0 penyumbang pandangan

kisah kelahiran anak kedua

Disebab proses kelahiran anak sulung aqu agak menarik hati pembaca, diaorang dok mintak cite pulak proses kelahiran anak kedua..

Proses kelahiran memang sesuatu yang indah buat para ibu, kadang-kadang boleh jadi kisah lawak gara-gara nak menahan sakit tu sampai doktor nurse semua terpaksa memujuk kita.hahahha

Alhamdulillah, kelahiran anak kedua lebih dipermudahkan..entah la, aqu sebenarnya tak dapat nak komen bila orang kata nak besalin tu gile teruk pengalaman, sebab syukur sangat kedua-dua anak aqu memang Allah permudahkan.. dan memang aqu rasa sangat dipermudahkan walaupun memang waktu menunggu nak bersalin tu punya la lama tapi kesakitan yang aqu alami tak lama..

Setengah orang bila bukaan nak bersalin dah mula terbuka 2 cm pun dah rasa sakit..tapi aqu, 4cm pun still boleh merayap sana sini.hihi

Memang kawan-kawan aqu kata "gile ko suana..perangai tak berubah, memang kalau tak buat keje gila bukan suana la nama nya"... haaa tau ngape kawan aqu cakap cmtu.. ha nie kisah nya..

Malam tu, punya semangat aqu ajak suami pegi shopping... bukan nak shopping sangat pun, saja nak berjalan renggangkan otot yang dah macam besi buruk dok tersadai je... hampir dua jam jugak kitaorang berpusing satu mall tu anak beranak, tapi sebenarnya masa tengah merayap tu perut aqu terasa sakit..tapi sakit hilang-hilang maksudnya jap ada jap tak la...jadi aqu ingatkan sakit biasa, aqu abaikan la...buat macam diri tengah sibuk nak cari baju raya tak yah pandang kiri kanan dah.hihi

Sampai je rumah, sakit tu still kejap datang kejap hilang... tapi aqu tahan je, sebab tak la sakit sangat pun..sakit biasa-biasa je.. aqu pun melangkah nak ambik wuduk, pastu nak solat.. tetiba kuar jernih, dalam hati aqu "haa sudah nak beranak ke"..

Aqu pun cakap kat hubby " sayang, macam nak beranak je", ok kali nie husband aqu da boleh cool sikit bandingkan anak pertama yang dia meloncat macam nak gugur jantung aqu terkejut.. dia pun kata " keluar air ke", "aah"...

Dia pun nak pi hospital, tapi mengenangkan anak sulung tu aqu kena betapa punya lama kat hospital aqu ambik keputusan nak buat relax-relax dulu konon-konon tak de benda jadi.hahhahaha siap aqu cite kat laki aqu yang sebenarnya sakit masa dari keluar shopping tu tadi.." laki aqu punya membebel tak ingat bumi, sampai ke pluto dia punya panjang bebel...

Aqu pun buat-buat relax...buat-buat nak tido, siap kunci jam cakap kat laki aqu " kang pukul 3pagi kejut kita ye, kita gi hospital 3 pagi la".. ha ko penah jumpa manusia cam aqu, aqu yang set timming nak bersalin.hahahha aqu mak, dia anak..jadi dia nak kuar kena ikut cakap mak bila boleh keluar..lalalla

Untung la anak aqu walaupun still dalam perut tapi sangat patuh pada arahan.hihi Pukul 3 camtu baru la dengan hati berirama lallalalal aqu dan husband berangkat ke hospital... dalam hati aqu, macam biasa dua insan yang aqu nak call..sama macam anak pertama aqu dulu.. siap aqu telipon pak mertua aqu, aqu pun nak call insan sorang lagi ni.. tapi tah kenapa aqu terasa macam "tak ganggu dia ke, sok dia keje.." terasa macam berbelah bahagi nak call, bukan sebab ada apa-apa yang berlaku, cuma aqu terasa makin hari makin jauh dengan dia mungkin sebab jarak dan masa.. sampai aqu terpikir dia ada terasa ke dengan aqu..entah, doa yang terbaik sentiasa mengiringi dia. *selamat pengantin baru.. semoga kita sama-sama jadi isteri solehah :)...passstttt lari topik da*

So sampai di hospital, macam biasa register.. masuk la dalam tukar baju hospital than sementara tunggu nama doktor nak check tekanan darah semua, aqu pi satu port baik punya sambung tidooooo... tiba-tiba sayup-sayup aqu dengar doktor panggil " puan suhana...puan suhana.." dengan peyut yang berkilo tu aqu terhegeh-hegeh la berkejar ke doktor..

Lepas habis check tekanan darah, jantung baby sume..aqu sambung tido lagi..hahah memang keje tido  memanjang aqu kat hospital tu... suami aqu macam biasa, peneman setia di sana.. lepas subuh ru, aqu still boleh merayau tawaf hospital lagi..cuma beza nya dulu orang-orang nak bersalin kat situ agak mesra, nie masing-masing macam ayam berak keras je muka.. aqu perhati sesorang, semua dok layan feeling sakit tu.hihi

Start pukul 9 baru rasa sakit kuat sikit... aqu cari port dalam bilik, baring... jap mengereng kanan jap kiri, dah macam kawad guna badan atas katil.. tak sampai pukul 11 doktor tolak aqu masuk bilik bersalin, fuhhh memang syok bilik bersalin dia 5 star aqu bagi dengan keselesaan dan kualitinya..

Soalan biasa, "puan, nak saya panggil suami?", di sebab aqu tau kalau aqu jawab tak payah pun, dia akan panggil jugak.. jadi aqu jawab la "boleh jugak doktor kalau tak menyusahkan".hahahha ayat tak boleh blah kan kan kan...

Tak sampai 5 minit nak tunggu laki aqu masuk bilik bersalin, dengan si doktor tak prepare mengadap anak aqu lagi...anak aqu dengan semangatnya keluar sendiri dengan jaya nya...tak sabor-sabor dia nak tengok dunia, lambat benor tunggu ayah dengan doktor, dia keluar sendiri jeee.hahahha Hubby aqu bukak je pintu dia kata " aik da keluar.."...hahahha

Fuhhh memang syok pengalaman bersalin, yang lebih buat aqu tersenyum adalah tanda-tanda aqu nak bersalin tu selalu datang time aqu nak solat... mungkin sekadar kebetulan, namun aqu harapkan anak-anak ku menjadi seorang ahli syurga walau tidak di kenali di dunia, biarlah akhirat sana lebih keindahannya :)

Part paling feeling bila laki aqu cium dahi kata "terima kasih sayang love you"..  perhhh rasa macam terbang melayang-layang feeling tu, rasa macam aqu dah berjasa dengan buat benda paling berharga dalam hidup dia..tapi memang pun kan kan kan.hehehe *we oll romantic tawwww... senyum la senget-senget muka tu tanpa menunjukan aqu sangat tengah gedik.hahahahah*


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: