4 penyumbang pandangan

kentang putar ala KFC

Assalamualaikum

Tau apa tukentang putar? hoh bukan kentang mak korang yang kat dapur tu korang pi ambik putar-putarkan atas meja ye... kesian en.kentang tu nanti pening kepala dia...


Ala kentang putar macam ni...


maaf kfc aqu ciplak gambar korang -.-
Ha... sonang je buat dia, semudah kanak-kanak 2 tahun baru nak belajar ABC.heheh

So apa bahan-bahan nya????



Untuk kentang putar :
-    kentang (ikut suka nak banyak mana, kalau makan 2 orang, cukup la 2 biji)
-     2 sudu besar mentega
-    5 sudu besar susu segar
-     Garam
- serbuk lada hitam secukup rasa.
-     whipping cream (kalau tak de tak pe...) 
Cara buat kentang putar :
1. Kupas kentang dan potong kecik, dadu ke segitiga ke bulat ke ikut suka la janji kecik supaya mempercepatkan kentang empuk. Rebus kentang sampai empuk. Bila dah empuk, toskan air dan lenyek (kalau nak guna blander ikut suka tapi jadi lebih lembut dan cantik la rupa nya~)
2. Masukkan susu segar, mentega dan   whipping cream. And last sekali buh garam dan lada hitam secukup rasa. (blend / gaul sampai sebati... *lada hitam jangan banyak sangat ok, tak sodap nanti*)

Untuk sos kentang :
-  air masak lebih kurang 500ml
-  1 biji bawang Holland ( cincang halus)
- 1 biji bawang besar (cincang halus)
-  1 batang saderi (cincang halus)
-  1 kiub Pati Ayam
-  3 sudu besar mentega
-  3 sudu besar tepung gandum
-   1 sudu besar sos tomato
-   1 sudu besar sos tiram
-   1 sudu kecil serbuk lada hitam
-   1 sudu kicap

Cara buat sos kentang putar :
1. Rebus air bersama serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar, masak sampai mendidih. Tapis kan air.
2. Dalam periuk lain, cairkan mentega,  masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau sampai tepung tak melekat di periuk. (api pelahan)
3. Tuangkan air rebusan  tadi sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi pekat. Masukkan sos tomato dan sos tiram dan kicap. Bila dah cukup pekat, masukan serbuk lada hitam.
4. Siap!

Jemput membuat ye... saya sah buat dan saya nak lagi~~~~

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

Segmen: Paly cari Bloglist Mac 2014


Blog Paly akan memilih 15 blog rakan blogger melalui random.org dan mereka yang bertuah, akan dimasukkan dalam bloglist Mac 2014. Syarat-syarat simple macam selalu, boleh tekan gambar atas kalau nak join. Selamat bersegmen ! :)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

hotline - aduan/pertanyaan BR1M

Assalamualaikum

Fuhhhhh panas 2 3 hari ni dengan isu BR1M...macam-macam cerita keluar... ada juga sesetengah blogger yang update status br1m mereka... *update status br1m ok wehhhh...jangan over emosi sebab tak dapat br1m tu kang habis menjawab dengan najib kalau dia terbaca entry korang.hehhehe*

So dari segi yang aqu dengar dan baca, ramai komplen sebab tak dapat...dan yang tak puas hati sebab orang lain dapat pun ada..

Betul dan logik jugak bila orang tu kata, "laki bini gomen pun still dapat br1m". "Kawan aku dia ada bisness anak dato pulak tu, asal dia dapat br1m..qu tak dapat"... ha yang tu pi la tanya LHDN den tak dapat nak nolong nya...

Dan kepada yang bermati-mati cari LHDN sebab nak tanya sebab musabab tak dapat BR1M tu, mesti korang hangin sebab semua talian LHDN berbunyi "harap maaf....talian yang anda hubungi tidak dapat di hubungi/tiada dalam perkhidmatan". *mungkin LHDN tengah berada di luar kawasan la kot ~_~ pejabat lhdn bergerak~*


Satu je talian yang boleh korang hubungi : 1-800-222-500

Tapi faham-faham la, kalau korang kol asyik kena talian sibuk... berjuta orang kol satu talian, memang sibuk tak ingat dunia la weh!!!

Tapi apa yang aqu dapat simpulkan, tak guna untuk mengamuk, meraung atau maki hamun... result nya tetap sama dan cara seterusnya kalau memang betul-betul perlu kan wang br1m itu untuk kegunaan keluarga maka perlu berusaha sedikit untuk buat rayuan untuk br1m tu... walaupun hakikatnya korang layak dapat.

Dan untuk isu mereka yang tak layak dapat BR1M tapi rezeki tercurah dapat jugak, dah rezeki mereka la tu. Cuma pihak LHDN, anda memegang amanah yang begitu besar..tunaikan lah dengan amanah agar anda tidak perlu mencari mereka-mereka di padang masyar nanti hanya kerana isu BR1M ini :) 


*noka luahan : terfikir jugak, siapa yang nak buat rayuan perlu ke pejabat LHDN sendiri maka aqu terfikir terpaksa lah pakcik-pakcik kat kampung tu pergi LHDN untuk buat rayuan naik motor motong getah diaorang... amat tak praktikal BR1M ni.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

hormat : salam, tunduk, senyum

Assalamualaikum

Mungkin entri kali ini di pandang remeh, lagi-lagi untuk golongan muda korang tu *macam aqu dah tua ~_~*

Apa yang aqu perasan, manusia sekarang.. oh tidak, manusia di malaysia  memang payah benar untuk ada sikap hormat menghormati antara satu sama lain..

Senjak aqu belajar dari universiti dulu lagi, aqu dah perasan sikap ini wujud dalam diri segelintir pelajar.. aqu tak faham, macam mana apabila seorang pelajar itu berjalan berselisih dengan dengan pensyarah/guru nya maka dengan muka buat tak tahu nya berjalan macam tak ada apa yang berlaku. Tidak kah terasa perlu nya ada rasa hormat untuk guru/pensyarah tersebut? Itu di universiti, kalau di sekolah jangan kata berjalan berselisih...kadang berselisih bahu pun boleh buat tak tahu.

Pernah rakan se'universiti' aqu menegur tindakan aqu..

"suana, ape yang ko asyik hangguk kan kepala kalau jumpe lecturer...ni bukan jepun"

^_^  Memang ini Malaysia bukan jepun... tapi apa salahnya jika kita mengikut sesuatu tindakan yang baik. Tak kan dari segi pakaian dan makanan je tahu ikut negara lain.. etika pun boleh je di praktik kan.

Mungkin ada yang akan kata, kalau dah 20 lecturer lalu...20 kali tunduk nya, abis lenguh tercabut pulak kepala nanti. Entah la, aqu tak pernah pulak dengar rakyat jepun penah sampai tercabut kepala hanya kerana beri tunduk hormat. Tapi la... kalau korang rasa itu satu yang membebankan.. cukup sekadar korang mengungkap salam..

Sila mengaku sapa kat sini masih mengamal ungkapan salam kalau berjumpa/berselisih dengan guru/pensyarah/rakan atau siapa sahaja... mungkin 10 dalam 1000 kan? Memalukan bukan... seingat aqu peribadi seperti ini amat di terapkan di masa aqu zaman sekolah rendah dulu.. impak nya setiap kali bertembung dengan cikgu, mesti bagi salam sampai terbawa-bawa ke universiti.. Tapi kita sekarang, bukan setakat nak kata ada tak ajar anak semua tu, diri sendiri pun belum tentu buat.

Jadi kalau tunduk payah, kalau ungkap salam pun berat...apa kata lemparkan senyuman. Senyuman itu satu sedekah.. dan jika kita letakan ia sebagai satu tingkah laku untuk menghormati manusia lain, mungkin ada lagi pahala yang akan Allah beri pada kita.

Menghormati manusia lain itu perlu, kerana hanya dengan cara itu manusia lain akan menghormati kita. Tak kira la diri kita ni bos ke, pekerja bawahan ke, pelajar ke, guru je.. sikap itu perlu ada..jangan asyik mengharap orang menghormati kita!



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

BERBLOGGING : pahala / dosa?

Assalamualaikum

Semua nya terjawab dengan apa yang kita niat dan apa yang di tulis. 

Kadang-kadang bila kita berkongsi sesuatu ilmu itu, insya Allah itu merupakan salah satu bekal untuk di akhirat nanti. Bila kita menceritakan sesuatu tentang orang lain, insya Allah dengan segala kata-kata pujian dan penghargaan itu di balas dengan baik juga oleh Allah.

Tapi macam mana pulak kalau kita asyik mengutuk sana sini? Macam mana pulak dengan perkongsian gosip rumahtangga artis yang kita tulis? Innalillah....jangan kerana itu amalan kita tergantung untuk di nilai. 

Kita selalu tidak pernah terlupa menulis "alhamdulillah" apabila mengupdate status mengenai cek yang di terima dari nuffnang atau sebagainya... namun pernah kita terfikir segala rezeki tu datang nya dari penulisan kita yang macam mana? 

Semoga penulisan semakin bermanafaat untuk semua. Amin

nota cinta : jangan biarkan masa yang berlalu membawa bersama bekal dosa untuk kita, tapi biarlah tiap masa yang berlalu membuahkan pahala untuk kita.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

sedekah paling berharga dari wanita

Assalamualaikum

Setiap yang kita hulurkan jangan pernah kita sebut atau ungkit, kerana jangan kerana sepatah ayat apa yang sepatutnya kita peroleh dari Nya lesap begitu sahaja.

Setiap sedekah/pemberian tidak di ukur dari besar atau beratnya sesuatu barang itu.. atau tidak juga di nilai dari lama atau sekejap sedekah itu di lakukan... Namun masih ada antara kita yang berkata, banyak dia sedekah... banyak lah pahala dia. Tidak! Bukan itu nilai nya.. kerana  nilai keikhlasan menentukan segalanya.

Pernah kah kita tahu apa sedekah paling berharga dari seorang wanita?

Sedekah paling berharga dari seorang wanita adalah sedekah seorang isteri kepada suami nya.

Ya. Kerana apa? Kerana telah meringankan tanggungjawab/kesulitan yang di hadapi si suami. 

"erm... tapi suami saya dah kaya, tak de nya dia nak terima duit saya..."

beli kan lah hadiah sebagai pemberian untuk nya : D 



nota cinta : kehidupan dunia saya sudah hampir sempurna walaupun tidak semewah mana, sekarang dah tiba masa nya saya mengajak keluarga mengejar harta untuk kehidupan di sana pula. Insya Allah. #kepada semua kawan2 dan adik2 : kahwin cepat2 supaya kehidupan dunia menjadi lengkap, jadi mudah untuk kita meletakan fokus untuk kehidupan akhirat pula :)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

kita selalu tak kisah

Assalamualaikum

Pernah tak kalau jalan-jalan kat shopping mall ke kat taman-taman ke kita makan or minum sambil berjalan? Pernah kan... Tak kira lah budak ke, bapak budak ke, mak budak ke, semua golongan aqu pernah tengok berperangai macam tu...

Tapi yang heran nya kenapa kita tak pernah melihat itu sebagai tidak sopan???? tapi bila makan sambil bercakap, reti pulak kita kata tu tak sopan kan...

Kita mengajar anak kecik supaya makan dan minum kena duduk.. tapi macam mana mereka akan ikut sedang kita berjalan berlari sambil makan? itukah nama nya ketam mengajar anak berjalan?

Nabi mengajar kita untuk makan dan minum dalam keadaan duduk. Tapi kita bukan setakat tak duduk, malah berjalan sambil bersembang gelak ketawa...

Perkata seperti ini sudah di anggap lali dalam masyarakat sehingga adab seperti itu hilang tiada pula siapa pun ingin melenting. kan?

Fikir-fikirkan... 
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

“SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST”- (Semuanya disini!!!)

Assalamualaikum
http://pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com

Alhamdulillah, sempat jugak pergi pameran pengantin Malaysia yang berlangsung selama 3 hari di Wangsa Walk tu walaupun sudah hari yang terakhir pameran itu berlangsung.


di booth kad kahwin~
Perasaan?

Sangat teruja... ternyata pameran pengantin Malaysia kali ini mendapat sambutan yang amat mengalakan juga, berpusu-pusu orang ramai datang memeriahkan pameran ini tak kira yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin.

Apa yang menarik di pameran pengantin Malaysia ini? Em mungkin saya tak dapat menceritakan semua aktiviti menarik yang berlangsung di sana kerana saya hanya sempat menerjah ke sana pada hari akhir pameran. Namun walaupun di hari akhir pameran, masih banyak aktiviti yang menarik berlangsung di sana... Antara nya :

  • Buah tangan dari Urban Vibe Event
- Urban Vibe Event bukan setakat menganjurkan pameran pengantin Malaysia, namun mereka juga turut mengambil peluang  ini untuk lebih dekat dengan pengunjung yang mana setiap pengunjung yang sudi meluangkan sedikit masa untuk mendaftar, akan di beri goodies bag dari Urban Vibe Event.

  • Promosi istimewa dari setiap pempamer 
i) Antara pempamer untuk bahagian pelamin
 - Banyak lagi pempamer yang turut seta, tapi ini antara hiasan pelamin yang memikat hati ku.hehe Sangat cantik! Nampak segar dan moden.



ii) Antara pempamer untuk bahagian katering
 - Setiap pempamer mengunakan kelebihan banner untuk menarik perhatian pengunjung. Antara nya selera duta ini..banner yang di gunakan sangat menarik perhatian.



iii) Antara pempamer bahagian persalinan pengantin
- Ini salah satu baju pengantin yang di pamerkan. Memang canti sangat -sangat. Lagi-lagi warna kesukaan ku unggu, memang lagi memikat.



iv) Antara pempamer bahagian photography - Pempamer bahagian photography juga tidak ketinggalan menyertai pameran pengantin Malaysia ini untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Pengunjung juga di beri peluang untuk melihat hasil-hasil kerja yang pernah di jaya kan oleh mereka. Memang mengancam!


  • Aktiviti demo ukiran inai
- Aktiviti ukiran inai turut di adakan di pameran pengantin Malaysia ini. Aktiviti demo ukiran inai ini demokan oleh DAYU HENNA DESIGN. Hasilnya sangat kemas dan cantik.
  • Pertandingan ukiran inai untuk para pengunjung
- Setiap pengunjung berpeluang menonjolkan bakat yang terpendam. Siap peserta bebas untuk mengukir apa sahaja bentuk ukiran inai yang mereka inginkan. 

  • Quiz On The Spot : You Deserve To Win
-  Biasa di fanpage pameran pengantin Malaysia ada Kuiz - A- Thon kan?Si pameran ini pula di adakan Quiz On The Spot. Memang meriah sebab setiap pengunjung berlumba-lumba untuk menang. 

Kesimpulannya pameran pengantin Malaysia kali ini memang memuaskan hati. Ternyata pameran pengantin malaysia amat berbaloi untuk di kunjungi. Segala-galanya ada di sini!! Semuanya di sini!!!! Bukan sahaja lengkap dengan pelbagai promosi dari pempamer malah di serikan lagi pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokan untuk di sertai. Selain memperoleh info/ apa yang di cari dari pempamer, para pengunjung juga dapat mengeratkan hubungan sesama yang hadir dan berpeluang memenangi hadiah!

Kepada yang terlepas pameran pengantin Malaysia kali ni, pasti kan anda tidak lagi ketinggalan pada masa akan datang! Sesungguhnya ia sangat berbaloi!

Info pameran pengantin Malaysia akan datang :
Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event 
Tempat : PWTC
Tarikh : 28-29 March 2014
Waktu : 10pg - 9mlm 

MASUK PERCUMA!!!

Untuk info lanjut berkenaan aktiviti pameran pengantin Malaysia atau ingin melihat gambar-gambar menarik sepanjang 3 hari pameran pengantin Malaysia yang sudah berlangsung ini boleh ke fanpage pameran pengantin Malaysia. Jangan lupa like sekali :) 

FANPAGE PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 
( untuk ke fanpage pameran pengantin Malaysia, klik gambar di bawah)

https://www.facebook.com/pameranpengantin

Nikmati video kemeriahan pemeran pengantin malaysia 2014 (wangsa walk)!!!


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

jangan merasa cukup

Assalamualaikum

Kehidupan harian yang di lalui sungguhnya memang sibuk.. penuh dengan rutin harian, temu janji, bersosial dan sebagai nya sehinggakan waktu untuk beristirehat dan menjamah makanan pun terpaksa di singkat kan.. 

Maka tertanya juga apa dunia terlalu istimewa buat kita? Bagaimanakah dengan hak ibadah?

Ada di antara insan akan menjawab "jangan risau.. solat 5 waktu tak pernah tinggal walaupun sibuk dengan kerja keja duit.hehhe"

Ya... solat 5 waktu tidak pernah tinggal.. Alhamdulillah!

Namun...

Adakah solat 5 waktu sehari itu sudah memadai untuk menampung seluruh apa yang anda lakukan dalam kehidupan? Adakah dengan solat 5 waktu itu sudah memadai untuk anda berada di kedudukan selesa yang menjamin syurga?

Ya memang sangat bagus apabila solat 5 waktu terjaga. Namun tidakah kita malu pada Nabi? Yang mana Nabi itu sudah di janjikan syurga namun masih tetap merekah tumit kaki nya kerana sujud mengadap yang Esa... ini pula kita? 

Ya memang syurga neraka itu hak Allah, namun kita sebagai hamba jangan berasa sudah puas dengan apa yang kita lakukan untuk Nya.. berusaha lah untuk mempertingkat setiap amalan itu supaya kita lebih merendah diri kepada Nya.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

semakan keputusan BR1M

Assalamualaikum

seperti yang semua sedia maklum, BR1M akan di kreditkan terus ke akaun penerima 22 febuari 2014 ini. Jadi semua keliru sama ada mereka layak menerima atau tidak bukan? Ye lah tiada sebarang pengesahan di terima dari pihak LHDN mahupun sewaktu dengan nya, tup tup kata terus masukakaun je.. ohh buntu jadi.

Tapi jangan terburu-buru pergi menerjah ke LHDN kerana aterdapat 2 cara yang di sediakan untuk menyemak..

1) hubungi talian 1-800-88-2716 (waktu pejabat sahaja)
2) email kan nama berserta nombor kad pengenalan anda ke br1m2@treasury.gov.my (mengambil masa 2 hingga 3 hari untuk menerima maklumbalas)

selamat menyemak :)





ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

pagar atau pegar?

Assalamualaikum

Satu ketika dulu masa di sekolah cikgu selalu suruh kita ingat beberapa peribahasa, konon nya untuk di guna dalam karangan.. boleh dapat markah lebih.. tapi al maklum la, aqu student terlebih rajin.. last minit baru nak study.. maka nya tak de masa nak ingat peribahasa tu semua, buku sekolah pun aqu tak habis baca.hahhaha 

Tapi setidak-tidak nya aqu pernah ingat juga satu peribahasa ni..

"harapkan pagar, pagar makan padi"

dari dulu sebenar nya aqu mencari kelogikan dari peribahasa tu... macam mana pagar makan madi? apa maksud tersirat nya...

tapi dalam 2 3 hari lepas, aqu ada tengok satu iklan ni.. tak silap cerisa "osman baku". Iklan nya berkenaan peribahasa tu la... dan dia buat pembetulan dengan peribahasa tu di mana ayatnya berbunyi :

"harapkan pegar, pegar makan padi".

Pegar ni antara spesis ayam/burung tapi tak makan padi.. tapi kalau dah lapar sangat di telan nya jugak. 

So aqu keliru ni.. mana satu yang betul.. kang kalau anak cucu aqu tanya, yang mana satu nak di jawab ni? 


dari buku peribahasa~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

tetiba teringat sesuatu... ;p

Assalamualaikum


^_^ andai dapat ku undurkan masa~~~~ lalallalalala
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

resepi ikan dory cinta

Assalamualaikum

wah wah wah... nama resepi kemain lagi kan...hahhahahah apesal nama resepi tu sebegitu?? Ala... boleh la, tu chef-chef tu buleh je bubuh nama "ayam masak ala prancis"...tapi sebenarnya ayam masak merah je pun =.=

Taw apa tu ikan dory??? Ala..yang dalam cite nimo tu... kan ada ikan warna biru nama dia dory tu.hehhehe
 Ni ha rupa ikan dory...




Ala yang selalu korang makan kat kenduri kahwin tu... Ha jangan tau makan je, kena tau jugak ape benda nya tu... Ikan ni memang di jual dalam pack macam tu... dia sejuk beku punya tempat.. lagi satu senang nak makan dan masak.. sebab apa? sebab dia dah buang tulang siap-siap... kat tesco ke giant ke berlambak jual, sepeket tu dalam 6 7 ingit la, depent dengan market tu... sepeket pulak ada 3 4 ketul.. memang cukup untuk 5 orang makan.

So apabahan-bahan?


Ha ada 6 mangkuk kan tu, bahan-bahan nya bawang merah, timun, tomato, cendawan, bawang putih, daun sup/saderi  dan cili api (di campur dalam bekas bawang putih tu). Ok sume bahan tu korang cincang la jadi kan bentuk dadu ke, segitiga ke, segi empat ke janji kecik la... kalau ada chopper lagi mudah..chop chop chop sahaja~ Bahan lain, sos  tomato, sos cili, garam.


Ok ikan tu, potong kecik-kecik supaya senang nak gorang. Cara nak goreng ikan ni macam biasa, tapi kena salut dengan tepung ok.. bagi dia rangup sikit sebab isi nya lembut...


Tu la hasil nya selepas siap di goreng... macam goreng pisang tak rupa nya.hahhahah So sekarang masa untuk buat kuah...

Panaskan minyak sikit pastu campurkan semua bahan kat atas tadi tu dalam kuali kecuali daun sup.. ya campurkan semua sekali, campak je semua serentak dalam tu dengan sos sumua tu.. (kalau nak sopan, masuk satu-satu.. kang tak la terperanjat mak mertua tengok korang masak gengster sangat)

Bila kuah tu dah mendidih, masuk kan air masak dalam 3 4 sudu je.. kemudian masukan lah ikan yang di goreng tadi tu... 

dan hasil nya... *kuantiti sos dan garam adalah mengikut sesedap tekak anda ya :) *





ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG

Assalamualaikum

http://tengkubutang.blogspot.com/2014/02/mini-giveaway-happy-birthday.html

Ucapan dari saya (suana zhar) kepada tengkubutang :~~~

Dari jauh ucapan di beri,
ucapan di sampaikan selamat hari jadi,
jangan di risau tentang rezeki,
kerana ada hari ada nasi.

Ucapan dari rakan menjadi penyeri,
Nombor usia semakin meninggi,
semoga lebih di limpahkan rezeki,
tapi beringat jangan amalkan hidup seperti membesarkan kerak nasi.

Ibu bapa banyak berbakti,
menjaga mereka jangan mengeluh,
jangan pernah buat mereka berkecil hati,
jaga lah bagai menatang minyak yang penuh.

Ilmu itu pelita hidup,
jangan pernah mengabaikan nya,
apa lagi merasakan sudah sukup,
perlu lah berusaha bagai air mencari jenisnya.

*penggunaan peribahasa sebagai penyeri* Maksud peribahasa yang di guna :
1) ada hari ada nasi - asal masih hidup tentu memperoleh rezeki
2) membesarkan kerak nasi - berbelanja lebih dan membazir
3) menatang minyak yang penuh - menjaga dengan penuh kasih sayang
4) bagai air mencari jenisnya - berusaha mencari ilmu dengan tidak berhenti


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

GIVEAWAY By Henrietta Jose

Assalamualaikum

http://hati-dan-bicaranya.blogspot.com/2014/02/giveaway-by-henrietta-jose.html

saya minat baca buku yang jenis majalah/magazine... tapi bukan jenis hiburan yang ada artis-artis gitu.hehhehe 

Antara buku saya paling minat...


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

Blog Contest Menulis dan Menghantar Artikel

Assalamualaikum

Huh jenuh mencari masa nak meng'up-date' blog hamba nie.. agak berkurun sunyi nya~

Entry nie pendek-pendek je ye.. nak kejar masa, tapi walau pun pendek insya Allah isi nya jelas dan lengkap!

Ada sesiapa pernah dengar "Peraduan Menulis dan Menghantar Artikel" ?

Peraduan ni di anjurkan oleh blog DETIK ILHAM

Macam mana nak menyertai? Mudah sangat simple...

Cara nya, anda hanya perlu menghantar entry yang telah anda tulis di blog anda dan kongsi kan entry tersebut di dalam blog DETIK ILHAM. 

Mudah kan? 

Peraduan ini berlangsung dalam jangka masa yang sangat panjang dan terbahagi kepada 2 pusingan. So kalau anda dah rasa- rasa tak sempat nak join pusingan yang pertama, boleh pilih untuk sertai pusingan ke dua. 

Jom sertai bersama... sebarkan ilmu salah satu cabang dakwah 

Butir tempoh peraduan :

  • Peraduan ini dibahagikan kepada 2 pusingan :- 
  • Pusingan Pertama : Bermula dari bulan 1 Januari 2014 - 31 Mac 2014
  • Pusingan Kedua    : Bemula dari bulan 1 April 2014 - 30 Jun 2014
  • Pemenang hadiah pusingan pertama akan diumumkan selewat-lewatnya bulan April 2014
  • Pemenang hadiah pusingan kedua akan diumumkan selewat-lewatnya bulan Julai 2014
  • Pemenang hadiah utama dan hadiah Hadiah Artikel Terbaik, Terbanyak dan Kreatif akan diumumkan juga selewat-lewatnya bulan Julai 2014.

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)