0 penyumbang pandangan

ikan ada hempedu???

Assalamualaikum

Sebenarnya aqu bukan terlalu tandus berkenaan ilmu ikan... aqu tahu yang ikan ada hempedu.. cuma nya aqu tak pernah tahu dan tak pernah nak ambil tahu di mana letaknya hempedu ikan. Lain lah ayam... dah faberet.. kalau di suruh siang ikan 3 ekor dengan menyiang ayam 5 ekor, aqu memilih untuk menyiang ayam.. kerana apa? Bukan sebab aqu bermusuh dengan ikan, tapi ayam adalah lebih mesra penguna untuk di siang. *siang ayam kau! pernah kau dengar cikgu BM ajar ayam tu di siang???? hoh lantak la siang ke malam ke dinihari ke janji korang paham~*


Maka apabila aqu di tinggalkan oleh hubby bersama dengan 2 ekor ikan kelah sebesar betis untuk di siang, aqu pun redha... aqu pun siang la ikan tu macam biasa penuh kasih sayang. Kata nya buat masak lemak cili api ikan tu. Aqu pun dalam hati, "huh setakat suruh masak lemak cili api, senang je resepi...bagi la yang mencabar sikit".

Proses menyiang siap. aqu pun sediakan la bahan-bahan yang semudah abc untuk masak lemak cili api. Baru teperasan bahawa cili api dah abis stok. Arghhhh mals betul aqu nak pi beli... jadi tunggu laki aqu balik, pesan je cili api...

Dan dia bawak balik 2 bungkus cili api... -.- Hambik kau, berlambak!!! Nak buat masak lemak ke nak juai balik pun aqu tak taw la....

Lepas dah blande semua, semangat aqu masak... sekali lepas letak garam semua......

Ya........rasa masak lemak yang sangat cukup rasa lemak nya, dan memang sekali pandang konfem kenal tu masak lemak... TAPI.......... PAHIT!

What???? Kenapa masak lemak ku pahit! Bila masa aqu blande peria sekali nie...... huwaaaaaaaa kenapa kenapa kenapa!!!!! Why!!!!!!

Sekali selidik punya selidik, rupanya masa menyiang ikan aqu terpotong hempedu nya..dan aqu tidak membasuhnya sepantas kilat sehinggakan hempedunya itu merebak keseluruh ikan... Ohhhh TIDAK!!!

Bertahun-tahun aqu siang ikan, tak pernah sekali ikan yang ku siang menjadi pahit! Dan senjak bila pulak hempedu si ikan menjadikan effect sebegitu sekali.... dan dan dan adakah selama ini aqu sekadar bernasib baik kerana menyiang ikan tak pernah terkena hempedunya sedang kan aqu sendiri tak tahu di mana hempedu si ikan. Arghhhhhh konfus!!!

Akhirnya baru ku tahu yang spesis ikan air tawar memerlukan kita menyiang ikan dengan berhati-hati supaya tidak menyebabkan hempedunya pecah dan menjadikan ikan itu pahit... 

nota perli : sakan aqu mengelakan en.hubby, kata pemancing hebat...tapi dia pun tak taw pasal hempedu ikan tu... ape kes???lallalalala


nota keciwa : gambar-gambar ikan yang aqu tangkap bersama masak lemak ku telah hilang angkara memori kad ku tiba-tiba mengalami kegagalan memory =.="
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

pengomen @ pengunjung?

Assalamualaikum

Mungkin ada pembaca atau pengikut setia ku tertanya-tanya mengapa aqu terlalu sombong kerana adakalanya aqu hanya mengabaikan komen-komen yang di beri atau di hantar. *huhu sangat perasan mempunyai pengikut setia.hahhahaha* Adakah aqu terlalu famous atau terlalu bagus sehingga mengabaikan komen mereka mentah-mentah tanpa di masak!

Maaf sekalian jika ada yang terasa. Bukan niatku sebegitu...
"Bukan ku sengaja mahu kau terluka....Bukan niatku... "- saleem, bukan niatku.

Jadi apa alasan aqu???

Sebenarnya aqu bukan lah begitu bagus, atau begitu hebat, atau begitu otai mahupun famous... Aqu pun sekadar blogger biasa yang baru beberapa tahun bertapak dalam dunia blogger ni... cumanya aqu mengambil alternatif yang berbeza dari apa yang korang fikirkan...

Jadi nya aqu tidak pernah pun sesekali mengabaikan komen-komen yang anda anda anda semua beri... walaupun aqu jarang membalas komen, namun aqu merupakan pembalas kunjungan yang setia untuk mereka-mereka yang sudi memberi komen terhadap entry-entry ku.. Aqu lebih suka menterjah blog mereka kembali untuk melihat serba sedikit entry yang mereka tulis berbanding hanya membalas komen di blog aqu sahaja. Bukan kah begitu lebih baik? ^_~

Namun jika aqu rasa komen itu perlu untuk aqu balas, contohnya persoalan yang memerlukan jawapan dan boleh di jadikan pemahaman terhadap pembaca-pembaca lain, maka aqu akan jawabnya dengan jayanya. Ok kekawan~ jangan kata aqu sombong-sombong lagi ya... sodih mak bacanya.huhuhu


Dan aqu telah mengambil langkah kedua bagi menghargai pengomen-pengomen tegar blog aqu..

Taraaaa.....



Haah nampak yang berbulat hijau tu??? Ya... carta untuk pengomen tegar.... *erk..bintang-bintang tu abaikan, saja gatal melukis*
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kangkung

Assalamualaikum

Masih ingat si kangkung??? Ya kangkung yang satu ketika dahulu telah di politikan. Agrhhh masih jeles dengan populariti yang di raih si kangkung tanpa perlu berusaha gigih memperolehnya!

Kini, setelah populariti si kangkung semakin merosot... aqu kembali mengilap keistimewaan yang ada pada si kangkung supaya mereka yang membaca turut terasa terkejar-kejar untuk mendapatkannya!

Nah!!!!


Hohoho si kangkung goreng belacan!!! Nyum nyum nyum~ sedap sehingga menjilat pinggan orang sebelah.

Ohhh sungguh memalukan jika anda tidak reti memasak kangkung goreng belacan! Sangat sangat sangat memalukan.... kerana untuk mendapatkannya di kedai harga nya gak mahal iaitu mencecah RM1 sepinggan. Erk tapi jangan tanya aqu mengapa ketika isu si kangkung ini hangat di politikan satu ketika dahulu, wujud nya ayat "kenapa rakyat tak berterima kasih harga kangkung murah...tak naik". Kerana...aqu faham harga kangkung di kedai agak mahal... adakah kerana mahalnya belacan? entah lah...ohhh abaikan~

Jadi tahu cara masak si kangkung ini??
- Ambik bawang merah, bawang putih, ikan bilis/udang geragau, cili api dan belacan....mengikut kuantiti sesuka hati, tumbuk/blande kan mereka bersama-sama supaya mereka kekal silaturahimnya.
- Ambil si kangkung, dan potonglah mengikut kemahiran tersendiri.
- Panaskan minyak, dan campakan bahan yang di blande tadi.. setelah garing, masukan si kangkung dan sedikit air...
- Apabila si kangkung sudah kelihatan sedikit layu, maka gelojohkan diri memasukan mereka di pinggan dan mulakan makan panas-panas~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

i'm an introvert person

Assalamualaikum

Yes I really am. Pada sesapa yang kenal aqu pasti mereka dok terkekek-kekek ketawa baca tajuk entry ni. Tapi ini kenyataan.

Masa mampu mengubah seseorang menjadi seseorang yang lain. I don't know why, tapi apa yang aqu rasa aqu tak mampu lagi menjadi "mesra alam". Bukan bermakna aqu menjadi sombong, cumanya mungkin itu tranformasi yang berlaku terhadap kematangan diri. wah! ~_~

Cakap berpada. Gelak berpada. Menyakat berpada. Dan semuanya berpada-pada.


Tapi yang menjadikan aqu berasa sangat sangat sangat memalukan adalah kadang-kadang mulut aqu tiba-tiba menjadi begitu berat even to say hai. Yes i'm ashamed of myself. Arghhh what happen to me???? why!!! why this happen??? Damn damn damn!!! Everytime i walked passed by the people,  i'm not longer be the one who going to start the conversation first. dan kadang-kadang senyum pun menjadi tersangat susah untuk di ukir. I'm just like so awkward with new people around me. Ehhh ehhh...sound like not such introvert but more to arrogant right???? ~_~ damn again!

nota  kering : when you choose surrender as a choice, that mean you are the loser~ =.="


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

bengkak

Assalamualaikum

Tembam & semakin kegemukan. Itu gambaran kaki aqu dalam 2 3 hari ni. Bukan kerana aqu telah berjaya mencapai target obesiti *aqu masih dalam katagori slim.pada pendapat aqu sendiri* Tapi sakit. Bengkak yang agak keterlaluan untuk di gambarkan. Masuk angin di tambah berjalan sejauh 2 3 kilometer kerana menemani adik kesayangan. Terasa macam kaki gajah bila berjalan, di tambah urat tegang-tegang. Sumpah sangat sakit, tapi di sebabkan untuk berjalan perlu mengunakan kaki maka terpaksa gagahkan diri. Itu yang di kata, bila dah sakit baru reti nak syukuri nikmat sihat. Itulah manusia.

Maka dengan kemalasan yang teramat, aqu sekadar terlentang di katil yang agak a little bit messy...opsss a little bit??? erk...agrhhh who cares~lalallalala
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

aku & motor.

Assalamualaikum

Mungkin bagi sesetengah orang, motor merupakan sebuah kenderaan yang sentiasa menemani hari-hari nya. Namun bagi aqu, motor merupakan sebuah kenderaan yang meninggalkan sejarah buat aqu... sejarah yang agak mengigil tangan untuk di kenang kembali. heh over! ;p


beri laluan : kenderaan santa lalu
Satu ketika dulu, motor dan aqu merupakan teman yang agak rapat. Aqu belajar bawa motor dari arwah ayah dan abang aqu. Bila dah pandai, belagak tiap petang aqu bawa lari motor ayah untuk keluar berjalan-jalan keliling taman melihat mat-mat hensem bermain bola, melihat pakcik-pakcik berusia yang gigih berjoging menguatkan stamina.. dan rutin harian aqu pada tiap pagi hujung minggu ketika itu adalah menjalankan tugas membeli surat khabar untuk ayah.. "ana, pergi kedai jap beli surat khabar". 

Jangan hanya di rumah, merata lagi tempat aqu gigih membawa motor kawan aqu dari menompang mereka menaiki kereta... walaupun sebenarnya aqu tak pernah ambik lesen motor tapi berlagak macam orang hebat sangat..hahhah Hohoho dan kan sudah tertulis, jodoh pertemuan di tangan tuhan...maka selama aqu membuat perkara melanggar undang-undang itu aqu tidak pernah sekali pun di jodohkan dengan pak polisi. 

Namun, 5 tahun lepas.... 1 exiden yang tidak kritikal secara fizikal nya namun secara mentalnya agak trauma. *aqu nak eja perkataan trauma pun kena guna google search...ape kes? teruk gile bm aqu -.-* Sapa tak insaf bila exiden dengan kepala memang face to face dengan tayor keta... Fuhhh nyawa babe...nyawa tu satu je, sekali hilang memang konfem melayang ke alam barzakh terus la.. 



Kerana pekara itu...aqu berhenti memegang motor selama 5 tahun... takat menjadi penumpang tu masih gagah la... 

Dan tiba-tiba terasa nak buat semula tabiat tu sebab hubby cadang beli motor baru..*arghhh ape kes, belum insafkah aqu? ~_~* . Jalan-jalan bawa keliling taman dengan hanya mengunakan gear 2 tak pe kot..rasa macam selamat je walaupun aqu dapat rasa, budak 4 tahun naik basikal roda 3 akan memecut dengan pakej mengelakan aqu dengan jayanya nanti. =.="
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

tongkeng ayam, makan lah...

Assalamualaikum

Hoh dah kenapa cerita pasal tongkeng ayam pulak.... ^_~ adakah kelihatan tidak begitu senonoh entry ini?hahhahaha

Maaf maaf maaf, bukan dah tak ada benda lain untuk di taip, tapi apa salah nya.. inikan ilmu juga ;p Dan niat aqu bukan untuk memaksa anda anda dan anda memakan tongkeng ayam nie, cuma sekadar ambil serba sedikit ilmu yang aqu nak sampaikan nie..


First time secara jujurnya perkataan 'tongkeng ayam' nie aqu dengar masa belajar dahulu sekitar tahun 2010. Hambik kau...berpuluh tahun hidup baru time tu dengar perkataan 'tongkeng ayam'. Tu pun secara tidak sengaja di perkenalkan oleh kawan baik aqu si ros... kata nya, "orang KL memang ketinggalan zaman la... ayam kau pernah tengok live tak?". -.- Hampeh! Aqu membesar di kampung ler~

So masa first time dengar perkataan 'tongkeng ayam' tu, maka keluar la muka sepelik yang aqu mampu...apa kejadah nya tu? Bila pulak ayam mengeluarkan sejenis aset baru di badan mereka?

Maka dengan selamba nya si ros jawab, "ala bontot ayam".

"What??????" daam hati aqu dah terlintas kepelikan tentang manusia, manusia nie dah kenapa...banyak lagi bahagian, bontot ayam pun nak di makan ke!

Aqu pun mula memandang dengan hujung-hujung mata pada abang jual tongkeng ayam tu.... muka hemsem kenapa jual bontot ayam!huh

Tapi rupa nya...... pemahaman aqu salah dan telah di salah paham kan oleh kawan ku si ros itu. Bertahun-tahun aqu memandang pelik orang yang memakan tongkeng ayam, dan semalam baru aqu tahu kebenaran mengenai tongkeng ayam nie. Agrhhhhh terasa hina dengan golongan ayam kerana telah menjatuhkan maruah mereka bertahun-tahun.hahhahahaha

Apa sebenarnya tongkeng ayam? Hah sila perhati dengan teliti...

mana bulu kau oh ayam???~
Ha yang aqu bulatkan itu adalah tongkeng ayam. Ya itu tongkeng ayam...yang biasa nya kalau ayam jalak, di tongkeng nya itu lah tempat tumbuhnya ekor ayam yang sungguh cantik untuk di kejar.hahhahahah 

Jadi!!!! Tongkeng ayam tu BUKAN bontot ayam!!!!!! Bontot ayam tu adalah tempat untuk keluarnya najis ayam terbabit!! Ahhh aqu tak kira, kalau korang kata tongkeng ayam tu bahasa kampung, bahasa bandar nya adalah bontot ayam...namun aqu tetap memegang fakta bahawa tongkeng ayam dan bontot ayam itu adalah sesuatu yang berbezaaaaaaaaaa~

Kerana apa?

Kerana di sebabkan kawan aqu menyebut tongkeng ayam itu adalah bontot ayam, maka aqu memandang serong kepada pemakan-pemakan tongkeng ayam. Padahalnya, tongkeng ayam itu adalah tempat yang boleh aja di makan. ~_~

Jadi dengan rasmi nya aqu telah memakan tongkeng ayam sebentar tadi...dan dan dan rasa nya sedap sampai tak sempat nak ambik gambar.hahahhahah

hohoho abang pasar malam tu juai satu batang lidi mempunyai 4 ketul tongkeng ayam..dan dan dan berapa banyak ayam telah terkorban tongkeng nya untuk mencukupkan 32 batang lidi?hahhaha soalan math cepat-cepat jawab dalam masa 30 saat. ;)

Nota tanda tanya : ayam ada tongkeng....itik ada idak?

Nota terkejut : laki aqu kata kat kedah, sekilo tongkeng ayam tu seringgit ja... biar betui??????? 

walaupun baju cap ayam, tapi harga kemain mahai -.-

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

isu tudung fareeda, wajarkah?

Assalamualaikum

Huh aqu sebagai blogger yang juga manusia biasa yang kadang-kadang sibuk, kadang-kadang malas untuk meng'update', kadang-kadang beremosi dan kadang-kadang rasa diri je betul ~_~" maka aqu terpanggil juga untuk melontarkan pandangan sendiri berkenaan isu yang sangat hangat di perkatakan ini. *harap jangan di saman aqu, kata negara demokrasi...melontarkan pandangan itu sesuatu yang wajar asal tidak terlalu over..tak gitu? ;p*

Tudung Fareeda. Yup, satu jenama gah yang mana memang boleh di kata, 'sapa tak kenal lu ketinggalan zaman la beb!'. Memang aqu sangat respect dengan pengusahanya... mereka bermula dari bawah sebelum mencapai tahap sehebat sekarang. Tiada isu timbul sebelum ini berkenaan produk yang di keluarkan mereka.. yang hanya di dengar hanyalah "cantik nya tudung fareeda..., warna tudung fareeda unik". Memang..cantik, cantik, cantik...hanya itu ungkapan yang mampu terucap berkenaan tudung fareeda. 

Isu pendek atau singkat tudung itu sebenarnya bukan terletak pada tudung...tapi pada pembeli dan pemakai. Komen aqu bila orang kata, "kau tak rasa tudung fareeda tu singkat ke?". Jawapan aqu "TIDAK". Kenapa? Kerana... tercatatkah pada tudung itu untuk siapakah pemakainya? Jadi jika rasa tudung itu singkat, maka mengapakah tidak tudung itu dibelikan untuk anak yang berusia 2 tahun? Jika anak yang berusia 2 tahun memekainya, pasti kelihatan labuh bukan? Jadi jangan tahu mencari salah yang menjual sahaja, yang membeli juga seharusnya mempunyai akai. Betul bukan? Bukankah orang malaysia di banjiri dengan mereka yang bijak pandai...tak kan hanya bijak mencari kesalahan orang lain sahaja? *Tudung Fareeda juga ada menjual tudung yang labuh untuk para muslimah.... jadi silap siapa kalau pembeli membeli tudung yang singkat?*

Next, isu seorang blogger memperkenal tudung yang di olah dari tudung bawal menjadi tudung ala-ala bentuk tudung fareeda. Pendapat aqu, "MENARIK". Aqu tak nampak kesalahan apa yang di tonjolkan sehingga orang kata dia menciplak idea tudung fareeda. Kerana apa? Kerana dia mengunakan tudung bawal. Kerana dia mengunakan pin tudung yang bukan bertaraf mahal. Kerana dia mengolah idea bukannya meniru idea. Kalau nak tahu macam mana erti sebenar meniru idea, tu ha korang pergi jalan tar sana tu...berlambak tudung tiruan yang entah sapa tiru sapa pun aqu dah tak tahu. 

Tapi satu kesalahan yang aqu dapat lihat di lakukan oleh blogger itu adalah dia menamakan fesyen tudung yang di olahnya itu dengan nama "tudung bawal mawar fizo omar". Jika di pandang dengan serius maka akan timbul isu pengunaan nama di mana pengunaan nama seseorang tidak boleh di guna sesuaka hati. Memang terdapat akta seperti itu... namun pada aqu jika dia meletakan nama "tudung bawal suanazhar", ohhh tiada masalah la!!!! terkena gua.muahmuahmuahhahahha

Siapa yang tidak pernah terjun atau hidup atau di dedahkan dengan dunia "perniagaan", maka mereka tidak akan faham apa sebenarnya perbezaan istilah meniru dengan mengolah. 
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

mimpi makan daging qunfudz

Assalamualaikum

Angkat kening sape pernah bermimpi? Hoh semua manusia atas muka bumi ini rasa nya pernah bermimpi walaupun dia merupakan seorang bayi yang masih di dalam peyut ibu nya. Ya aqu tak tipu untuk itu! Hebat kuasa Allah! Allahu akbar!

Tapi sapa pernah mimpi tentang qunfudz? Apa itu qunfudz? Aloh aloh yang binatang ada duri banyak-banyak tercacak kat belakang dia tu... *aqu rasa la....style rambut tercacak-cacak yang manusia suka buat tu berilham dari si haiwan nie la...hehehe* Qunfudz itu ialah landak~ Dalam bahasa arab, landak di panggil al-qunfudz... tapi maaf kalau salah ejaan bahasa rumi nya sebab aqu tak pasti ejaan nya qunfudz atau qunfuzd atau qunfud.. sebab hujung bunyi untuk menyebut perkataan itu ada bunyi seakan-akan memerlukan sebutan udara keluar di celah-celah gigi maka aqu tambah huruf "z" di perkataan qunfudz itu. *hahhaha dah macam belajar tajwid la pulak* Maaf ya aqu memang gagal untuk translate membunyikan perkataan arab ke rumi memang sangat fail atau kata lain nya gagal!

So apa cerita mimpi yang aqu alami tadi?

Aqu mimpi dapat makan daging landak.... aqu pendek kan jalan cerita di mana aqu sedang beristirehat di sebuah tempat bersama rakan ku, dan ada 2 3 orang rakan ku pulang dari memburu membawa pulang hasil daging landak. Haa tapi harap maklum la, latar belakang mimpi itu masih di zaman lepas kemerdekaan bukan berlatar belakangkan zaman penjajahan atau zaman orang masih menggunakan baju-baju yang di perbuat dari daun-daun seperti yang tercatat dalam buku sejarah tingkatan 4 dan 5. ~_~ Dengan kata lain, aqu tak bermimpi berada di zaman darurat ketika itu sehinggakan terpaksa memakan daging landak.


duri landak mampu membunuh~
Bila aqu terbangun, tiba-tiba tekak menelan air liur... ohhh terasa ingin memakan nya. Erk...tapi aqu sebenarnya bukan lah manusia yang suka memakan makanan yang sebegitu...daging arnab pun aqu tak pernah lalu untuk menelan tapi mengapakah aqu tidak merasakan begitu terhadap daging landak..malah sangat terasa ingin memekan nya.hohoho

Namun apa yang membantutkan niat ku adalah...... halal atau haram daging landak ini? Ohhh ada perselisihan pendapat antara mazhab.... walaupun mazhab syafi'e menghalalkan nya namun mazhab lain ada yang mengatakannya makruh dan ada juga mengatakannya haram. Arghhh walaupun benar Malaysia mengikut mazhab syafi'e namun perselisihan pendapat ini masih menjadikan aqu was -was untuk memakan nya. 

nota rasa : masa mengajar hati untuk jadi sebegini.

nota serba salah : mengunakan kelebihan berbahasa arab dan mandrin untuk memerli adalah sangat tidak sopan. #notauntukdirisendirijuga
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

perlukah depan pintu?

Assalamualaikum

Peace! Aqu still sihat dan mampu menaip dengan pantas untuk mengejar masa yang berlalu tanpa minta izin ni. Alhamdulillah! *Sungguh masa tidak tahu erti belas kasihan mahupun simpati! Ahhh damn!*

Mood menaip sekarang bukan agak emo, cuma sedikit konfus. Apa yang aqu runsing kan?

Aqu masih memikir mengapa ada segelintir insan atas bumi ni yang hidup berprinsipkan "rumah aqu rumah kau!". Oh aqu bukan nya kedekut untuk menjemput orang datang menyinggah ke rumah...tapi yang aqu marahkan adalah sesetengah insan nie yang tak tahu adab ketika datang ke rumah orang di mana kita di ajar supaya salam perlu di berikan bukan betul-betul di hadapan pintu tuan rumah tapi biar lah ke tepi sedikit.. tambah menambahkan marah adalah apabila dengan sesuka hati membuka pintu pagar tuan rumah walaupun salamnya masih belum di sambut atau dengan kata lain, BELUM DI BENARKAN/UNDANG MASUK!

Tidak pernah terfikirkah anda bagaimana situasi tuan ruah terbabit.. bukan semua insan di muka bumi ni, apabila duduk di rumah sekali pun mereka akan menutup aurat dengan sempurna? Atau tidak pernah kah terfikir bahawa pada ketika anda datang itu, tuan rumah sedang membuat aksi yang memalukan diri nya untuk di lihat orang luar?

Nak menyalahkan tuan rumah sebab dah tau tak tutup aurat sempurna, dah tau buat aksi panas tapi yang tak reti tutup pintu kenapa? Helo! Sedar sikit yang kau datang tu rumah siapa? Dan suka hati dia la nak tutup pintu ke bukak pintu ke dah tu rumah dia..

Oh sibuk pulak nak pertahan kan prinsip konon nya hubungan antara tuan rumah dengan kau dah cukup rapat? Tak kan sedara sendiri pun nak banyak cerita... Hey waley waley, tak kira la kau di bandar mahu pun di kampung, kau di hulu atau di pinggir, serapat mana pun hubungan anda, itu masih tidak mampu di jadikan tiket untuk anda memperlekeh setiap adab yang telah di ajar agama mahupun aurat antara anda dengan sesiapa pun. 


Kadang-kadang ada pula sikap segelintir hamba Allah ni bila di tegur, mula la mengunakan ayat "tuan rumah tak kisah pun la ehhh", "ish aqu dah biasa la...", "tuan rumah nie kadang tak dengar jadi kena masuk jerit baru dia dengar". Apo apo apo ingat aasan-alasan tu sangat munasabah ke ha???? Dah taw tuan rumah tak dengar, ambik hanpon canggih kau tu call la tuan rumah tu kata kau ada depan rumah dia. Susah ka? Haiya pakai hanpon canggih tapi otak berkarat!

Nota ambil tahu : maka nya kalau kau amal prinsip pakat redah masuk rumah orang, jadi nya kalau aurat tuan rumah yang anda pandang bukan di kira anda tidak sengaja melihat nya..tapi anda sengaja! kerana anda masuk tanpa izin tuan rumah. Jadi pikir-pikir kan!


nota benci : di sebab sikap segelintir manusia tu, pintu rumah aqu terpaksa selalu di tutup... huh!
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)