0 penyumbang pandangan

ya untuk kamu

Assalamualaikum

Semakin hari..
Apabila terimpau segala kisah yang pernah di lalui..
Tiada kesal..
Kerana semuanya merupakan fasa kematangan.

Wahai saudari,
Kita tidak pernah bersua muka..
Namun mengapa pernah wujud sengketa,
Tapi...
Tidak mengapa jika terlalu sukar untuk kau memaafkan..
Kerana aqu mengerti..
Parut luka tidak mudah untuk hilang..
Cuma..
Apa yang kau perlu tahu..
Antara kita sebenarnya tiada apa yang perlu di persengketakan..

Pada mu adik-adik ku,
Walau kita bukan seibu sebapa,
Namun akan ku pastikan berkekalan ukhwah yang terbina..
Ketahuilah kalian semua,
Masih terlalu luas bumi ini untuk kalian melangkah,
Jangan terlalu mudah untuk menyerah...
Jangan terlalu senang untuk mencari siapa yang bersalah..
Kelak sikap itu membawa padah!

Untuk kau pula wahai teman..
Ketahuilah jodoh itu ketentuan Tuhan..
Tuhan telah menyatukan hati kalian ketika ini..
Maka bersyukurlah..
Namun jangan kalian cacatkan ia dengan batas pergaulan..
Kerana  ia sebuah penghinaan.

Khas untuk mu sahabat,
Alam yang bakal kau lalui adalah fasa baru kehidupan,
Aqu sudah merasa secebis manis dan pahitnya,
Semoga tiap antara kita..
Terpelihara mahligai yang terbina,
sehingga akhirnya...


:) satu nukilan, namun di dalam nya di tujukan pada beberapa insan 
*memang aqu juga masih terlalu sikit garam yang di telan...tak layak sangat untuk menasihatkan..tapi tak kan nak tunggu telan garam banyak-banyak baru nak menasihatkan..takut tak sempat nasihat penyakit darah tinggi yang sampai~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Gila menyepi~ *meluah apa yang teringat*

Assalamualaikum

Perrhhh menyepi pun ada gila..tapi yang konfem nya aqu belum la gila...cuma kesibukan masa kesuntukan tanggungjawab  *erkkk kenapa aqu rasa macam terbalik je tulis* menyebabkan aqu tak langsung berkesempatan menulis panjang lebau...

Kehidupan sekarang? Alhamdulillah sangat sempurna... *untuk hal dunia* :) maka teruskan langkah merangkak bertatih berjalan dan berlari mengejar hal akhirat pula..semoga ajal menjemput dalam iman. 

Agak terpikir-pikir apa nak tulis... banyak sebenarnya, tapi tak tahu yang mana patut di kongsi..

Dan...

Tiba-tiba teringat sesuatu.... erk, ade sesiapa dengar tentang "Konsert Hati Emas Kembara" by M.nasir yang bakal berlangsung di istana budaya... sebenarnya aqu agak berminat untuk menonton persembahan beliau *minat suara M.nasir bukan orangnya*...tapi apakan daya, kesempatan tak ada untuk pergi...maka sesapa yang teringin nak pergi, nak beli tiket murah moh contact den...den bagi murah lelong punya harga~ ok. tu hal pertama.

Hal kedua, tiba-tiba teringat wasup dari member aqu si nad... dah berkurun dia tanya nama anak kedua aqu, tapi tak jugak aqu balas-balas...bukan sebab aqu rasa anak aqu tu diva sangat, cuma tak payah la aqu hurai panjang lebar kenapa.. nie nak bagi taw la nie...tak yah kecoh sangat lah kan... *pe hal tetiba aqu emosi...hhahahha* ok nama anak kedua aqu "SYAHFI SAFARAZ"...

Seterusnya, Kak Latifah. Siapa dia, seorang kakak erk yup kakak *tapi umur dia lebih kurang arwah ayah aqu ~_~* Terima kasih tak terhingga dari segenap sudut. Kenapa aqu perlu tulis sekali kat blog untuk ucap terima kasih? Kerana aqu rasa tak cukup dan tak terungkap terima kasih yang teramat kat dia jadi aqu nak semua orang tahu kebaikan dia kerana sering ingat kat aqu...yang paling terharu, coklat kitkat sentiasa terhadiah padaku walaupun hari lahirku setahun sekali je...

Keempat, makin ramai member nak kawen wehhhhh.....korang tolong la cari tarikh jarak-jarak sikit...kesian kat aqu weh terkial-kial aqu nak cari baju ape nak pakai... kang aqu pakai baju sama je kang.hahhahah

sekian dulu~ chow anak merengek dahhhhh
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)