1 penyumbang pandangan

Dah sampai masa..

As salam~

Aqu tengah menaip sambil menahan sejenis lendir yang mengalir dari hidung *nak kata aqu pengotor la tuhhh, alaaaa jangan nak konon-konon cun la.. korang tu kekadang muncul jugak perangai tak senonoh kan kan kan.. konon cover cun.. tui tui* bayang kan keadaan aqu.. dengan mata mengalahkan kena robek-robek, muka macam tak siap... haihhh hah betui..

Aqu memang agak susah nak dapat demam, memang dari kecik mak aqu selalu kata antibodi aqu kuat terlebih dari adik beradik yang lain.. kadang tu dalam setahun sekali je demam.. pernah masa kat sekolah dulu aqu dianugerahkan beberapa kali sebagai pelajar contoh kehadiran penuh untuk kedua-dua buah sekolah, maksudnya untuk sekolah kebangsaan dan agama.. cuma masa darjah 4 aqu bagi peluang kat orang lain dapat anugerah tu sebab aqu kena demam campak masa tu.. memang masa kecik dulu, bila aqu demam pun aqu nak pergi sekolah tapi bila mak tak bagi punya la aqu menangis tak ingat apa dah.. pernah juga sekali tu aqu demam, tapi aqu gagah jugak pegi sekolah, tapi sampai sekolah fuhhh muntah selambak -_- bila terlebih rajin tu jadinya menyusahkan cikgu ja... adik-adik jangan la buat camtu, rajin bior la jangan sampai menyusahkan orang, ampun cikgu.. pernah jugak sekali tu sampai ayah datang sekolah jemput aqu balik..hahhaha degil tahap gaban aqu dulu kalau part pegi sekolah, sekali pi klinik doktor boleh terkejut kata " macam mana awak pegi jugak sekolah, suhu 40° ni..) siap dia cakap suhu tahap tu ibarat nak meletop kepala. ye ke?? tah aqu da lupa.. sungguh la zaman kanak-kanak aqu seorang yang baik, awat la nie perangai tak senonoh je memanjang -_- memalukan sungguh

Tapi tu la aqu, memang susah nak dapat penyakit..tapi bila dah dapat sekali perhhh rupa mayat hidup pun ada..

Teringat pulak selalu kalau aqu demam ayah mesti suh mak buat sup, lagi satu mesti aqu minum air teh panas plus madu.. tu je cara aqu sihat, nak makan ubat memang pilihan terakhir.. Alhamdulillah suami macam tau-tau isi hati, pelik juga aqu mana dia tau aqu bila demam minum macam tuh..tah-tah arwah ayah aqu pecah rahsia.. sebijik ubat pun dia tak suruh aqu makan, jangan kata suruh makan ubat.. sebut perkataan ubat pun tak.hahahahaa

Sakit yang Allah diturunkan sebab nak bagi peluang untuk hapuskan dosa.. jadi pandai-pandai la :)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Ahlam Miera Shafie said...

nak trylah teh dgn madu...