0 penyumbang pandangan

Generasi sekarang dengan potensi diabetes!

As salam.

Tajuk entry aqu sekarang memang dasat- dasat panjangnya... -_-" aqu sendiri pelik tengok, tu tajuk ke isi dahhh

Sebelum tu, memang aqu bukan berkerja di kementerian kesihatan ye, jauh menyimpang tu cumanya ini pandangan aqu tentang generasi sekarang.

Kalau kita banding pemakanan orang dulu dan sekarang, perhhh jauhh bezanya! Orang dulu zaman-zaman 80an dan keatas la ye, tak di didik dengan pemakanan fast food/drink. Jadinya apa yang boleh dilihat ialah, perut generasi kita sekarang nie dan seterusnya penuh dengan dua sekawan baik iaitu pengawet dan pewarna.

Berbalik pada diabetes, sekarang kat mana pun konfem ada jual air minuman tak kira la tin ke botol ke, dan setiap dari kita memang agak ringan tangan untuk membelinya... jadi dipendekan cerita, jika dibanding dengan zaman dulu yang agak kurang minuman-minuman ringan ni *kurang ya bukan tak ada*, jadi bukan kah generasi sekarang lebih berpotensi dengan diabetes???

Alahhh orang dulu kurang minuman ringan tapi ambil gula tu tetap banyak.. ya boleh jadi, cumanya aqu katakan generasi sekarang lebih berpotensi, bukannya pasti memiliki!

Jadi kalau korang tak rajin ambil minuman ringan, maka bagus la.. kurang la potensinya tu.. itu maksud aqu, sebab aqu bercakap secara kiraan nisbah, iaitu kebarangkalian..

Kesimpulannya, aiyokkk memasing dah cuakkk.hahaha diabetes diabetes diabetes ~ esok tetiba jualan air mineral meningkat di setiap kedai~

notarindu : rindu buku add math ke cikgunya????
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: