4 penyumbang pandangan

nampak "halal" kita telan

Assalamualaikum

"Halal" bukan lah sekadar perkataan mahupun logo bagi orang islam. Sebenarnya secara tidak langsung ia mewakili keyakinan yang penuh letak kan dalam sesuatu produk itu. Ye lah, sebagai pembeli mana lah kita ni ada ilmu sangat untuk kaji ape benda segala bahan yang di gunakan dalam sesuatu produk tu... nak cari tanda halal pada sesuatu produk tu pun memakan masa *aqu tak faham kenapa kebanyakan produk suka letak tanda halal kat corok-corok packaging diaorang*, ini kan pulak nak kaji bahan-bahan yang kebanyakan nya mengunakan nama saintifik diaorang... memang kena bukak kamus sains la pulak kalau nak ke kedai kan.
selagi dari cadbury, memang tak sentuh da ler -.-
Jadi bila isu cadbury ni kecoh di perkata, memang kita sedikit sebanyak beristifar dan terasa sangat marah kerana seolah tertipu... mana tidak nya, cadbury ni boleh di kata kan makanan yang dari dulu menjadi pilihan kita kalau terasa untuk menikmati coklat... tanya lah siapa sahaja, setidak-tidak nya cadbury ini tersenarai dalam top 3 terbaik coklat kegemaran. Lagi-lagi imbau balik zaman nak mengorat awek, konon-konon bagi coklat tu sebagai simbolik romentik... tapi.... erk erk erk... @_@

Macam apa yang kita tahu bila dah makan, makna nya jadi darah daging. Dan sebagai orang islam, kita faham bila sesuatu yang buruk menjadi darah daging maka banyak kesan nya... antaranya soa sukar di makbulkan. 

Namun kadang-kadang kita sendiri buntu... pemasalahan kat sini bukan hanya pada cadbury.. malah mungkin banyak lagi pemakan diluar sana, sekadar mempunyai "halal" namun sebenarnya tidak. Tapi terfikir jugak, sejauh mana lagi yang mampu kita buat untuk merasa yakin bahawa sesuatu produk itu benar-benar "halal" selain meletak kepercayaan pada penuh pada "HALAL" yang di beri jakim. Kerana hampir seluruh kehidupan harian kita pasti mengunakan produk luar walaupun ia nya bahan mentah seperti ayam.

Jika tidak makna nya kita perlu kembali ke era puluhan tahun dahulu di mana perlu bercucuk tanam sendiri, menternak sendiri dan sebagainya untuk memastikan semuanya benar-benar halal. Jadi jangan rasa tertanya-tanya pula jika tiba-tiba ternampak lembu di pinggir-pinggir lebuh raya kerana mungkin ada yang mengambil keputusan berbuat begitu mungkin.

nota cinta : ketika ini mungkin ada yang berkata lebih baik dapat bunga tahi ayam sebagai tanda cinta daripada coklat cadbury. -.-

nota sekadar kata : bila berkenaan isu "halal" terhadap pemakanan, memang sangat -sangat ramai begitu sensitif dan memang seharusnya kita sebagai umat islam berasa sensitif. Namun macam mana pulak tentang isu berkenaan duit seperti riba atau mengaut keuntungan yang tidak mengikut cara islam?? semua buat buat tutup mata jo~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

antara duit, zoo dan panda -_-

Assalamualaikum

Huhuhu panda oh panda untung nya di kau wahai si panda...

Kedatangan si couple panda ke Malaysia sungguh luar biasa sambutan nya... sampaikan aqu yang memang rakyat malaysia nie pun tak pernah mendapat tempat sepopular macam si panda tu... semua media massa nak bercerita pasal si panda ni... sampaikan sapa yang tak taw tentang kedatangan si panda nie di anggap sebagai "duduk bawah tempurung dengan si katak" ke... 

Si couple panda ini telah di sewa oleh Malaysia dari China, katanya untuk "memberi peluang rakyat malaysia melihat panda tanpa perlu ke china". Hohoho amat prihatin kerajaan kita... al maklum nak harap golongan macam aqu nie, nak bercuti ke negara sendiri pun kadang-kadang kita dah berkira-kira kos nya, ini kan pulak nak ke china...memang dalam angan-angan minah jening je la~

Dan si couple panda ini telah di tempatkan di zoo negara. Ya ZOO NEGARA ok. Jangan pulak korang terlebih excited sangat nak tengok panda, korang pergi terjah zoo taiping zoo melaka semua... Nuhhh ha pi terjah zoo negara.

So nak bisik-bisik la sikit ni... meh dekat-dekat...

panda oh panda.... tak nak kah kau menjadi warganegara Malaysia
Kalau nak taw, tiket nak masuk Zoo Negara tu RM 30 untuk dewasa, dan untuk kanak-kanak dalam RM 10 atau 15 macam tu la...

Dan... korang jangan ingat RM 30 tiket masuk Zoo Negara tu termasuk tiket untuk tengok panda ok! Tiket untuk tengok panda lain cerita ye... kos tiket nya adalah sekitar RM 20....

Erk.. tercekik mak jemah oiii... memang la kos dia lebih murah dari pergi ke china kan kan kan... tapi, cer pikir.... seorang dewasa masuk dah RM 50 total nya, dan dan ado ke orang nak pergi bersiar-siar ke Zoo Negara tu sensorang je... konfem-konfem bawa anak-anak plus pasangan kan??? So agak-agak kos dah berapa total nya????? -.-

Tu belum kira mokcik-mokcik yang datang dari kampung semata-mata nak pi jugak zoo tengok panda tu... korang ingat mokcik kat kampung tu tak berminat ke nak tengok panda... so mokcik yang nak datang dari kampung tu, sila la fikir dulu kos minyak, tol, makan dan minum sebelum memikirkan isu harga tiket nak masuk zoo ni. ;p

Jadi ya memang pada golongan yang tak mampu macam haku nie, diam-diam je la dah berkira sangat duit tu nak tengok panda... orang lain mampu je nak pi tengok panda tu...tapi tapi tapi teringin jugak weh!!! Kesimpulan nya, beli patung si panda je la..boleh tengok hari-hari~

Aqu memang tak pandai sangat ekonomi negara nie... dan ya aqu faham, si panda ini juga di jadikan sebagai salah satu pelaburan untuk menambah income negara.. selain dapat merapatkan hubungan dengan negara china.. TAPI...... agak-agak kos yang di laburkan berjuta dengan meminjam panda nie mampu tak di kaut balik??? erk....

nota keluh : tarif eletrik terpaksa di naikan sebab tak mahu TNB menanggung kerugian, cukai terpaksa di naikan sebab itu salah satu cara untuk menjana pendapatan negara dengan lebih banyak, subsidi petrol terpaksa di kurangan kan sebab nak imbangkan semula belanjawan negara. Tapi kenapa semua nya rakyat yang perlu pikul??? Kata nya guna slogan "dari rakyat untuk rakyat", rasa nya lagi sesuai kalau "dari rakyat untuk kerajaan".

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

4 penyumbang pandangan

tukar agama, bukan nama

Assalamualaikum

Sering terjumpa sikap segelintir manusia yang suka menjadikan sesuatu perkara yang kecil sebagai isu yang sangat besar. Tak kira isu apa sekali pun, sedangkan isu yang sepatutnya menjadi tunjang utama tak di ambil peduli.

Contoh salah satu isu yang aqu dengar dalam seminggu lepas..

"dia dah tukar agama islam, tapi nama dia tak tukar pun...dia tetap guna nama lama kat IC dia. Patut nya dah tukar agama, tukar la ke nama orang islam."

"Ke nama orang islam"?? What ~_~ erk.... aqu konfus di situ.....

Apa yang di maksud kan nya untuk "ke nama orang islam" tu?

Ya aqu faham, orang islam di galak kan untuk membubuh nama yang mempunyai maksud yang lebih baik... Tapi perasan atau tidak sebelum anda berkata-kata memalukan kaum kerabat, cuba lihat nama-nama kenalan anda... kadang-kadang nama mereka sendiri tak mempunyai maksud.. dan kadang-kadang bila di tanya mana dapat nama tu, kata nya sebab minat artis ini artis itu sebab tu guna nama tu... betul bukan???

Dan bagaimana pula pada mereka mempunyai maksud nama yang baik, contohnya khadijah namun mengunakan gelaran "katty" atau seumpamanya??? 


Jadi adakah isu pertukaran nama apabila bertukar aama itu perlu di jadikan isu yang begitu besar?? Sedangnya hukum nya bukan nya haram jika tidak menukar nama. Seharusnya kita panjatkan kesyukuran kerana hati mereka terbuka menerima islam sebagai agama mereka... dan mendoakan yang terbaik. Bukan sibuk mencari mana lagi isu yang perlu di hujahkan dengan mereka. Silap-silap elok mereka mula semangat mempelajari islam, korang dah beban kan pemikiran mereka dengan "susah nya islam".

Buka minda luas sikat la~




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

hari ibu yang awsome

Hohoho selamat hari ibu!!!! Fuh terasa sedikit berbeza bila ada yang sudi menguncapkan selamat hari ibu kat aqu. Aqu seorang ibu dah wehhhhhh :-*

Dan kana hari ibu ini jauh perjalanan untuk mendapatkan slupee sempena semata-mata untuk meraikan hari ibu. Heh slupee je?? Dah itu je yang teringin.. lagi pun amat berbaloi walaupun slupee je ok..sebab sangat jauh perjalanan ku gagah kan diri berjalan kaki dekat berapa kilometer untuk mendapatkan nya -.-

Dan akhir kata, selamat hari ibu pada semua ibu...anda sangat sangat sangat lah insab yang istimewa..dan sangat menakjubkan!
Ana sayang ibu... (rindu ayah)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

tutorial : untuk si stalker!

Assalamualaikum

ehem ehem... sebenarnya dah lama aqu ingin kongsikan satu ilmu nie... maka hari nie aqu nak ajar satu tutorial... khas dan sangat berguna untuk si stalker...

Tutorial apa??? Ala.. follow step sampai habis, maka anda tahu la tutorial tentang apa :)

Ikut langkah demi langkah ya... anda pasti berterima kasih dengan saya :) *tu pun pada yang belum tahu ~_~ *
1) Pergi ke blog yang anda suka stalker itu. 

Contoh : blog Suana Zhar


2) Cari box atau widget follower / join this site


3) Tekan button "join this site". Akan keluar...

4) Tick "follow privately" kemudian tekan "follow this blog.

5) Maka result nya... tindakan anda mem'follow' blog berkenaan tidak akan di dedahkan sama sekali begitu juga jumlah follower untuk blog berkenaan tidak akan berubah... dengan kata lain anda berjaya menjadi ejen rahsia blog berkenaan.hahhahaha =.=

Nota usik-usik : tips untuk sesiapa yang segan untuk secara terang terangan menjadi stalker.kahkahkah ehem~

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

dah senja..pulang lah!

Assalamualaikum

Terbiasa atau tak anda melihat iklan di astro oasis tatkala azan maghrib ingin di kumandangkan?

Ya iklan yang berbunyi lebih kurang :

"Di manakah anak-anak anda ketika ini? Sudahkah mereka pulang dan bersedia untuk solat berjemaah bersama-sama?"


Siapa yang masih mempunyai hati, pasti sedikit sebanyak terkesan dengan iklan tu... Kalau tak terkesan langsung, entah tak tahu macam mana nak di cakap kiaskan lagi supaya hati anda sedikit cair.

Kalau di imbau bezanya remaja dan kanak-kanak dahulu dan sekarang memang berbeza bermacam-macam..


Kalau di ikut kan dahulu, kanak-kanak dan remaja lebih suka bermain di luar bersama rakan-rakan, tapi sebelum magrib pasti dah tercacak di rumah..paling tidak pun ketika azan magrib pasti dah berlari-lari pulang ke rumah.. itu pun pasti tetap menerima leteran mak ayah kerana pulang lewat!

Tapi kanak-kanak remaja sekarang lain, waktu magrib tu masih di kira "muda" lagi masa. Masih ramai yang terus bermain bola, berkawat di padang-padang sekolah, melepak di kedai-kedai... ah alangkah ruginya.

Ah tidak kira la anda di besarkan di kampung atau bandar... di pekan atau desa... di hulu atau muara... di bukit atau gua... itu tidak di jadikan alasan untuk kita memandang ringan perkara ini. Magrib dan syaitan sering di kaitkan bersama. Bukan di waktu lain syaitan itu berehat atau apa... cuma di waktu magrib itu lah syaitan semakin aktif godaannya. Maka mengapa perlu kita memberi ruang pada syaitan untuk menang?

Namun di atas bahu siapa semua ini mahu di persalahkan. Adakah kerana kanak-kanak dan remaja itu sendiri kerana mereka tidak reti berfikir untuk pulang ke rumah?? Atau salah ibu bapa yang tidak tegas dalam mendidik mereka? Atau salah persekitaran yang menjadikan mereka terpengaruh dengan budaya seperti itu?

Aqu melihat semuanya pada peranan ibu bapa itu sendiri. Bukan seratus peratus ingin menyalahkan ibu bapa, namun... MEMANG sepatutnya salah mereka!

Kerana apa? Ya memang sukar untuk kita mengawal apa yang persekitaran anak-anak pengaruhi, namun bukan kah kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak-anak sedari awal supaya bersikap lebih bertanggungjawab pada diri dan masa dan keluarga. Ya bukan mudah.. aqu juga sedar itu...

Tapi tidak kah kita terfikir bahawa kadang-kala kita sendiri yang mempengaruhi peragai anak-anak.. membentuk mereka menjadi manusia yang kadang kala lupa pada masa yang berlalu. Lihat sahaja rutin harian yang kita lakukan... kita menyuruh anak-anak pulang sebelum magrib, namun kita sendiri pulang kerja hampir ke isyak.. kita menyuruh anak-anak jangan melepak sana sini, namun kita sendiri rajin mengeteh di kedai mamak bersama kawan-kawan. Kita meminta anak-anak jangan terlalu bersosial di laman maya, tapi kita sendiri giat meng'upload' pose begitu dan begini. Jadi di bahu siapa lagi mahu kita letak kan kesalahan mendidik anak-anak?



nota keluarga : cari lah masa untuk keluarga anda sebelum keluarga meninggalkan anda jauh... :)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

jom cari ikan fresh

Assalamualaikum

Hai selamat hari pekerja. Erm maksud aqu selamat hari bercuti. Yes. Hari-hari becuti ni nak menulis sesuatu yang bermanafaat. Apa selama ni tak bermanafaat??? Tidak la, sekurang nya bila dah tua kerepot nanti tak la malu sangat kat diri sendiri sebab tak pernah menulis sesuatu yang menyumbang pada masyarakat dan bangsa, tak kan nak syok sendiri tulis pasal diri sendiri je jemah oiiii. Wah over. *tu pun kalau umur panjang*

Agak-agak masih ada tak yang bercadang nak pergi ke pasar hari ni dengan keadaan tengah-tengah hari celik matahari cantik menyinari atas kepala nie? Oh tak pe, orang KL tak reti pagi ke petang ke malam ke..konfem masih ada yang berkerumun nak ke pasaraya beli ikan or ayam.. kat KL sama je pagi ke petang ke malam ke... sebab kadang waktu malam pun still jalanraya banyak kereta. Jadi perbezaan siang dan malam tu hanya boleh di hayati oleh orang KL bila time balik raya je.. masa tu baru reti yang malam raya kena ada dah kat kampung atau kalau tidak air mata bercucuran jatuh mengenang kampung halaman!

Argh jauh menyimpang. Back to topik.



ikan nie comel... kau tak rasa?
Kalau tanya mokcik-mokcik, panjang lebau diaorang terang macam mana ikan yang fresh. Kalau tanya pemancing, jawapan nya simple... "ikan yang baru lepas kena pancing". Kalau tanya mat-mat hensem, jawapannya konfem "tah, biasa makan kedai je". Tapi kalau tanya anak-anak dara, jawapan nya "erk..a..erk.. a...tah mak yang beli sebelum ni". Tapi kalau tanya aqu, jawapan ku "tak sempat nak tengok nama ikan pun, laki aqu dah siap timbang ikan tu kat bangla pasaraya tu". =.="

Jadi untuk yang masih blur-blur...boleh aqu beri sikit ilmu... sikit je la, aqu pun tak power mane...

1) Mata ikan - Sesekali cuba tenung mata ikan, ala-ala jatuh cinta gitu. Kalau nampak mata ikan tu merah, bermakna ikan tu sakit mata tengok korang.hahhaha Maka jangan pilih ikan tu sebab sikapnya yang buruk tu. Kalau nak pilih ikan, tengok mata nya jernih bersinar-sinar ye. Tak pernah lagi aqu jumpa ikan pakai contact lens mata warna ijau ka unggu ka. Kalau biru tu ada kemungkinan la..tu pun ikan laut.


2) Insang ikan - Selalu warna insang apa??? Ungu....? sapa ajor! Insang ikan warna merah...merah warna jantung gitu...taw warna jantung merah macam mana??? Kalau tak taw pi belah dada boypren korang selidik jap warna jantung merah camna sambil-sambil boleh bukti kan cinta dia ;p Ikan yang masih fresh mempunyai insang warna merah yang cantik terang-terang sikit gitu..kalau warna merah dah nak hitam tu makna nya dah kritikal ikan tu memerlukan bantuan untuk di buang je ok.


3) Sisik ikan - Nie bagi ikan yang ada sisik. Jangan ikan sardin korang pegi cakor-cakor badan dia cari sisik pulak..memang toreh 18 pun belum tentu korang jumpa sisik dia. So bagi ikan yang bersisik, pastikan sisik dia masih setia utuh pada badan nya.. maksud nya susah nak tanggal la. Bukan sekali jentik dah tercabut.

4) Perut ikan - Yang nie konfem ciri paling senang... kalau nampak perut ikan tu ala-ala nak terburai macam tak sempat nak pi hospital, maka konfem-konfem ikan tu dah agak lama...kadang-kadang pasaraya still juai ikan macam tu.. dia lelong lelong lelong punya.....tapi kalau korang baik hati, beli la sepinggan buat rebus bagi kat kucing sepinggan tu. Makan mewah kucing tu walaupun ikan tu dah agak kritikal. Kerana apa? Kerana kucing tidak pernah membezakan rezeki dari tuhan.hohoho

Jadi tu je ciri kritikal yang korang kena taw, tak la malu makmertua suh pilih beli ikan nanti ;p

Apesal aqu asyik cerita entry ikan je nie... -.-


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)