0 penyumbang pandangan

satu perkara lagi

untuk pengunjung setia blog i, untuk tidak membuang masa korang yang berharga tu maka i dengan ampun maaf nya memberitahu yang entry kali nie untuk seseorang juga dan ianya panjang lebau, jadi kalau korang tak nak buang masa boleh skip this entry..lain kali i tulis2 khas tuk you all pulak ya.

*pada entry lepas ada yang tanya, kenapa i tak direct link je apa yang i tulis terus ke siapa yang i maksudkan, kerana i menulis untuk penjelasan bukan untuk memalukan. Kenapa i tak terus je anta wasup, mesej atau call kan lagi senang... kerana i tak ada number dia. Fuhhh dah ber"i" bagai ha, terjebak dengan miss omel omel kesayangan hamba la ni.

Kurangkan sikap terlalu suka mentafsirkan sesuatu dengan hanya melihat apa yang anda nampak. Kena tahu yang mata kadang kala menipu, kerana dia tidak boleh mendengar.. dan telinga juga kadang penipu kerana dia tidak melihat, naluri juga kadang terpesong kerana terpengaruh nafsu. Hal ini besar, tapi agak malas aqu bangkitkan kerana melibatkan orang tua..jadi jangan terlalu bijak hanya mempersoalkan itu dan ini mengatakan itu dan ini tanpa tahu hujung pangkalnya. Jangan terlalu hebat mengata orang penipu sedangkan ada yang terlalu bijak memungkiri janji. Jangan terlalu senang mengata orang itu dan ini sedangkan anda terlalu daif tentang apa yang berlaku. Jangan terlalu bijak membaca hati manusia sedang tuan nya sendiri tertanya-tanya, jangan terlalu bijak menunjukan anda tahu setiap apa yang berlaku kerana anda hanya menjadi pendengar dan terus mendengar kemudian menulis apa yang anda rasa betul... tanpa berusaha bersuara bertanya apa hakikat sebenar terjadi. Ambil ibu awak, duduk semeja dan tanya dengan sebenar benar sedalam dalam secerah cerah setiap butir setiap gerak apa yang dah terjadi sebenarnya tanpa tertinggal sepatah perkataan pun yang dia ucapkan, yang mereka bincangkan..tanya apakah janji yang dia telah mungkiri.. tanya apa yang dia buat tanpa meminta persetujuan.. dan jumpa dengan setiap dari mereka yang terlibat dalam hal ini, sila berani untuk itu! Tanya dengan jelas supaya kebenaran itu jelas, bukan mengambil langkah suruh mengelak apabila bertemu, menyepikan diri apabila dipanggil..  Jangan hanya berani bersuara melepaskan emosi dalam blog menulis panjang lebar menyalahkan orang lain tapi kesudahannya tiada apa penjelasan yang anda dapat! Dan benda yang harus anda tahu, en.biskut tak pernah bersuara tentang anda tapi aqu mengunakan teknologi, mata, telinga, mulut, kesabaran, dan setiap anugerah ilmu plus ukhwah yang aqu ada untuk memahami segalanya setiap apa yang berlaku... bukan hanya membabi buta melontarkan kata.

Aqu dah cuba untuk simpan, dah cuba untuk tidak melibatkan mereka yang lebih aqu hormat..tapi anda sendiri yang meminta semua itu. Fahami dulu apa sebenar terjadi baru boleh lontarkan setiap tafsiran.. jangan hanya nampak bijak alim berkata melibatkan dosa pahala melibatkan hukum karma melibatkan balasan-Nya kerana ibarat meludah kelangit terjatuh di muka sendiri.

Satu lagi yang anda perlu belajar adalah setiap yang berlaku itu adalah ketetapan Nya, kita sebagai manusia jangan terlalu bijak menjadi hakim dunia dengan mengatakan itu adalah karma.. ya anda boleh berdoa untuk setiap apa yang anda ingin ia berlaku namun makbul atau tidak doa itu, bukan di tangan kita sebagai manusia. Dan setiap yang berlaku itu ya mungkin kerana dosa yang pernah di lakukan tapi mungkin juga kerana Allah ingin mengangkat darjatnya. Jangan terlepas pandang semua tu. Jadi jangan berkata seolah seorang peramal masa depan, seolah anda aturkan segalanya.

Buah kelapa kalau mahu diketahui isi dalamnya perlu di kupas, bukan hanya diramal..kerana belum tentu ketepatannya.

Minta maaf untuk kekerasan entry ini bersuara, kerana aqu perlu bersuara membetulkan sesuatu yang anda terlepas pandang untuk lakukan dan anda yang meminta!


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: