0 penyumbang pandangan

wish #givealittle

Assalamualaikum

Kadang kala kita tidak terlupa untuk melihat sekeliling, yang mana ada antara di sekeliling kita memohon secebis kasih sayang dan perhatian. Mungkin juga kita tidak pernah sedar bahawa walaupun tidak sebesar mana kasih/pertolongan yang kita hulur mampu membuat mereka tersenyum dan sedikit sebanyak memberi mereka semangat untuk terus melangkah dalam hidup.

Ambank menyedarkan aku semua itu... dengan #givealittle aku pasti walaupun tidak semua namun tetap ada segelintir dari mereka yang menerimanya terasa ringan dugaannya dalam hidup dan sedikit sebanyak mengajar kita untuk terus bersyukur dan terus menghulurkan bantuan/ kasih sayang.

Mulanya aku sendiri buntu, dengan apa aku dapat membantu? Hampir berkali juga aku memikirkan. Namun akhirnya aku sedar bahawa untuk menghulurkan sesuatu, jangan di ukur pada ringgitnya, bukan di lihat pada cantiknya, tidak di nilai pada kuantitinya...hakikatnya ia dipandang pada nilai keikhlasan nya agar yang menerima itu gembira menerimanya.

Walau aku tidak sekaya mana, aku juga tidak sehebat mana... namun akhirnya aku dapat melihat banyak sebenarnya boleh aku #givealittle..iaitu dengan apa yang aku miliki tetapi tidak lagi aku gunakan. Walaupun mungkin barang-barang ini tidak lagi aku gunakan, namun biarlah ia memberi manafaat pada orang lain...

1. Koleksi buku ku yang agak banyak namun sudah lama tidak ku buka


2. Kasut-kasut ku terlalu banyak sehinggakan ada antaranya sudah lana tidak berusik


3. Koleksi tudung ku sudah tidak cukup ruang untuk di simpan, malah ianya tidak di gunakan lagi.


Semua itu boleh aku hulurkan sebagai #givealittle. Ayuh semua, lihat apa yang anda mampu buat untuk #givealittle.. percaya atau tidak, anda pasti membuat mereka tersenyum kerana ibarat ada tangan yang setia menghulurkan walau sedalam manapun lubang mereka berada.

Lumrah kejadian hidup ini,
Untuk saling melengkapi,
Untuk saling membantu,
Agar...
Sentiasa wujud rasa syukur itu.

Siapa pun diri mu, 
Siapa pun diri ku, 
Aku pasti antara kita,
Wujud kasih sayang yang luar biasa,
Tanpa perlu di paksa.

Mungkin kita bukan seagama,
Mungkin kita bukan sebangsa, 
Mungkin kita bukan juga senegara, 
Namun bukan itu tali ukurnya,
Saling membantu itu tiada sempadannyaa,
Menghulurkan kasih itu tiada perbezaannya, 
Apa yang perlu,
Kita semua saling bersatu.

#givealittle

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

mutiara kata suana =1=

Assalamualaikum

" merindui zaman kanak-kanak kerana walaupun sering terjatuh, hanya tangan dan kaki yang terasa sakitnya...bukan hati"

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kesian pada anda jika..

Assalamualaikum

peace malaysia. *saya penyokong harimau malaya*

Hati memang sering membuat tindakan luar kawal. Bukan hanya anggota badan, malah hati! Yup.. macam mana pula hati boleh membuat tindakan luar kawal?? 

Hati sesiapa yang sering bersangka buruk, maka hatinya sering mengalami penyakit tindakan luar kawal! Namun hati menjadi sebegitu kerana otak! Dah sudah, kenapa otak pula yang di persalahkan...mengapa anak yang nakal tapi ibu dapat nama??? *peribahasa baru aqu*

Kerana apabila kita tidak melatih akal untuk sentiasa tenang dan bersabar, maka hati akan dengan fast furious 7 nya membuat sangkaan jahat terhadap sesuatu tanpa sempat berfikir untuk berasa bersalah atau tidak kerana bersangka buruk itu. *erkkk korang paham ke apa aqu tulis nie??*

Arghhh yang pentingnya ambik point je... macam buat nota, kena buat peta minda bukan karangan bak kata cikgu. 

Point nya ialah apabila sesuatu itu terjadi bersangka baik la...apabila kita bersangka baik, insya Allah sesuatu yang baik juga bakal terjadi. *peringatan untuk diri sendiri juga*

ok. peace semua!



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

tiket wayang lelong

Assalamualaikum

Aqu tengah menyeru kaki wayang/ kaki panggung/ kaki drama *bukan berdrama*. Ok aqu ringkaskan agar mudah di fahami dan tiada yang akan bertanya berulang kali benda yang dah aqu tulis!

  • Berkenaan tiket :
- di jual pakej iaitu 4 tiket dalam satu harga
- hanya boleh di gunakan di GSC Mid Valley Kuala Lumpur
- tidak boleh di gunakan untuk GOLD CLASS, PREMIERE HALL, TWIN SEAT & 3D MOVIE
- tarikh tamat penggunaan : 31 DISEMBER 2014
- boleh di gunakan untuk semua jenis movie (melay/ english/ tamil or cina)

  • Berkenaan lain-lain  :
- Harga : Rm 28 (tidak termasuk pos)- COD akan di pertimbangkan/ mungkin melibatkan sedikit tambahan kos
- Tiket tidak di jual berasingan selain dari pakej yang ada
 

Untuk yang berminat sila tinggalkan number phone untuk saya wasup. sekian terima kasih *no anda tidak akan di dedahkan pada umum*

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

bila manusia ada pantang...

Assalamualaikum

Pantang. Ya bukan kisah berpantang selepas bersalin yang aqu nak kabarkan.. mahupun kisah pantang nampak makanan atau pantang di ajak berjalan atau atau atau pantang orang mengumpat kau sama turun padang..yang tu mungkin lain tahun aqu kupaskan. Yang nak aqu katakan adalah apabila manusia pantang ditegur..atau dengan bahasa lebih melayunya pantang di nasihat~

Yup kadang-kadang *erk selalu mungkin* terjumpa manusia yang rasa "aqu dalam dunia ku tiada siapa yang berhak nak bukak mulut", atau "kau rasa kau cukup baik sampai pandai nak nasihat orang lain?' atau mungkin juga dia masih di dalam kelompok pemikiran "kubur lain-lain".. ya mungkin!

Aqu tak perlu bebel begitu panjang lebar kerana anda sendiri kenal siapa anda *kalau anda sendiri masih belum kenal diri sendiri, aqu cadangkan anda selalu-selalu lah tengok motivasi Dr. Fazilah kamsah ye jangan asyik nak duduk dalam dunia sendiri je...katak bawah tempurung tu pun kalau hujan dia keluar jugak pi main air ;p* jadi satu perkara je aqu nak kabarkan...oh bukan sebenarnya 2 perkara..

pertama : nasihat itu sebenarnya tanda sayang, jadi buka la hati untuk dengar dan terima
kedua : kadang-kadang hati dengan akal memang tak sehaluan contohnya soal perasaan..namun apabila kita mahu merubah diri menjadi seseorang yang lebih baik, hati dan akal perlu bersatu!

nota semangat : tahniah harimau malaya, teruskan usaha anda.. baru saya sedar bahawa tanpa saya sebagai penonton, anda semua tetap boleh menang ;p hahhahah *tekanan bila cermin mata patah*
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)