0 penyumbang pandangan

cerita GST - aku lebih fokus

Assalamualaikum

Mulanya nak cakap, rindunya lah zaman belajar!!! niat hati nak sambung study, tapi masa sangat-sangat tak mengizinkan jadi study sendiri-sendiri je la dulu.. memang zaman belajar syokkkk, korang sume kalau dapat peluang jangan la sia-sia kan.. jangan la dok bercinta sakan ke melepak sakan ke enjoy sakan ke.. sikit-sikit masih terkawal tu tak pe, janji jangan jatuh tersungkur tergolek berguling-guling dari landasan dah..kang dapat result tak cantikkk.

Aqu suka lari dari topik -_- jadi masuk topik balik ya...

Berkenaan GST, dah tak payah nak mogok-mogok suruh stop kan GST sebab aqu rasa macam tak membuahkan hasil selagi wujudnya insan yang boleh dibeli dengan duit :) lagipun kalau nak mogok tu buat la sebelum dilaksana, nie lepas di laksana memang tak kan dihiraukan la -_-

Ok terpesong sikit je lagi, berbalik pada cerita yang sebenar-benarnya... sebenarnya senjak wujud GST nie aqu dah jadi terikut-ikut perangai laki aqu yang suka mengkaji resit, kadang tu beza 1 sen pun dia boleh kesan.. dasat sungguh dia punya peka tu *peka ke berkira??? hahaha ok peka, sebab berniaga bior teluskan*. Jadi shopping beberapa hari lepas aqu yang menguruskan pembayaran semua sebab laki aqu sibok kendong anak, lepas pembayaran je nahhhhh aqu dapat kesan sesuatu...


Haaa tengok part watermelon tu.. macam mana timbang kiraan lain, harga lain tapi jumlah bayaran sama... aqu konfus la +_+ memang la tak rugi sesen pun kat sini, tapi konfus aqu tu masih tak hilang dengan benda ni... tolong sesapa memahami huraikan..

Tapi aqu memang nasihatkan korang please alert la sikit dengan pasaraya sebab memang wujud keadaan letak tanda harga lain, time bayar jadi lain kalau 2 3 sen boleh la buat tutup mata kat aqu, nie 2 3 hinggit.. wahhh gaya nak mintak anak pak zhar nie ketuk dengan kuali nampaknya..

So korang, alert okeh... tu hak kita, hak pengguna :)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: