0 penyumbang pandangan

teh Boh pelbagai pilihan!

Assalamualaikum

Petang yang agak indah... cuaca mendung, angin yang sepoi-sepoi bahasa dan yang paling penting di hujung minggu waktu bercuti!

Kala santai bersama keluarga, terasa bosan tanpa apa-apa untuk membasahkan tekak.. tiba-tiba mood berjalan mencari kudapan datang dengan semangatnya! Apa lagi, laju-laju menuju Aeon Big...


Time meronda-ronda dalam pasaraya tu, adalah itu ini makanan aqu capai..dan sampai di satu lorong di mana tempat minuman 3in1 dan pelbagai lagi, dalam kepala dah teringat stok teh di rumah yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan... apa lagi terus menuju ke teh Boh.. memang itu jenama pilihan keluarga dari dulu sampai sekarang.

Bila dah jumpa bahagian letaknya teh Boh, maka bermula lah masalah aqu.. kenapa??? Sebab teh Boh terlalu banyak sangat pilihan sampai kadang-kadang dekat 10 minit aqu bertapa kat situ untuk memilih.. bukan masalah untuk cari jenis mana yang sedap, tapi masalahnya semua sedap! confuse!!!
cer korang tengok... gak confuse kan nak pilih?
 

macam mana??? tau yang mana pilihan hati korang??? pilih sendiri ye...
selamat menikmati keenakan BOH!

kenapa perlu Boh??
kerana kepekatan rasa dan aroma teh nya memang terbaik! Lagi pun Boh produk Malaysia! :)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: