0 penyumbang pandangan

pengiraan 6% yang memeningkan


Assalamualaikum

Math bagi aqu memang agak sedikit senang, bukan senang ok sedikit senang je... jadi untuk buat pengiraan harga barang naik 6% tu memang boleh la di conggak-congak lagi.. tapi ape yang aqu mula perasan adalah tahap pengiraan aqu jadi cacar maeba bubur caca... kenapa? kisahnya begini...

Harga sebelum perlaksanaan GST -- harga pencuci muka sebotol RM20.50 di kedai serbaneka, tapi bila pegi ke guardian harga pencuci yang sama jadi RM21, tapi bila angin aqu nak minum slupee aqu singgah 7E tengok harga pencuci yang sama jadi RM22.10.

Bila GST dilaksanakan katanya 6% kenaikan.

maka setiap kedai tu harga kenaikannya akan berbeza-beza mengikut harga jualan diaorang.. betul kan? Jadi persoalan aqu, macam mana aqu nk tau memang kedai tu naik 6% ikut harga asal jualan kedai diaorang???? Sebabnya, bukannya diaorang tulis harga sebelum dan selepas??

Cop! Dalam resit kan ada tulis total charge untuk GST suana oiiii... ya betul, tapi baca elok-elok yang aqu tanya... macam mana nak pastikan diaorang kenakan charge tu ikut harga asal jualan diaorang??? Ke diaorang kenakan charge tu ikut charge tambahan yang supplies kenakan??? Kalau macam tu lagi sikit la sebab supplies hantar guna harga borong...

 Aqu rasa memang la agak bagus bila peniaga tepek harga barang...tapi yang tak best nya bila kita rasa tetipu sebab peniaga tepek harga terus kata dah include GST 6% tapi hakikatnya price naik ikut suka dia berapa nak letak.

Jadi ade sesapa tak boleh selesaikan masalah pemikiran aqu yang tak tercapai ni macam mana sebenarnya kedai-kedai yang berbeza-beza harga nie kira GST tu... konfus mak tau!

nota bisik-bisik : aqu dengar isu pasal GST ni ada yang kata "semua tu dah takdir, memang dah ketentuan harga barang naik..jadi kita kena redha je la... olahhhh jadikah mengapakah bisingkah bilakah tempohkah pengeluarankah KWSP dilanjutkankah??? itu tak dikira takdir ke??? :p haiyakkk la lu... takdir bukan semuanya tetap tak boleh diubah, takdir ada dua yang dah ditetapkan dan yang boleh diubah..

 nota pening lagi : betulkah harga barang asas tak naik, sebab diaorang punya pemprosesan pun pakai kos kan?? tak kan diaorang nak tanggung rugi??? dannnn kenapa makcik tu juai pucuk paku naik harga sampai 50sen!!! arghhh kusut!


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: