1 penyumbang pandangan

Isu k-pop ; apabila terlalu menunding jari

Mula nya aqu mengambil keputusan untuk malas melontarkan pandangan tapi bila rasanya terlalu ramai yang melontar kata-kata tanpa tengok atas bawah kain maka aqu ingin pertaruhkan sedikit kata-kata *fuhhhh ayat pasukan debat gombak setia dah keluar*

Maaf kepada menteri dan sekalian pihak berkuasa yang telah bersuara, bagi saya anda bersuara tanpa melihat sekeliling dan agak melihatkan anda hanya bersuara apabila isu panas sahaja keluar. *harap jangan di saman saya*

Kenapa begitu? Kerana apa yang menjadi isu adalah ketika di konsert k-pop, perempuan itu berpelukan dengan artis k-pop terbabit...

Namun apa yang saya ingin persoalkan adalah mengapa pihak berkuasa begitu serius tentang hal terbabit tapi hanya membutakan mata apabila babak seperti itu dilakonkan oleh kebanyakan artis kita dalam drama ataupun filem tanpa mengira isteri atau suami orang???

Adakah mengunakan lesen "lakonan" menjadikan sesuatu itu di beri kelepasan untuk memeluk sesiapa sahaja??

Tidakan yang sebenar perlu di lakukan adalah bukan sekadar menyalahkan penganjur mengapa tidak sensitif, tetapi industri seni negara kita juga perlu di betulkan. Tak guna untuk mengorek lubang menanam seekor bangkai kancil tapi dibiarkan berpuluh lagi bangkai gajah bertaburan..busuknya akan tetap menyengat! *nampak peribahasa bombastik telur bistik aqu cipta*

Nota kilat sepoi bahasa : tragedi bah dah melanda malaysia, sedarlah murka Allah tu amat pedih azabnya!

Nota sayup suara : saya bukan peminat k-pop.sekian.


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

dleyaaken said...

Assalamualaikum..maaf lari topik..terjumpe entri ni ->

http://suanazhar.blogspot.com/2013/12/juai-pampers-murah.html?m=1

Masih menjual lagi ke?