0 penyumbang pandangan

penerangan untuk pencerahan secerahnya


"what you give you get back", bagi aqu ayat ni agak kurang pratikal untuk di guna pakai.. atau mungkin kerana pemahaman korang yang agak tak membuka otak, atau memahami sesuatu mengikut emosi. Kenapa? kerana makna sebenar ayat itu adalah untuk setiap manusia yang sering melakukan kekhilafan agar mereka sedar setiap dosa yang mereka lakukan akan mendapat balasan di akhirat kelak... tapi permasalahnya ada pulak manusia memahaminya mengikut emosi, apa yang difahamnya adalah "tak pe kau buat salah kat aqu, esok lusa jadi balik kat kau". Erkk sebenarnya agak kelakar untuk pemahaman macam tu.. sebab bila pemahaman korang macam itu, bermaknanya kesilapan yang sama pernah mak pak korang lakukan dan sebab tu iya terjadi balik pada korang.. betul kan? Jadi salah mak pak korang la semua itu terjadi...tak macam tu??? jadi cukup-cukup la pemahaman macam tu dan berhenti la bersikap buruk dengan mendoakan yang buruk terhadap orang lain supaya orang lain suka mendokan kebaikan terhadap anda :)

Agak serius apabila sesuatu yang ditulis orang lain, tapi kita merasakan kepanasan. Boleh bersikap sedemikian, namun jangan terlalu membabi buta bak kata masyarakat kita *babi maafkan aqu, kerana manusia engkau pula yang dikata buta*, kerana apa yang berlaku pada kita tu tak semestinya tidak berlaku pada orang lain... jadi apa yang orang lain tulis, jangan terlalu cepat meletakan tulisan tersebut untuk anda, please sometime kita mesti berlagak cool dengan tak terlalu perasan bahawa orang lain asyik nak bercerita pasal kita. Dan disebabkan tajuk entry aqu kata pencerahan secerahnya, maka izin kan aqu terang bagi jelas agar bersinar-sinar kejelasan tu.. ya aqu tahu tentang cerita anda dan cikgunya itu dan untuk pengetahuan anda juga terdapat 4 5 orang siap admire dengan cikgunya tu, dan kesemua cerita itu memang diketahui oleh aqu dan keluaga mertua. tambah lagi izin kan aqu kata bahawa kat sekolah den dulu pun ado kes macam tu plus siap couple lagi, dan pencerahan yang lagi cerah ialah saya maksudkan untuk budak yang siap bagi surat tulis nak jumpa belakang sekolah bawah pokok tu tapi dia tak datang punnn..siap laki i bawa balik surat tu bagi mak mertua i baco surat budak tu...adakah budak itu awak??? kalau ya, ok saya tulis pasal awak, saya mengaku.. tapi isu sebenar masa itu adalah pasal kes yang masuk suat kabar ketika itu dan cerita budak tu sebagai selingan. 

di mana saya bercerita tentang anda???
arghhh anda mungkin terlalu bawah tempurung kerana tidak membaca akbar dan isu terkini...


Prinsip "sekecik atau besar mana usia seseorang, akan aqu hormat dia kalau dia tahu hormat orang dan sebaliknya" memang prinsip yang salah, tapi logik dibuat bila sabar dah tahap penghujung. Agak kasar apabila seseorang yang dah berkahwin tapi ang dok ungkit cerita-cerita tentang "ke-best-san" yang pernah  dilalui satu ketika dulu adalah kuang ajo, walaupun ianya hak anda kenangan anda tapi faham sikit ianya melibatkan orang lain bukannya melibatkan tenuk, kodok atau tenggiling mungkin tak kan kisah kalau korang bercerita tentang mereka. Ianya sikap memang tak menghormati perasaan orang ye. Adakah anda suka dilakukan macam tu? Adakah ianya seperti satu pengiktirafan bagi anda? Kalau macam tu aqu boleh tolong doakan... 


Aqu tak hebat mana dan aqu pun tak mau jadi yang hebat berkata-kata, tapi bila dah nampak kronik penyakit yang seseorang tu alami, aqu perlu perbetulkan. Jangan hanya melihat kesilapan orang setinggi bukit tapi menutup mata kesilapan sendiri yang seluas laut. Jangan nampak bijak alim berkata-kata tapi tersalah hujahnya. Jangan berlagak seperti hakim yang menjatuhkan hukuman tanpa melihat dulu kesahihan.
en.hubby pernah kata jangan layan biar je la, mungkin ya tapi sesuatu salah faham andai kita penyebab kuatnya maka kita perlu menanggungnya kelak..maka aqu ambil langkah menjelaskan. Tapi jika masih ingin berfikiran sebegitu juga, makna nya i'm done my part dan aqu bukan kaunselor yang hebat.wakahkahkah *gelak kan diri sendiri itu lebih baik dari mengelakan orang*
sekian.
notajanganbanyaktanya : entry ini untuk seseorang. siapa dan kenapa? al maklum tak nak jadi si perasan pulak..tak pe kali ni, aqu bagi peluang untuk sesiapa nak perasankan diri... tapi kalau terasa terjawab semua kata-kata tu maka untuk anda lah~
(terpulang pada anda, kami dah minta maaf sewajarnya maka urusan pihak kami dah selesai dan saya tak mengharapkan sujud maaf mahupun kata maaf skalipun jika anda tidak mahu ungkap tulis atau nyanyikan sekalipun kerana bagi kami sudah anggap ianya selesai dan jika terjumpa di luar sana, kami masih boleh menyapa dengan senyuman).
#kamisedarkamihanyamanusiayangmasihkerdil
incik faizullah, apo kabo incik...pihak kami sekuarga menanti kad kawen anda. ;) nanti kami datang sedondon bagai boria sekuaga

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: