0 penyumbang pandangan

Allah lebih bijak

Assalamualaikum

Pagi tadi aqu sedikit mengeluh.. bukan kerana terasa tidak larat lagi mengadap manusia yang menyangka dia je bagus tapi sebab badan aqu terasa sakit lenguh-lenguh.. Aghhhh adakah aqu perlu beli tilam vono yang ketebalan tilamnya mencecah 1 meter? =.="


Di sebab kan pagi hari ni aqu terasa mood menyembang tinggi, maka aqu cari adik dengan tujuan berkongsi pendapat, rasa dan pandangan berkenaan hidup. 

"Weh... kalau aqu tak duduk KL or area berdekatan kau rasa camne?"

Dengan selambe adik aqu jawab "em aqu rasa kau akan duduk dalam sesuatu tempat yang di panggil rumah jugak la, tak kan kau nak duduk dalam kotak pulak".

Sabar je... aqu tanya betul-betul dia perkotak katik kan aqu macam ayam katik.

"Maksud aqu, kalau aqu kena duduk jauh la... kira nya istilah nak jaga along memang susah la kat aqu, semua kena harap angah... kau balik U ke mak nak gi mana ke semua letak kat bahu angah je la... serba salah pulak aqu". *bunyi macam meluahkan rasa yang terpendam*

"Allah lebih bijak mengatur"

Aqu terfikir. Walaupun ringkas jawapan dia, dan secara kasarnya nampak seperti tak menjawab segala persoalan aqu...sebenarnya dah terjawab pun. Apa yang aqu perlu adalah redha dengan ketentuan jika itu takdir yang telah di tetapkan, sebab semakin kita cuba untuk redha semakin kita akan tenang.. walaupun aqu tahu akan datang segala itu akan menguji rasa hati.

Nota ingatan : teringat satu kata-kata ayah yang sangat betul aqu rasa.


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

suntikan pneumococcal?

Assalamualaikum

Mungkin tak ramai yang tahu berkenaan suntikan pneumococcal ni... pneumococcal ni adalah dalam katagori vaksin di mana ia berperanan mencegah bateria dari merebak dengan menganas. Tapi suntikan ini adalah di khaskan kepada kanak-kanak/bayi.

Mungkin bagi mereka yang sangat biasa ke klinik kerajaan atau tidak pernah menjejak kaki ke klinik swasta tidak akan pernah di ketengah atau di terangkan mengenai vaksin ini. Kerana suntikan ini hanya di tawarkan di kelinik swata oleh pakar-pakar.

Namun bagi aqu sendiri, klinik swasta dan kerajaan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan yang paling penting, tidak semestinya doktor klinik swasta itu lebih hebat atau sebaliknya. Kalau cerita 10 tahun lepas, memang masih ramai yang mahu mempertikaikan kredibiliti atau ke'bagus'an klinik kerajaan, tapi sekarang tidak lagi...


Dan apa yang perlu anda dan semua orang faham adalah, tidak kira lah doktor tu berkerja di kerajaan atau swasta.... tapi sebelum mereka menjadi doktor, mereka semua belajar perkara yang sama di universiti-universiti jadi apa yang membezakan para doktor itu adalah ketekunan dan daya ingatan mereka terhadap ilmu-ilmu yang di pelajari bukan nya di lihat pada klinik swasta atau kerajaan mereka berkerja =.= 

Ok, berbalik pada suntikan pneumococcal tadi. Kebanyakan blog yang aqu saja-saja teroka dan baca, semua nya menceritakan perlu nya suntikan ni. 

Suntikan pneumococcal ni memang mahal, satu dos memerlukan kos lebih kurang RM200+. Tapi bagi aqu kena suevey jugak berkenaan suntikan ni dulu, bukan sebab harga nya kerana kesihatan anak tu lagi penting...duit mana-mana boleh cari cuma nya takut suntikan ni ada kesan sampingan apa-apa. Jadi dua-dua doktor klinik swasta dan kerajaan aqu ambil pandangan mereka...

Jawapan yang aqu dapat :
- klinik swasta pasti dengan konfem nya menasihatkan suruh ambil. *lagi pun tu income untuk diaorang*
- Hospital kerajaan pula kurang menyaran kan dan itu adalah pilihan untuk ibu bapa. Dan doktor juga menerangkan bahawa suntikan pneumococcal ni adalah salah satu suntikan untuk tambahan bagi antibodi bayi/kanak-kanak dalam melawan sesetengah bateria. Dalam udara kita, terdapat pelbagai bateria yang wujud. Namun suntikan pneumococcal ini bukan berperanan berperanan melawan semua bateria. Dan suntikan pneumococcal ni mengandungi pelbagai jenis, kerana bateria kan ada pelbagai jenis.

Jadi kesimpulan yang aqu dapat adalah, suntikan ni ada pelbagai jenis iaitu terdapat lebih 20 jenis.. dan di beri pada bayi/kanak-kanak mengikut antibodi mereka atau jenis bateria yang ingin di lawan. Maka nya, terpulang pada ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian untuk mengambil suntikan ini atau tidak kerana setiap kanak-kanak mempunyai daya tahan yang berlainan tambahan pula kanak-kanak yang pada umur 0-6 bulan di lengkapi penyusuan susu ibu, maka antibodi yang mereka miliki lebih kuat.

nota cinta : Kenapa hospital atau klinik kerajaan tidak memberi suntikan ini? Bukan kerana diaorang kedekut ok! Tapi kerana seperti yang di terangkan, bukan semua bayi memerlukan suntikan ini dan kalau nak di kira nya, sebenarnya banyak lagi suntikan yang di tawarkan oleh klinik swasta, korang pi je klinik swasta tu dan tanya "apa lagi suntikan penting untuk tambah antibodi bayi saya?'. Maka akan keluar 101 lagi jenis suntikan yang di tawarkan :)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

Pemenang "segmen rezeki"

Assalamualaikum

Fuhhh sekian lama menghilang, sibuk menguruskan majlis dan macam-macam lagi sampai bersawang blog nie -.- So setelah sekian lama meninggalkan peserta-peserta segmen rezeki, dalam keadaan tertanya-tanya siapa pemenangnya, hari ni den nak umum kan lah... 

Sebelum tu, senarai peserta bersama nombor berdaftar mereka :)
1) http://norshamimi.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
2) http://itsninisue.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
3) http://cikna136.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
4) http://strawberrysgurls.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
5) http://noorhanim94.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana_20.html
6) http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
7) http://shafyqahazahar.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
8)  http://kakarians-forever.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana-tamat-13.html
9) http://tyliaday.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
10) http://dramaticyang.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
11) http://diyanawan.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
12) http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
13) http://maszie.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
14) http://adnan-daughter.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
15) http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
16) http://ceritasimatacoklat.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
17) http://kauhadirkanpelangi.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
18) http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
19) http://diarifantasiku.blogspot.com/2014/02/hi-j-jemput-join-segmen-rezeki-siapa-by.html
20) http://muslimahsejati96.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
21) http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/03/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
22) http://kenny977.blogspot.com/2014/03/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
23) http://alyanimatshah.blogspot.com/2014/03/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
24) http://airis-contest.blogspot.com/2014/03/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
25) http://nadcontestandgiveaway.blogspot.com/2014/03/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
26) http://gadispashmina615.blogspot.com/2014/03/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
27) http://missprecious0902.blogspot.com/2014/03/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
28) http://blogiveaway87.blogspot.com/2014/03/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
29) http://25april2011.blogspot.com/2014/03/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
30) http://ainexo96.blogspot.com/2014/03/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html
31) http://sayasyiera.blogspot.com/2014/03/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html

PESERTA TERPILIH!!!
PEMENANG Top referral : http://theonlygirl98.blogspot.com

PEMENANG Random : 

Para peserta yang terpilih, sila hantarkan link ID facebook anda dan segala butiran di email : wassup_girlz89@yahoo.com untuk saya semak sama ada anda memenuhi syarat atau tidak. Macam biasa, kalau syarat tak di penuhi maka terbatal penyertaan.  ^_^

ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong dan terlibat.


*nota cinta : untuk keberkatan dan keselamatan dari hutang dunia dan akhirat, para pemenang di beri masa selama 2 minggu untuk menuntut hadiah anda. TQ

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

pasangan mencerminkan diri?

Assalamualaikum

Banyak kali aqu dengar orang kata, "pasangan kita mencerminkan siapa diri kita"..

Jadi tak pelik la bila aqu terdengar ada orang sekeliling yang kata, "bini dia pun suka merokok, tak pelik la kalau laki dia hantu rokok".. atau "bila dah laki kaki clubbing, jadi tak pelik perangai bini pun lebih kurang".

Seperti firman Allah : "Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik". (suruh An Nur).

Namun, betul juga kadang-kadang buntu bila orang tanya balik, "mana kau tahu kalau aqu jahat, pasangan aqu pun jahat... kau tak pernah dengar ke pasal isteri firaun? Bukan firaun tu jahat tapi isteri dia beribu kali baik?".

Huh bunyi nya seperti mempersoal ketentuan atau firman Allah pula. Namun, tidak mengapa lah mungkin masih ramai yang kurang jelas tentang apa sebenarnya yang di katakan "pasangan dalam jodoh" itu.


Secara kasarnya, firman Allah dalam surah An Nur itu amat jelas bukti nya. Namun, "pasangan dalam jodoh" boleh di katagorikan kepada 3 sebenarnya.. :
i) wanita/lelaki baik jodohnya dengan wanita/lelaki baik
ii) wanita/lelaki tidak baik jodohnya dengan wanita/lelaki tidak baik
iii) wanita/lelaki tidak baik jodohnya dengan wanita/lelaki yang baik

Situasi pertama di mana "wanita/lelaki baik jodohnya dengan wanita/lelaki baik"
- Jodoh seperti ini banyak yang boleh kita lihat, kadang nya walaupun seseorang itu sekadar insan biasa-biasa namun jodoh yang di tetapnya untuk nya adalah wanita yang hebat. Hebat dari segi agama, pegangan dan kasih nya. Begitu juga sebaliknya.

Situasi kedua di mana "wanita/lelaki tidak baik jodohnya dengan wanita/lelaki tidak baik"
- Mungkin pernah terjadi situasi di mana "konon nya aku kantoi dengan awek aku sebab aku ada sorang lagi awek, rupa nya dia pun ada lagi sorang balak". Atau, "awak tak payah nak kata saya asyik menipu, awak pun menipu saya berpuluh kali juga dah".

Situasi ketiga di mana "wanita/lelaki tidak baik jodohnya dengan wanita/lelaki yang baik"
- Ini yang asyik di persoalkan oleh masyarakat seperti yang aqu tulis di awal entry tadi, yang mana kisah firaun dan isterinya asiah.

Erm kadang nya manusia tidak faham, setiap sesuatu ketentuan itu tersembunyi hikmah yang kadang kita tak pernah nampak. Berbalik kepasa isu firaun dan isterinya.. mengapa firaun yang kejam dan zalim tetapi berjodoh dengan seorang wanita hebat penyabar dan penyayang seperti asiah?

Jawapan nya mudah, kerana Allah amat menyayangi asiah. Allah mengujinya kerana kasih sayang Allah kepada nya. Dengan ujian yang Allah beri untuk asiah menghadap kezaliman dan kekejaman firaun itu lah, asiah bertambah tawaduk dan cinta pada Allah. 

Contoh lebih mudah, seorang isteri memiliki suami yang tidak menunaikan solat. Jadi si isteri perlu bijak dalam memujuk dan menasihati si suami supaya taat kepada Allah. Jadi dari kesusahan si isteri untuk menasihati si suami itu lah Allah kurniakan limpah rahmat dan kasih sayang Nya terhadap si isteri. Dari ujian itu lah, Allah membuka ruang kepada si isteri untuk lebih dekat kepada Nya dan memohon pertolongan dari Nya agar mengubah si suami menjadi lebih baik. Tidak kah dengan ujian seperti itu Allah telah membuka jalan kepada mereka lebih mudah untuk ke syurga?

Jadi dari situ kita dapat lihat mengapa ada di antara hamba-hamba Allah yang kadang kala nya di uji dalam ketentuan jodoh mereka... kerana Allah sayang pada mereka!

Kesimpulan nya, jangan kita asyik memperkata rumahtangga orang lain walaupun rumahtangga mereka sering di landa banjir sekalipun, sekurang kurang nya rumah mereka sudah bertangga, dan tangga yang di bina masih kukuh menampung rumah... rumah anda dah bertangga? Jika sudah, pastikan atap dinding pintu dan tingkap rumah anda kekal kukuh nya sebelum sibuk memperkata rumahtangga orang lain :)


ular makan kau, turun bawah balik!
Cuma apa yang ingin aqu tegas kan, jangan mudah sangat menghukum manusia lain hanya kerana dia nampak tak baik kat mata dan hati korang. Hari ni mungkin dia 100 kali lebih buruk dari anda, tapi esok lusa mungkin dia 1000 kali lebih bagus dari anda.

nota love : Baik buruk seseorang manusia itu, bukan sekadar di lihat dari segi pemakaian... namun apa yang sentiasa diharap adalah pemakaian yang baik mampu mendidik seseorang manusia itu menjadi lebih baik.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

menanti perkataan "telah ditemui"

Assalamualaikum

Akhirnya jatuh juga air mata disebabkan sedar betapa kerdilnya diri sebagai manusia. Sehebat mana pun teknologi tercipta, sebanyak mana pun tentera dan angkatan-angkatan nya berkumpul, sekuat mana pun usaha yang di laku kan, tanpa keizinan Allah kita masih manusia yang tidak memiliki apa-apa daya merubah takdir.

Hilang tanpa jejak. Dari segi pemikiran manusia, kejadian ini mungkin amat pelik kerana kapal terbang sebesar itu boleh ghaib begitu sahaja tanpa sebarang tanda atau jejak yang tertinggal. Namun apa yang kita tahu, hanya Allah sahaja tahu apa yang di langit dan apa yang ada di bumi... tidak mustahil jika kapal terbang itu masih di langit dan tidak juga mustahil kapal terbang itu masih selamat di bumi kerana kekuasaan "kun faya kun" Allah itu tidak memustahilkan sesuatu itu berlaku. 


Namun hikmah di sebalik kejadian ini amat besar di mana setiap manusia tersedar bahawa hanya Allah yang maha berkuasa terhadap sesuatu dan hanya Allah sahaja yang dapat membantu dan setiap dari kita juga mula menginsafi bahawa Allah itu "Maha melihat, Maha mengetahui, Maha mendengar, Maha penyayang". 

Seperti kematian, sesuatu kematian itu berlaku hikmah nya adalah untuk mereka yang masih hidup sedar bahawa suatu hari nanti masa kita pula akan tiba. Begitu juga dengan kehilangan MH370 ini, kehilangan nya adalah untuk menyedarkan kita yang masih di sini bahawa sehebat manapun ciptaan atau daya manusia itu, tidak bermakna apa-apa jika kita tidak kembali terhadap fitrah kita sebagai manusia sebagai hamba.

Setiap hari, apa yang di nantikan oleh seluruh manusia adalah perkataan "sudah ditemui"... namun sampai bila harus menanti, masa sahaja yang dapat menjawab.

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
S'gala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

nota kesedaran : tidak mustahil kapal terbang itu ada di situ, namun hanya mata-mata manusia telah terhijab pandangan dari melihat nya.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

tinggi tercacak egonya

Assalamualaikum

Ego dan sombong memegang maksud yang berbeza, tapi kadang-kadang kedua nya saling berkerjasama dalam membawa hati seseorang manusia itu ke landas yang cukup menyampah untuk orang lain menerimanya. Adakah ayat yang aqu gunakan terlalu memeningkan? hahahhaha *kadang-kadang terbawa-bawa nilai kesasteraan A.samad said, betapa aqu meminati beliau.hola~*


Setiap manusia biasa itu memang ada egonya.. Tak kira tinggi atau rendah.. Tapi aqu tak pernah kata ego itu salah... kadang-kadang ego itu memang perlu, cuma nya... agak melampau bila mana orang sekeliling terpaksa redha bahawa "kau je lah yang betul", atau "perlu ke aqu minta maaf, bukan dia yang salah?", atau "sampai kiamat aqu tak kan bertegur sapa dengan kau".

Mungkin manusia sebegini agak yakin bahawa dia tidak memerlukan seseorang itu dalam hidup/dunia nya... tapi sedar atau tidak masa depan itu mengandungi pelbagai kejutan.. jangan sampai kita biarkan ego mencacak-cacak memanjat langit, tapi kesudahan nya langit tak terjejak namun jatuh tersembam muka kedalam lumpur yang mana tempat kerbau berkubang di situ.. masa itu bukan hanya manusia yang memandang jijik pada kita, malah kerbau turut marah kerana anda menganggu kedamaiannya berkubang. =.=


Kalau susah sangat nak buang ego dalam diri, pi dapur nun cari tepung, bancur dengan air tambah dengan cili giling sikit tepek kat muka... buat macam skrub, terasa tak panas nya? Kalau terasa, alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya tahu yang panas tu tak sepanas bahang neraka nun~ 

A.samad said pernah kata "kita datang ini satu roh satu jasad... bila pulang nanti bawa bakti padat berkat"

^_^
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Giveaway 2014 by emas putih

Assalamualaikum

Holla semua... ado kelapangan tak anda anda anda dan anda... jika kelapangan, moh join!!!~

Sebelum join nak taw hadiah nya???

Nahhh hambik hadiah beratus ratus ringgit punya~

CASH RM50

Cash RM50 x 1
Sponser : Zara Nurhaidah
Cash RM50x1
Sponser : Pa Ly
Cash RM50x2
Sponser : Ayuinsyirah
Cash RM50x1
Sponser : Yantly Lee
Cash RM50x1
Sponser : Amirul Syahnaz
Cash RM50x1
Sponser : Khai Artzfar
Cash RM50x1
Sponser : Eunice GM
Cash RM50x1
Sponser : Hawa Syazana
TOPUP RM30
RM30 x 1
Sponser : Jason Statham
Rm30x1
RM30x1
Sponser : Syan Neesa
RM30x 1
RM30 x 1
Sponser : Belog Santai
RM30x1
RM30x1
Sponser : Yang Baik
RM30x1
Sponser : Diyana Hani
BARANGAN POS

Bookmark Calender Limited Editon by Emas Putih x 10
Sponser : Emas Putih

Beg Tangan x 1
Sponser : Nor Amirah
Bookmark plastic + bookmark calendar x 3
Stand Calender x 2
Sponser : Shida Radzuan
Produk Shaklee x 1
Sponser: Norliyana Khai
Produk Kecantikan "Nour Ain" x 2
Sponser : Ct Aman
Produck Kesihatan Herbalife x 1
Sponser : Hazirah Shah
Pretzel Mini x 2
Sponser : Refubee Pretzel
Dress x 1
Sponser : Dyba Gula-Gula
Clinicell oral skincarex1
Sponser : Suana Zhar
Creamcathydoll + Bedak Tanaka x 1
Sponser : Diyana Hani
Dian'z vitamin C & E + Whitening Collegen x 1

So ada hati nak tolak pelawaan den ni?? Tak maw duit ka??? Hahahah

Berminat nak join? klik banner okeh~

http://www.kisahemasputih.com/2014/03/ga-mac-2014-by-emas-putih.html


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

sebelum ini aku tidak sedar

Assalamualaikum
Apabila suami aqu bawa pulang sebungkus hadiah dari seseorang aku agak terkejut seketika..

Bukan apa, cuma dia adalah seseorang yang aqu kenal secara angin lalu, sekadar bertegur sapa apabila bersua, tidak begitu menghargai kehadiran nya...rupa-rupanya kehadiran aqu padanya memberi erti.

Bukan bermaksud sesuatu itu di nilai sekadar dengan pemberian hadiah... tapi tidak kah aqu patut berasa malu dengan diri sendri. Seseorang yang sebelum ini aqu anggap ada hanya semasa bertemu muka sahaja tetapi dia pula mengigati aku saat aku tiada sekali pun. Huh.. *podahhhh kau suana, bertahun-tahun kau hidup kau masih gagal untuk belajar mengharai kehadiran semua manusia di sekeliling kau!*
Hargai sesiapa pun di sekeliling anda walaupun seseorang itu menganggap anda seperti musuh..kerana sebelum anda menjadi musuh pada nya, anda juga mengenali nya dengan keadaan yang baik. ^_^

nota : aqu malu dengan diri sendiri... -.- tq che na~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)