0 penyumbang pandangan

perkahwinan = mengurangkan rasa "berdikari"

Adakah aqu mengatakan bahawa perkawinan itu mendatangkan keburukan? Oh tak, jangan terlampau mudah cepat menyimpulkan sesuatu.

Ok ini bagi pandangan aqu, memang perkahwinan akan menjadikan seseorang itu menjadi kurang berdikari...dan bagi aqu juga ia sesuatu yang menyempurnakan hidup, membahagiakan dan romantik! Yes!

Kenapa? Senangnya aqu terangkan dengan contoh situasi begini ;

" Weh sok aqu nak gi shopping, ko nak ikut".
"laki ko tak ikut ke?"
"tak, laki aqu dia malas nak keluar...lagipun dia bukan suka teman aqu shopping"
"ha ok la"

Esoknya...

"Weh bila ko nak gi expo tu?"
"esok la..."
"ko gi dengan laki ko ke?"
" tak la...aqu boleh gi sendiri je,laki aqu kuar dengan member dia..lagi pun sebelum aqu kawen pun sume aqu buat sendiri pun"
" ohhhhhh k"

------------------------------

Ok la, terpulang pada cara hidup masing-masing cumanya...kalau dah semua benda buleh buat sendiri, semuanya boleh handle sendiri jadi apa bezanya berkahwin atau tak? Memang la kita nie tak perlu sangat bergantung dengan laki kita, benda kita boleh handle kita handle..tapinya bukankah kita berkahwin dengan tujuan saling melengkapi? Bukan kah nabi kita sendiri mengajar romantik dalam berumahtangga?? Jadi apa salah nya sesuatu yang memang hakikatnya kita boleh buat sendiri, tapi segaja kita manja-manjakan diri untuk "buat-buat tak mampu".. bukan untuk menyusahkan, cuma untuk menjadikan rumahtangga agar nampak saling memerlukan bak kata mudahnya manja berpada-pada..

Tapi aqu tahu, mungkin ramai yang akan mempersoalkan entry aqu ni... ada yang akan kata "menyusahkan laki aqu je nak buat camtu, merepek!". -_-

Relax kiah oi, kan aqu kata tadi manja berpada-pada... payah ke nak paham??? Atau dengan maksud tersirat lain, suami tak romantik tu... tak caya try minta tolong laki korang basuh pinggan..apa kena mengena? Ye la, basuh pinggan tu kan boleh buat sendiri juga, kenapa nak minta tolong kat laki???

Dan selepas habis dia basuh pinggan tu korang rasa apa?? Rasa macam eleh eleh eleh laki aqu tolong basuh pinggan laaaaa comel sangat *laki basuh pinggan comel ke??? arghhh tolong.hahahah* Walaupun agak kecil pekara tu, tapi teraaa tak ada tercalit sedikit rasa berbunga dalam hati??? ha apa lagi, kalau dah berbunga dalam hati bagi la dia kembang sampai setaman baru harum semerbak dia sentiasa dapat dihidu....tu pun nak kena ajo ;p

*kalau korang buat-buat manja, pastu laki korang kata "alah buat la sendiri...", maka redha je laaaaa.hihi


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: