0 penyumbang pandangan

29 hari lagi ramadan :D

As salam

holaaa iklan raya dah keluar, lagu raya dah berkumandang.. tapi bukan hari raya yang nak di cerita ni, cuma nak sentuh bab ramadan..

Teruja! yup tiap kali ramadan nak datang sungguh la terujanya.. sampai doa supaya ramadan tu biar berlalu lambat- lambat sangat.. dan macam biasa tiap-tiap sama doa yang sama kita harap iaitu "semoga ramadan kali nie lebih bermakna", walaupun agak klise tapi tu doa yang sangat-sangat kita harapkan..

Dan macam biasa tiap kali tiba ramadan, pasti banyak perubahan kearah kebaikan berlaku tak kira lah kita sendiri ke jiran sebelah rumah ke jiran hujung rumah ke budak opis, tu nama nya berkat ramadan walaupun ada juga mulut gatai sebut "tunggu ramadan baru nak berubah".. huhhh pi pekak kan je la telinga, janji kita mampu berubah daripada biarkan diri terperesok kat lubang yang sama tanpa berniat atau usaha untuk keluar.. tu lagi teruk!

Jadi ada tak rezeki kita nak sambut ramadan kali ni? sama-sama kita berdoa, jangan tunggu harap ramadan datang je.. sebabnya ramadan tu tetap akan datang selagi belum kiamat, yang menjadi isunya ialah nyawa kita.. ye la, kalau pun tinggal sehari ramadan nak menjelang, tapi kalau bukan rezeki kita maka ajal tetap menjemput kita kan :) jadi BERDOA, itu penyelesaiannya!

notakejutan : terkejut tengok gambor pasport orang sampai tergelak dengan perangai diri sendiri. banyak-banyak nombor matrik pelajar malaysia nie awat sangkut jugak nombor matrik ni.. angkat tangan nombor matrik sapa ni ########28 ~ #pointerohpointerstudent
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: