tetapi traffik dapat di sumbangkan.
iii) Tip meningkatkan kualiti blog
  • entry harus kreatif / menarik - Sesuatu yang akan kita baca perlulah menarik atau mempunyai info yang berguna. Maka cara pengolahan idea perlu bijak dan kreatif. Jika penulisan kita ibarat "tiang gelap", maka siapa yang mahu membacanya?
  • pengunaan tulisan - Bentuk dan saiz tulisan sangat perlu di titik beratkan. Jangan hanya kerana cantik mata memandang, maka anda memilih untuk mengunakan nya. Motif utama pemilihan tulisan perlulah dapat di baca oleh pembaca. Kerana apa? Kerana kita menulis bukan untuk syok sendiri.
  • kekemas blog - Blog yang kemas dan mempunyai warna yang tidak terlalu banyak serta serabut lebih membuatkan pembaca meminati blog kita. Maka blog perlulah bersifat mesra pengguna agar pembaca tidak lari.
  • pengunaan gambar - Pengunaan gambar juga memainkan peranan yang sangat penting. Pengunaan gambar bukan sahaja serba sedikit dapat meningkatkan traffik blog, malah dapat menarik minat pembaca untuk membaca entry kita. Kita perlu sedar, kecekapan mata kiri dan kanan adaklah berbeza. Mata kiri lebih fokus terhadap gambar dan mata kanan sebalik nya. Maka praktikan lah teori itu.
  • widget - pernah satu ketika dulu blog saya juga memang sarat dengan widget yang berperanan sekadar untuk mencantikan blog tanpa saya sedar semua itu membuatkan blog menjadi berat dan lambat loading nya. Jika blog lambat loading, kita sendiri faham yang tu semua boleh menyebabkan pembaca naik menyampah kerana perlu menunggu terlalu lama. Jadi penggunaan widget yang kurang penting harus di elakan/ meminimumkan penggunaannya agar kualiti blog lebih baik.
Ini antara tips yang saya gunakan dan saya juga sedang berusaha meningkatkan semua itu! Moh kita sama-sama berpegang pada pepatah "sukakan kemenyan,dibakarkan". Dan kepada blogger baru atau yang masih dalam proses pembelajaran, peganglah pada prinsip 'bagai air mencari jenisnya'.sekian.


bergelar blogger juga merupakan kerjaya,
yang penting perlulah bersabar,
ilmu di kutip dan pengalaman di timba,
supaya menjadi blogger berjaya.

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST - (Urban Vibe Event, You Rock!!)

Assalamualaikum

Pernah dengar apa itu "Urban Vibe Event"?
Urban Vibe Event merupakan sebuah syarikat pengurusan dari Malaysia yang telah di tubuhkan pada tahun 2005. Ia merupakan sebuah syarikat milik bumiputra. Urban Vibe Event menyediakan khidmat dalam menganjurkan atau melaksanakan pengurusan sesebuah pameran. Antara tugasan yang dilaksanakan adalah seperti mengatur promosi, pameran dan pameran perdagangan melibatkan dalam dan luar negara. Antara tempat-tepat yang pernah di jayakan anjuran pamerannya adalah di sekitar kompleks membeli belah sekitar Klang Valley and Selangor area.
  
Urban Vibe Event bukan sahaja menjayakan pemeran yang bertemakan "pameran pengantin" malah antara pameran lain yang pernah di jayakan adalah seperti  'Merdeka Celebration', 'Ramadhan Eid Mubarak', 'Property & Home Exhibition'. Selain itu Urban Vibe Event juga menyediakan perkhidmatan seperti perundingan, penjadualan hiburan , penyediaan tapak dan hiasan.  
 
Antara pelanggan
Urban Vibe Event adalah dari syarikat-syarikat pelaburan, perkhidmatan , kecantikan dan produk kesihatan, barangan kraftangan , hotel, caterings , pakaian, aksesori , butik pengantin, elektronik, perabot rumah dan produk peralatan rumah , kecergasan, spa dan banyak lagi. Misi Urban Vibe Event adalah untuk mempunyai hubungan sepanjang hayat dengan pelanggan dan rakan kongsi perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti. 


Pameran Pengantin Malaysia 2014 di Wangsa Walk juga merupakan pameran anjuran Urban Vibe Event. Penaja bersama pameran pengantin Malaysia ini adalah The Fotokraf.
Info pameran pengantin Malaysia:
  • Tapak : wangsa walk
  • Tarikh : 14 Februari - 16 Februari 2014
  • Waktu : 10 pagi - 10 malam
  • Pas masuk : percuma




Pandangan/pendapat :


Pameran Pengantin Malaysia pasti meriah,
Pereka dan usahawan ramai yang menyertai,
Bagi bakal raja sehari ini merupakan saat yang indah,
Memudahkan mereka mencari konsep perkahwinan nanti.

Rekaan baju pengantin pasti cantik menawan,
Dari pereka yang berpengalaman,
Tak usah risau kualiti yang di pertaruhkan,
Pasti memenuhi kepuasan.

Pelbagai rekaan kad undangan turut ditawarkan,
Tak lupa juga bunga telur pelbagai warna,
Dekorasi pelamin turut di pamerkan,
Sebagai penyeri singgahsana.

Pameran pengantin malaysia anjuran Urban Vibe Event pasti meriah dan dapat menarik minat ramai pengunjung terutamanya bakal pengantin. Sebagai seorang yang sudah berkahwin, saya amat menyokong anjuran pameran pengantin malaysia, ini kerana memudahkan bakal raja sehari yang sibuk untuk pergi mencari barangan/pakaian yang bersesuaian dengan mereka dan memuaskan hati. Di tambah pula, pameran seperti ini kebiasaannya akan memberi promosi yang amat berbaloi kepada pelanggan. Selain itu, ia juga memudahkan bakal pengantin kerana dapat mencari semua keperluan majlis perkahwinan mereka dalam hanya satu pameran dan mempunyai banyak pilihan sesuai dengan citarasa. Pameran pengantin Malaysia ini juga amat berbaloi untuk pengunjung kerana penyertaan nya adalah dari pereka/ usahawan yang berkaliber dan mempunyai "level" qualiti yang tinggi/terbaik.

Urban Vibe Event, You Rock!!!


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)