0 penyumbang pandangan

Tun mahathir pemikirannya hebat!

Assalamualaikum

Aqu memang meminati Tun mahathir dari awal pemerintahan beliau... aqu ingat lagi, walaupun aqu masih di sekolah rendah ketika itu namun pemikiran anak-anak ketika itu kebanyakannya ditanam dengan semangat wawasan 2020... pelbagai angan-angan kita dengar, kereta terbang, kereta itu kereta ini...tapi semangat pemikiran untuk berimaginasi dengan segala wawasan 2020 itu ibarat semakin lama semakin tenggelam selepas Tun berundur dari pemerintahan.

 Aqu percaya, Tun berundur dari pemerintahan satu ketika dahulu bukan kerana dia sudah penat dengan Malaysia, tapi dia berundur kerana "berundur ketika disayangi sebelum dibenci"..dan tindakan Tun itu memang sangat-sangat meninggalkan kesan pada Malaysia kerana ketika itu Malaysia tengah gah di mata dunia dengan pemerintahan Tun..sehinggakan sehingga kini kebanyakan negara-negara luar masih memandang tinggi Malaysia kerana adanya Tun.

Aqu membesar dalam pemerintahan tun, ya bukan tak pernah harga minyak naik ketika zaman tun.. malah masalah inflasi turun timbul di zaman pemerintahan tun... namun kenapa ketika itu rakyak tidak memberontak, kenapa ketika itu rakyat masih bersatu mempercayai pemimpin mereka... kerana pemikiran hebat si pemimpin yang secara tidak sedar telah tertanam juga pada rakyat..

 Tun tidak pernah mengunakan teknik 'pemberian duit' untuk meraih undi rakyat.. tun tidak pernah menjanjikan kemewahan kepada rakyat melainkan kata-kata semangat supaya rakyat jangan malas, lalai, tertipu untuk terus berjaya


Tun, tun tak sendiri... tun ada kami segelompok si rakyat yang masih percaya hebatnya pemikiran tun.. tapi siapa kami untuk mereka dengar kami bersuara...

 Semoga Malaysia terus dihormati bukan kerana kemewahan hartanya tetapi kerana kewibawaan kepimpinannya!




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: