0 penyumbang pandangan

aqu dan train dan ...

As salam!

Agak frust mulanya hari ni bila last minit laki aqu bagitau petanda yang aqu kena pegi sendiri naik train... what!!! apo la tak di kabar kan awal-awal, senang la aqu gerak pepagi sikit.. bukan masalah aqu tak suka naik train, tapi aqu dah la lenggang kangkung bersiap tadi, dapat perkabaran tu memang syok sungguh membayangkan betapa ramainya orang kat train tu..tapi aqu gagahkan jugak mengukir senyuman tanda kemaafan..hahhaha ayat tak boleh tahan kan, bukan apa aqu tau laki aqu nie kadang-kadang berjangkit pelupanye dari aqu. tu lah laki bini namanya, yang penting kita enjoy!

Huh rasa sangat terimbau kenangan zaman-zaman bujang dulu gi koje naik train.hahahah feeling bujang-bujang gitu.
Tapi aqu tak sangka dan sedikit kagum dengan perkembangan mentaliti rakyat malaysia yang dah sedikit kedepan, 2 tahun aqu tak menjejakan kaki di awal pagi di LRT ni, perubahan ketara yang aqu nampak ialah sikap beratur yang dah di praktik oleh masyarakat kita samaada nak naik train, escalator ataupun teksi! serius sangat teruja aqu tengok perubahan tu.. baru nampak sinar malaysia boleh menjadi negara-negara berdisiplin seperti jepun mahupun singapore cuma kita masih terlalu jauh untuk mengejar mereka..tak pe sikit-sikit.

Bila berada dalam train, dikelilingi manusia, melihat ke luar yang penuh kesesakan lalu lintas membuatkan aqu ditarik berpijak kukuh dibumi yang nyata. Dalam hati aqu terlintas juga pertanyaan aqu pada pemandu-pemandu kereta, kenapa korang tak naik train..kan lagi laju dari nak berdepan jem tu.. dan dalam diam membuatkan aqu sedar "kau tengok suana, hidup nie macam-macam kesenangan, macam-macam dugaan..jadi kau kena sedar suana, apa pun pangkat kau, siapa pun kau, kau sama seperti mereka". Betul orang kata, apabila kita cuba meletakan kaki dengan keadaan mereka, pasti mudah untuk kita lebih menahami. Satu persatu manusia dalam train tu aqu perhati, si muda sibuk dengan gadget nya manakala si tua hanya memandang jauh keluar, entah apa yang direnungnya.. atau mungkin pandangan kosong! Dan aqu sedar, dalam gerabak sepanjang hampir 10 meter tu, dicelah-celah himpit manusia, tetap ada manusia yang pangkatnya ditabik semua orang di syarikatnya malah ada juga yang pangkatnya hanya sekecil-kecil pangkat yang hanya terlalu kerdil jawatannya.. namun semuanya tetap berkat jika halal sumber dan caranya!

Indah rupanya LRT ni.. kenapa selama nie tak pernah sedar semua tu? erm kadang-kadang kita perlu letak diri jauh dari keselesaan hidup, supaya kita dapat berfikir sejenak.

* erkk kenapa ayat aqu macam nak menulis novel gayanya -_-
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: